Thursday, April 20, 2017

Bab 1: Siapakah Sang Singa Dan Si Anak Domba Di Dalam Mimpi John?




Bab 1: Siapakah Sang Singa Dan Si Anak Domba Di Dalam Mimpi John?

Soalan 1: Di dalam beberapa kitabnya, Sayed Ahmed  menafsirkan 24 orang pemimpin dalam mimpi John sebagai 12 Imam dan 12 Mahdi yang disebutkan dalam wasiat Nabi Muhammad . Persoalannya, siapakah anak domba yang disalib di dalam mimpi tersebut yang berada di tengah-tengah mereka, dan siapakah yang mereka seru?

Jawaban: Ayat yang berkenaan Kitab Wahyu Bab 4:

[2] Dengan segera Roh Allah menguasai aku. Aku melihat sebuah takhta di syurga dan seseorang duduk di atas takhta itu. [3] Mukanya bersinar seperti batu jasper dan batu sardis. Takhta itu dikelilingi oleh pelangi yang bersinar seperti zamrud. [4] Di lingkaran yang mengelilingi takhta itu terdapat dua puluh empat buah takhta lain. Di situ duduk dua puluh empat orang pemimpin yang berpakaian putih dan memakai mahkota emas. [5] Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.

Dan di dalam Bab 5:

[1] Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai. [2] Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, “Siapakah yang layak memecahkan meterai-meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini?” [3] Tetapi tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. [4] Aku menangis tersedu-sedu, kerana tidak seorang pun layak membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. [5] Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Judah, keturunan agung daripada David, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” [6] Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.

[7] Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta. [8] Sementara Anak Domba itu berbuat demikian, empat makhluk itu dan dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Anak Domba. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah mangkuk emas berisi kemenyan, iaitu doa-doa umat Allah. [9] Mereka menyanyikan sebuah lagu baru, “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan memecahkan meterai-meterainya, kerana Engkau telah dibunuh dan dengan kematian-Mu, manusia daripada semua suku, bahasa, negara, dan bangsa telah Engkau beli untuk Allah. [10] Engkau sudah menjadikan mereka imam yang mengabdi kepada Allah kita, dan memerintah di dunia.” [11] Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu-ribu dan berjuta-juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat-empat makhluk, dan para pemimpin itu.

[12] Mereka menyanyi dengan suara yang lantang, “Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian.” [13] Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut - pendeknya semua makhluk di alam semesta ini - menyanyi, “Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu, kami persembahkan pujian dan penghormatan, kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!” [14] Keempat-empat makhluk itu menjawab, “Amin!” Para pemimpin itu pun bersujud dan menyembah.

Di dalam bab 14: [1] Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba berdiri di atas Bukit Zion. Bersama-sama-Nya berdiri 144,000 orang yang pada dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya. [1]

Dari rangkapan di atas, telah dijelaskan kepada anda bahawa orang yang pada satu masa yang lalu disimbolkan sebagai seekor singa dan di masa yang lain disimbolkan sebagai anak domba yang disembelih adalah salah seorang dari dua puluh empat orang pemimpin, dan orang yang duduk di atas singgahsana adalah orang yang mendominasi mimpi ini, serta jelas dari mimpi ini, orang yang duduk di atas singgahsana itu adalah yang terbaik dalam darjat dan kedudukan. Sementara dua puluh empat orang pemimpin itu pula mempunyai kedudukan yang paling hampir dengan orang yang duduk di atas singgahsana di antara mereka yang wujud dalam mimpi ini, dan perkara mimpi ini jelas.

Oleh itu, anak domba yang disembelih itu bukanlah lebih baik dari orang yang duduk di atas singgahsana, serta bukan juga lebih baik dari 24 orang itu, walaupun kita lihat dalam mimpi tersebut, beliau layak mengambil naskhah dan membuka menterai kunci, jadi, bagaimana anak domba ini layak mengambil naskhah tersebut tanpa mereka, sedangkan kedudukan mereka lebih dekat dan lebih baik dari anak domba itu?

Oleh itu, anak domba yang disembelih itu sudah semestinya adalah satu simbol daripada salah seorang dari 24 orang pemimpin tersebut.

Berkenaan dengan para pemimpin ini bersujud dan bercakap dengan beliau, ini bermaksud mereka telah mempersiapkan lapangan untuk beliau, dan mereka juga adalah orang-orang beriman demi melaksanakan Ketuanan Allah di bumiNya.

Berkenaan dengan kata anda bahawa ada masalah dengan tafsiran anak domba dan singa itu sebagai simbolik kepada seorang dari dua puluh empat orang pemimpin dan bagaimana beliau berucap pada dirinya sendiri; realitinya ini bukanlah satu masalah, kerana kita sedang bercakap tentang sebuah mimpi; maka tiada masalah bagi seorang dari 24 orang pemimpin itu mengucapkan dari satu sudut  yang disimbolikkan oleh anak domba dan dari satu sudut lain yang disimbolikkan seekor singa, dan sebagainya. Dan jika masalah ini sah, maka adalah sah untuk menolak mimpi ini, kerana disimbolikkan dia yang telah berkuasa dan layak membuka naskah oleh seekor singa, dan kemudian menjelaskan yang mengambil naskah itu adalah anak domba yang disembelih.

[5] Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Judah, keturunan agung daripada David, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” [6] Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.  [7] Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta.

Oleh itu, anak domba yang disembelih dan seekor singa adalah simbol kepada seorang yang telah berkuasa dan layak membuka naskah, dan beliau adalah salah seorang dari 24 orang pemimpin. Jadi di peringkat darjat menguasai, yang memerlukan kekuatan, keberanian dan dedikasi, beliau disimbolkan oleh seekor singa. Dan di peringkat darjat “mengambil naskah”, yang memerlukan pengorbanan, beliau disimbolkan oleh anak domba yang berdiri seolah-olah ia telah disembelih. Dan kedua-dua sisi ini dimiliki oleh orang yang sama.[2] Tiada percanggahan antara keduanya, kerana kekuatan roh adalah hasil dari pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran dalam menghadapi kezaliman.

Berkenaan dengan tafsiran mereka bahawa anak domba yang disembelih di dalam mimpi itu adalah Jesus, maka ini sudah terbatal kerana mengikut mereka, orang yang duduk di atas singgahsana itu adalah Allah, jauhlah Dia dari hakikat ini.
Dan bukanlah sesuatu yang tersembunyi bahawa tafsiran mereka mengekang Allah dan menafikan Ketuhanan Mutlak Nya. Untuk maklumat lanjut, bolehlah kamu membaca Kitab Tauhid. [3]

Sementara bagi kami, orang yang duduk di atas singgahsana adalah Muhammad, dan di sekeliling baginda adalah 24 orang pemimpin yang juga di atas singgahsana, dan mereka adalah khalifah Allah di bumiNya, para Imam dan para Mahdi disebutkan oleh Rasul Allah dalam wasiat[4] sucinya.

-------------------------

1 Berkenaan nombor 144,000, yang mana dahi mereka telah ditanda dengan nama anak domba dan nama Bapa, sesetengah ulama Gereja berkata, “Kami, di hadapan Gereja, adalah orang-orang Tuhan. Jumlah kami tersangat besar. Ia juga menunjukkan jumlah pengikut besar dari setiap umat, setiap puak, setiap manusia dan setiap bahasa. Mereka adalah empat perkataan, dan inilah yang dimaksudkan dengan bumi serta empat penjurunya.” Dan apabila bilangan yang disebutkan di dalam adalah terlalu kecil berkenaan dengan tafsiran mereka, mereka akan berkata, “Bilangan ini hanyalah simbolik” bukanlah seperti yang dimaksudkan. Mereka mengatakan perkara ini dengan dingin sekali, berkenaan tafsiran tanpa bukti yang diberikan oleh mereka. Rujuk: Studies In The Holy Book, The Revelation of St. John oleh Paul Feghali.

2 Hakikatnya, simbol berbeza yang mewakili orang yang sama dari sudut yang berbeza turut dipercayai oleh ulama Kristian, dan sebagai contoh saya akan sebutkan dua teks. Salah satu darinya adalah dari Father Antonios Fekry yang berkata, “Beliau adalah singa dari sisi kekuatannya dan kedaulatannya ke atas kita dan seluruh makhluk, namun beliau juga adalah anak domba dari sisi beliau menyerahkan dirinya untuk dibunuh di atas salib dan menanggung dosa kita.” The Explanation of the Holy Book, the New Testament, the Interpretation of Revelation 5 Dan teks seterusnya adalah dari Dr. William MacDonald, ‘Di dalam kitab Revelation/ Wahyu, Tuhan kita dipersembahkan dirinya sebagai anak domba dan singa. Jadi dari satu sisi, beliau adalah anak domba Tuhan yang dibunuh lalu diangkat dosa-dosa dari dunia ini. Dan sebagai singa, yang menjadi hakim menghukum musuhnya. Pada kedatangannya yang pertama beliau adalah anak domba dan pada kedatangannya yang kedua, beliau adalah singa.” Emmaus Bible College. Father Paul Feghali berkata, “Kami menunggu seekor singa, namun datanglah di hadapan kami anak domba. Mengapa Jesus digelar anak domba? Ada tiga sebab disitu……..” Studies in The Holy Book, the Revelation of St. John

3 Kitab Tauhid tulisan Imam Ahmed Al Hasan, di mana beliau menjelaskan kepercayaan Illahiyah yang sebenar dan beliau menghujahkan ideologi sesat yang dipercayai oleh manusia hari ini, samada Muslim, Kristian atau sebaliknya.

4 Wasiat suci yang menyebutkan nama 12 orang Imam dan 12 orang Mahdi. Telah disebutkan di awal buku ini.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...