Thursday, April 20, 2017

Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan David




Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan David

Soalan: Gereja menafsirkan "Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan David" sebagai Jesus. Adakah ini benar?

Jawaban: Soalan anda tentang Tunas ini disebutkan di dalam Kitab Isaiah Bab 11.


[1] Keturunan Raja David seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja David. [2] Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia. [3] Dia suka mentaati TUHAN. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang. [4] Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang yang lemah. Dengan perintahnya bumi dihukum, dan orang jahat akan dibinasakan. [5] Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur. [6] Serigala akan tinggal dengan domba, dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan bersama-sama, dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.

[7] Lembu dan beruang akan makan bersama-sama, dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang. Singa akan makan rumput seperti lembu. [8] Bahkan bayi tidak akan cedera, apabila bermain dekat ular berbisa. [9] Di Zion, Bukit Suci Allah, tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air. [10] Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja David akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur. [11] Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau. [12] TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Judah yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.

Tafsiran mereka bahawa tunas itu merupakan Jesus adalah tidak tepat, dan teks mereka menolak tafsiran ini serta ia bercanggahan dengan ideologi mereka. Ini kerana menurut kepercayaan mereka, Jesus itu sendiri adalah Tuhan, jadi bagaimana boleh beliau takut kepada Tuhan, dan menjadikan keredaannya sebagai takut kepada Tuhan? Gereja mungkin akan menjelaskan perkara ini dengan menggunakan kepercayaan “falsafah yang tiga” yang batil dan bercanggahan, saya telah terangkan kebatilannya bersama bukti dalam Kitab Tauhid.

Jesus sendiri tidak memerintah dan bukan juga seorang hakim di kalangan manusia, jadi bagaimana beliau dapat menegakkan keadilan dan kesama rataan kepada mereka yang tertindas? Jadi bagaimana teks ini dapat digunakan kepada beliau?

Dan apa yang digambarkan oleh teks tersebut tidak dicapai di zaman Jesus, seperti bumi akan dipenuhi dengan ilmu Tuhan seperti mana air memenuhi laut, dan ilmu ini akan mempunyai kesan sehingga orang kaya akan menceriakan orang miskin, dan yang kuat akan membantu yang lemah, dan bumi akan menjadi hampir bebas dari kezaliman.

Hakikatnya, hampir kesemua teks ini jauh sifatnya dari Jesus dan seruannya. Contohnya, adakah Jesus mengumpulkan yang terbuang dari Israel(Jacob bagi mereka)? Dan adakah beliau mengumpulkan mereka yang bertebaran dari Judah (anak Jacob bagi mereka) dari seluruh penjuru bumi?? Dan jika mereka mengatakan beliau menyatukan dan mengumpulkan mereka dalam keimanan kepada beliau, ini juga tidak tepat, kerana seruan Jesus sehinggalah pengangkatannya, tidak melepasi sempadan beberapa kota. Sedangkan kita dapati, teks ini mengatakan bahawa orang ini akan mengumpulkan Judah yang bertebaran dari seluruh penjuru bumi, dan makna teks ini adalah, ketika orang ini diutuskan nanti, manusia dari berbagai negara dibumi akan beriman kepada beliau, malah, negara-negara yang jauh dari tempat pengutusannya. (penghujung bumi)

[12] TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Judah yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka

Dan perkataan "Judah" membawa maksud "pujian" atau Ahmed.  Di dalam Taurat, Genesis, Bab 29:

[35] Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kali ini aku akan memuji TUHAN.” Maka dia menamakan anaknya Judah. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.

Dan Israel bermaksud "Abdullah"[1] dalam bahasa Arab, iaitu Hamba Allah. Jadi petikan tersebut akan menjadi seperti berikut:

[12] DIA akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Isreal (Abdullah) dan Judah (Ahmed) yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.

Dan mereka yang bertebaran lalu berkumpul seperti awan kumulus di musim luruh dari setiap pelusuk bumi untuk membantu Al-Qaim (Mahdi Pertama Ahmed) adalah pendokong Imam Al-Mahdi di akhir zaman; ini diketahui melalui riwayat dari Muhammad dan keturunannya.[2]

-------------------------

1 Dan ini adalah isu yang jelas, dan riwayat turut menjelaskannya, contohnya riwayat dari Al Ayashi: Rasulullah telah bersabda: “Namaku adalah Ahmed, aku juga adalah Abdullah dan namaku juga adalah Israil.” [Tafseer Al Ayashi, jilid 1, ms 44] [Al Burhan jilid 1, ms 95] [Bihar Al Anwar, jilid 7, ms 178]

2 Riwayat berkenaan perkara ini adalah sangat banyak, contohnya : Abu Khalid meriwayatkan bahawa Imam al-Baqir  berkata tentang firman Allah (SWT): "Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, maka Allah tetap akan membawa kamu bersama" Surah al-Baqara (Sapi Betina) (Quran 2:148). "Kebaikan di sini membawa maksud bersaksi (baiah)" & firman Allah (SWT) "maka Allah tetap akan membawa kamu bersama" membawa maksud para sahabat Al-Qaim yang berjumlah lebih sedikit daripada tiga ratus orang, dan demi Allah, mereka ini adalah dari berbagai negara. Demi Allah Dia akan mengumpulkan mereka dalam satu jam seperti awan sirus di musim luruh. Al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 8, Mukasurat 313. Inilah yang berlaku hari ini, apabila berbagai orang dari negara yang berbeza telah beriman dengan Ahmed Al-Hasan , dan pendokong beliau adalah dari berbagai kawasan di muka bumi ini. Antaranya Timur Tengah, Asia Timur, Rusia, Eropah dan bukan negara Eropah seperti UK, Perancis, Jerman, Sweden, Norway, Belanda, Finland, Sepanyol, Australia, Kanada, Mexico, Argentina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...