Thursday, April 20, 2017

Bab 3: Wanita Diselimuti Matahari Dan Bulan



     Bab 3: Wanita Diselimuti Matahari Dan Bulan
Soalan: Imam Ahmed Al Hassan telah menerangkan bahawa wanita yang berpakaian matahari dan bulan di dalam mimpi John, adalah ibu Imam Mahdi. Bagaimanapun para paderi dan gereja menyatakan sebaliknya. Jadi, bagaimana beliau membuktikan perkataannya?

Jawaban: Berkenaan soalan anda tentang wanita yang berada dalam mimpi John, Kitab Revelation, Bab 12:

[1] Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya. [2] Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.

[5] Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi. Tetapi anak itu direnggut daripada wanita itu dan dibawa kepada Allah yang duduk di atas takhta.

[11] Saudara-saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa.

[12] Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan semua yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”

[13] Ketika naga itu menyedari dirinya sudah dibuang ke bumi, naga itu mula mengejar wanita yang telah melahirkan anak lelaki itu.

[17] Naga itu sangat marah terhadap wanita itu, sehingga memerangi semua keturunan lain daripada wanita itu. Mereka itu semua orang yang taat kepada perintah Allah.

Pertama: Menafsirkan "wanita" ini sebagai Gereja seperti yang biasa dilakukan oleh Kristian adalah jelas kebatilannya. Cukuplah perkara ini apabila mereka menafsirkan "anak gereja" sebagai Jesus, sedangkan realitinya, Jesus telah dilahirkan, diutuskan dan diangkat lama sebelum kemunculan dan kewujudan Gereja.

Dan percubaan menafsirnya sebagai Mary adalah tidak tepat.

Kepada sesiapa yang ingin mencari kebenaran, maka beliau perlulah ambil perhatian:
Jika wanita ini adalah Mary, maka siapakah anaknya? Dan siapakah 12 bintang, matahari dan bulan? Jadi jika mereka menafsirkan wanita itu sebagai Mary, maka mereka memerlukan 15 karektar untuk menafsirkan ayat mimpi ini dengan betul.

Adakah Jesus memerintah atau akan memerintah semua bangsa dengan tangan besi?

Adakah Mary mempunyai keturunan selain Jesus, yang diketahui dilantik oleh Allah untuk melindungi perintahNya, dengan kata lain, sebagai para rasul dan para khalifah Allah di bumiNya, serta para pemimpin kepada kebaikan dan kejalan Allah, sehinggakan kesibukan pemimpin kejahatan dari kalangan syaitan jin dan manusia, hanyalah semata-mata untuk menentang mereka, seperti yang mereka lakukan dalam mimpi ini?

Tambahan pula apabila sebuah mimpi menjelaskan sesuatu peristiwa, ia menjelaskan tentang perkara ghaib yang biasanya akan terjadi di masa hadapan; jika tidak, apa maknanya jika kita melihat mimpi tentang perkara yang telah terjadi kelmarin sebagai contoh, dan kita mengkhabarkan kepada manusia lain tentang perkara yang kita telah ketahui? Apakah manfaat yang dapat diperolehi dari mengkhabarkan kepada manusia lain tentangnya? Dan mimpi yang diperolehi oleh John berlaku lama setelah Mary melahirkan Jesus, malah Jesus telah pun diutuskan dan telah diangkat ketika itu. Oleh itu, mimpi yang disebutkan oleh John mengkhabarkan tentang urusan ghaib yang akan berlaku, bukan perkara yang telah menjadi sejarah dan berakhir, seperti yang ditafsirkan oleh sesiapa yang menyatakan bahawa wanita itu adalah Mary, salam atasnya.

Apa yang telah disebutkan sebelum ini adalah perkara yang jelas dan menafikan wanita itu adalah Mary, salam atasnya.

Kedua: Penjelasan makna yang sebenar:

Sebelum penjelasan sebenar diberi tentang mimpi ini, perlulah diingat bahawa mimpi-mimpi adalah kalam Allah; oleh itu, seperti Quran, Taurat dan Injil, ia mempunyai hala tuju tersendiri dalam beberapa situasi, sama seperti Matahari dan Bulan mempunyai makna yang berbeza pada waktu yang berlainan, dalam erti kata lain, ia merupakan simbol-simbol yang mempunyai banyak makna, seperti Matahari dan Bulan dalam mimpi boleh sahaja bermaksud seorang rasul dan khalifah, atau ibu bapa jasmani atau ibu bapa rohani, dan pada waktu lain, anda mungkin melihat seseorang di dalam mimpi dan yang dimaksudkan sebenarnya adalah bukan dirinya, tetapi mungkin sekadar namanya. Dan mungkin anda melihat sebuah kota, tetapi makna sebenarnya adalah kota lain yang mempunyai sifat yang sama, atau mungkin namanya.

Jadi, visi-visi adalah kata-kata Allah, dan mungkin ia datang dengan simbol-simbol, isyarat-isyarat dan hikmah ketuhanan setepatnya seperti ilham, kata-kata para Nabi dan kata-kata Allah di dalam kitabNya yang telah diturunkan.

Jika perkara ini sudah jelas, maka saya katakan:

Wanita di dalam visi John itu adalah disimbolkan kepada ibunya Imam Al-Mahdi pada satu waktu, kerana beliau dikelilingi oleh Matahari dan Bulan serta yang dua belas, yakni Muhammad, Ali, Fatima serta para Imam dari anak-anak Fatimah  sehinggalah kepada Imam Al-Mahdi, iaitu empat belas orang. Dan anak yang dilahirkan di dalam visi itu adalah Mahdi Pertama, yang disebutkan di dalam wasiat Rasul Allah, Muhammad, maka bilangannya menjadi lima belas seperti dalam visi tersebut, dan syaitan dari kalangan jin dan manusia memerangi keturunan wanita ini, kerana mereka adalah para khalifah Allah di bumiNya.

Berkenaan dengan isu anak itu bukan pertalian terus dengan beliau, apakah maksud beliau mengandung dan melahirkan anak tersebut?

Jadi jawabannya adalah wanita ini melahirkan bapa kepada Mahdi Pertama atau asal usul beliau darinya.

Perlu juga diingat bahawa tiada halangan untuk visi ini diwakili oleh orang lain pada waktu yang berbeza[1] memandangkan wanita ini melahirkan anak yang sama, paksi kepada mimpi ini, jadi wanita itu boleh juga menjadi Fatima,salam atasnya, dan yang lima belas adalah bapa dan ibunya, suami beliau serta sebelas Imam dari anaknya, serta rahsia yang diamanahkan kepada beliau, anaknya yang ke dua belas (Mahdi Pertama) yang merupakan paksi kepada visi ini.

-------------------------


1 Isu personafikasi berbagai dalam ramalan juga adalah isu yang diterima dalam Gereja. Contohnya dalam isu "Anak yang digelar Emmanuel dan ibunya Si Dara". Rujuk The Dictionary Of Holy Books.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...