Thursday, April 20, 2017

Bab 4: Berkenaan Perkhabaran Kedatangan Jesus Dan Muhammad



Bab 4: Berkenaan Perkhabaran Kedatangan Jesus Dan Muhammad
Soalan: Para Nabi dari Perjanjian Lama telah menyebut kedatangan Jesus. Jadi di manakah janji kedatangan Muhammad di dalamnya jika beliau pemilik agama yang kekal abadi?

Jawaban: Adakah diwajibkan ramalan ini datang dengan nama atau simbol? Saya percaya ketiadaan nama Jesus atau Yeshua di dalam Perjanjian Lama sebagai orang yang dijanjikan adalah perkara yang sudah disimpulkan. Maka yang tinggal hanyalah simbol. Dan kami telah menjelaskan petikan-petikan simbolik dari Perjanjian Lama yang mana tafsirannya merujuk kepada Sang Utusan, Muhammad, persis seperti mereka menafsirkan petika-petikan simbolik yang merujuk kepada Jesus.[1]

Dan sebelum saya menunjukkan sebahagian dari petikan ini, saya katakan:

Kami telah menjelaskan bukti bagi Hujjah atau Khalifah Allah di muka bumiNya atau Nabi yang telah diutus, dan kami membuktikannya melalui logik, hikmah dan petikan dari Taurat, Injil dan Quran. [2]

Jadi sesiapa dari kalangan Ahli Kitab yang mencari kebenaran, seperti Yahudi dan Kristian, mereka perlu perhatikan peraturan mengenal khalifah Allah yang telah kami jelaskan, dan ia adalah tiga: Wasiat atau teks, ilmu dan hikmah, dan panji atau ketuanan Allah; dan perhatikanlah sendiri samada perkara ini bercanggahan dengan logika atau hikmah. [3]

Dan juga, bukalah helaian-helaian Taurat dan lihat sendiri samada para utusan meninggalkan wasiat menyebutkan nama orang yang akan menggantikan beliau atau tidak? Dan berikut adalah beberapa petikan sebagai contoh wasiat-wasiat para Nabi yang menyebutkan nama pengganti mereka:

Kitab Ulangan (Deutoronomy) Bab 31:

[14] Kemudian TUHAN berfirman kepada Moses, “Engkau tidak akan hidup lama lagi. Panggillah Joshua dan bawalah dia ke Khemah-Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya.”Moses dan Joshua masuk ke dalam Khemah TUHAN, [15] dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN.

Kitab Ulangan (Deutoronomy) Bab 33:

[1]Sebelum meninggal, Moses, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini: [2] TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala. [3] TUHAN mengasihi umat-Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya, dan mentaati perintah-Nya.

Kitab 1 Raja-raja, Bab 1

[33] Raja David bertitah kepada mereka, “Bawalah Salomon, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama-sama kamu para pegawai istana. [34] Di sana hendaklah Zadok dan Nathan melantik Salomon menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, ‘Daulat Tuanku Raja Salomon!’ [35] Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Judah.”[36] “Baik, tuanku,” jawab Benaya. “Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. [37] Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomon dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku.”

Kitab 1 Raja-raja, Bab 2

[1] Apabila Raja David sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomon, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir.[2] Raja David bertitah, “Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. [3] Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Moses, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu.[4] Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka.[4]

Dan mereka perlu fikirkan juga:

Adakah atau tidak, para Nabi yang diutuskan menggunakan ilmu mereka sebagai bukti, dan adalah nyata mereka berbicara dengan hikmah,? [5]


Dan bukankah para Nabi juga telah menuntut Ketuanan Allah di dalam Taurat?[6]

Dan lihatlah sendiri terhadap apa yang dibuat Moses dengan mereka yang beriman kepada beliau dan menerima beliau, hanya dengan sebab itu mereka dibawa berhijrah dari bumi penzalim agar dapat melaksanakan ketuanan Allah keatas mereka di bumi yang lain.

Oleh itu, isu ini jelas bagi setiap orang berakal yang mencari kebenaran, dan ia tidak akan terkeluar dari undang-undang yang telah kami terangkan dan buktikan melalui logik dan teks-teks tiga agama samawi.

Dan Muhammad juga datang dengan wasiat serta teks dari mereka yang datang sebelum baginda. Sebagaimana di dalam Taurat dan Injil, dan baginda datang dengan ilmu serta hikmah, dan datang dengan panji ketuanan Allah, atau penghakiman Allah yang dituntut oleh baginda. Allah berkehendak agar baginda menegakkannya di setiap ceruk di muka bumi ini.

Berikut adalah contoh teks yang menyebut Sang Utusan Allah, Muhammad di dalam kitab Perjanjian Lama:

Kitab Genesis Bab 21:

14 Awal pagi esoknya, Abraham memberikan makanan dan satu kirbat kulit berisi air kepada Hagar. Dia meletakkan budak itu pada belakang Hagar dan menyuruhnya pergi dari situ. Lalu Hagar berangkat dan mengembara di padang gurun Bersyeba.15 Apabila air di dalam kirbat sudah habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah belukar, 16 lalu pergi duduk kira-kira 100 meter dari tempat itu. Dia berkata dalam hati, “Aku tidak sanggup melihat anakku mati.” Lalu dia menangis.17 Allah mendengar suara Ismael dan dari langit malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu.18 Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia.Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang agung.”19 Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman kepada anaknya.20 Allah menyertai Ismael. Anak itu bertambah besar; dia tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir.21 Ibunya mengahwinkan dia dengan seorang wanita Mesir.

Saya tidak percaya orang yang rasional akan mengatakan bahawa di sisi Allah, mereka yang kafir, musyrik dan penyembah berhala adalah satu bangsa yang agung, atau satu masyarakat kebanyakan sebagai satu bangsa yang agung. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan “sebuah bangsa yang agung” dan keagungan adalah milik Allah, ia adalah para Nabi dan para Wasi, dengan kata lain, apa yang dimaksudkan dengan bangsa yang agung dari Ishmael adalah para Nabi dan para Wasi dari keturunan beliau, dan mereka adalah khusus Muhammad dan keturunan Muhammad , para Khalifah Allah di muka bumiNya.[7]

Berikut adalah contoh penyebutan Rasul Allah Muhammad di dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru (Taurat dan Injil):

Kitab Habakuk, Bab 3

1 Inilah doa Nabi Habakuk: 2 Ya TUHAN, aku telah mendengar tentang perbuatan-Mu, rasa kagum memenuhi hatiku. Semoga Engkau melakukan lagi perbuatan-Mu yang ajaib pada zaman kami. Kasihanilah kami walaupun Engkau murka.3 Engkau datang lagi dari Teman  [8]; Engkau Allah yang suci datang dari perbukitan Paran. Keagungan-Mu meliputi langit; bumi penuh dengan pujian untuk-Mu.4 Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan-Mu, di situlah kuasa-Mu disembunyikan.5 Engkau menyuruh penyakit mendahului-Mu dan mengarah maut menyusuli-Mu.

Maksud kalimah >> Engkau datang lagi dari Teman<< adalah Allah datang dari Yaman. Dan kalimah >>Engkau Allah yang suci datang dari perbukitan Paran <<< pula bermaksud Sang Suci yang datang dari Makkah. [9]

Dan jauhlah Allah dari sifat “datang dari langit” apatah lagi dari bumi, kerana datang dan pergi memerlukan pergerakan dan keterjadian, maka menafikan Ketuhanan Mutlak beliau, jadi tidaklah dapat diterima bahawa yang datang dari Teman atau Yaman adalah Allaht, atau yang datang dari Paran adalah Allah; kerana perkara ini dan sifat lain seperti kewujudan tangan adalah sangat jauh dari hakikat Allah. [Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan-Mu, di situlah kuasa-Mu disembunyikan. Engkau menyuruh penyakit mendahului-Mu dan mengarah maut menyusuli-Mu.]

Hakikat sebenarnya, yang datang itu adalah Hamba Allah, Muhammad dan keturunan baginda yang datang selepasnya, kerana mereka adalah dari Makkah. Muhammad dan keturunannya juga adalah Yamani. Oleh itu kedatangan Muhammad juga adalah kedatangan Allah, kerana Muhammad adalah Allah di kalangan makhluk. Muhammad adalah kemunculan Allah di Paran seperti yang telah saya sebutkan di lebih dari satu tempat.

Kenyataannya bahawa Teman adalah Yaman, juga turut disebut di dalam Injil, melalui lisan Jesus apabila beliau menyebutkan Permaisuri Yaman sebagai Permaisuri Selatan (atau Teman).
Kitab Matthew Bab 12:

42 Pada Hari Kiamat kelak, ratu dari Selatan akan bangkit bersama-sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Salomon yang bijak itu. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomon!”

Dalam kitab Luke, Bab 11:

31 Pada Hari Pengadilan kelak, ratu dari selatan akan bangkit lalu menuduh orang zaman ini. Ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran yang bijak daripada Raja Salomon. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomon!

Ilmu dan hikmah yang dibawa oleh Muhammad  di dalam Quran akan diakui oleh setiap orang yang adil sebagai ilmu yang besar, yang tidak dapat datang melainkan dari Allah. [10]

Malahan, Muhammad juga datang menuntut ketuanan Allah. Malah apabila baginda mempunyai peluang, baginda akan melaksanakan ketuanan Allah dan dengan jelas menyebutkan kebenaran wujud dalam ketuanan Allah. Baginda menambah bahawa setiap kumpulan Muslim yang meninggalkan ketuanan Allah adalah kumpulan yang sesat. Riwayat tentang kumpulan yang selamat adalah sangat terkenal.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kaum Bani Israil telah terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya akan masuk neraka, kecuali satu golongan”. Lalu sahabat bertanya, “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Jalan aku dan sahabatku,”(Sunan al-Tirmidzi, 2565)

Jadi ciri-ciri jalan kebenaran terdiri dari seorang pemimpin lantikan Allah, kerana Muhammad adalah manusia lantikan Allah, yang akan memimpin para manusia yang mempercayai manusia lantikan Allah, seperti para sahabat baginda.

Apa yang tinggal hanya isu-isu penghujahan yang salah dan kontroversi, seperti “mengapa Muhammad melakukan ini” dan “mengapa baginda cakap begitu” dan “jika baginda adalah seorang rasul baginda tidak akan bercakap ini dan tidak akan berbuat begitu” dan “Quran bercanggahan dengan tatabahasa Arab” dan berbagai tuduhan sesat yang turut dilemparkan terhadap semua utusan, kitab atau agama samawi yang lain. Dan ia adalah penghujahan yang telah dibantahkan. [11]

Dan perlu kita beri perhatian bahawa seseorang yang bertukar kepada penghujahan sebegitu sebelum beliau menjawab bukti yang diberikan, menafikannya dan menunjukkan bahawa bukti tersebut bukanlah satu bukti, realitinya orang itu telah pun mengakui bukti tersebut dan ideologi yang dibantahnya malah mengsahihkannya. Malah, melalui penghujahan sia-sia ini, beliau sebenarnya sedang dalam proses untuk menerangkan ideologi tersebut dan memanifestasikannya. Ini kerana penghujahan yang sia-sia tidak akan menjadi lebih dari sesuatu yang sia-sia yang telah dibantah dan tidak mempunyai apa-apa nilai melainkan hanyalah alat kezaliman yang digunakan oleh para ulama sesat dan para penzalim untuk merendahkan pengikut mereka dan mengekalkan mereka di jalan ikut-ikutan secara membuta tuli agar kedudukan dan kehidupan duniawi mereka dapat dikekalkan.

Setelah ideologi sesat mereka telah dimusnahkan dan semua penghujahan sesat mereka tumpas, mereka akan kembali kepada penghujahan sesat yang paling murah, dengan matlamatnya adalah untuk memainkan emosi pengikut mereka terhadap bapa-bapa mereka dan nenek moyang mereka. Inilah penghujahan sesat Firaun ke atas Moses, Nabi Allah, apabila Firaun berkata: "Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?" (Taha 20:51), jadi Moses menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa". (Taha 20:52) [12]

-------------------------

1 Sebagai contoh petikan yang selalu digunakan oleh Kristian tentang khabar kedatangan Jesus, rujuk Isaiah 7:14. Namun ia hanyalah simbol dan tiada sebutan nama.

2 Imam Ahmed Al-Hasan menjelaskan Peraturan untuk mengenal Khalifah Allah di muka bumi di dalam banyak buku beliau yang telah diterbitkan. Dan di dalam buku ini, beliau juga mengisyaratkan kepada beberapa ayat dari Taurat dan Injil. Dan berkenaan Quran, beliau berkata, "Kebijaksanaan Tuhan adalah dengan meletakkan peraturan bagi mengenal HujjahNya di muka bumi pada setiap masa. Dan peraturan ini perlulah ada sejak hari pertama Allah meletakkan khalifahNya di muka bumi. Jadi peraturan ini tidak boleh wujud selepas seruan dari langit hadir pada hari pertama, kerana manusia diuji sejak hari pertama. Dan tidak perlu saya sebutkan tentang kewujudan Iblis yang diuji sejak hari pertama. Mereka yang diuji memerlukan peraturan ini untuk mengenal pembawa kebenaran Illahi, jika tidak, ini boleh diguna sebagai alasan akan sebab mengapa seseorang itu tidak mengikuti pembawa kebenaran Illahi, boleh sahaja dia mengatakan dia tidak dapat mengenal pasti dan beliau tidak mempunyai peraturan Illahi untuk mengenali Khalifah yang dilantik oleh Allah. Dan hakikat yang pasti untuk semua orang berkenaan sejarah hari pertama Allah menjadikan khalifahNya di muka bumi adalah:1. Allah menyebutkan nama Adam dan beliau adalah khalifahNa di muka bumi di hadapan malaikat dan Iblis.2. Selepas Allah menjadikan Adam, beliau diajari dengan nama-nama 3. Kemudian Allah memerintahkan agar malaikat dan Iblis untuk sujud pada Adam. Beliau kemudiannya menyebutkan beberapa ayat dari Surah Al Baqarah ayat 30 dan ke atas yang menjelaskan perkara ini. Rujuk Pencerahan Dari Dakwah Para Rasul, Jilid 3 oleh Ahmed Al-Hasan

3 Berkenaan ini, Imam kerap memberi contoh: Secara logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak berlaku anarki. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang palingberilmu dan yang terbaik, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya. Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, jadi bagaimana manusia boleh membenarkan bahawa Tuhan akan meninggalkan salah satu dari tiga aspek ini,sedangkan Dia adalah Maha Bijaksana?

4 Kaedah penamaan orang yang akan menggantikan mereka adalah satu kaedah yang jelas di sisi kitab Kristian juga Yahudi, malah ia juga selari dengan Quran, Kitabullah. Sebagai contoh: Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132) Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180) # Dan sudah tentu, Nabi Muhammad juga mengamalkan perintah Allah SWT ini kerana mustahil baginda akan menyanggahi Quran.

5 Berikut adalah beberapa hujah dari Quran dan Bible bahawa manusia lantikan Allah akan berhujah dengan ilmunya serta hikmah. Joseph menggunakan ilmunya dalam menafsir mimpi Kitab Kejadian/ Genesis: 41:33 15 Raja bertitah kepadanya, “Beta sudah bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat menjelaskan erti mimpi itu. Beta sudah diberitahu bahawa kamu dapat mentafsirkan mimpi.”16 Yusuf menjawab, “Tuanku, bukan hamba melainkan Allah yang dapat memberikan tafsiran yang baik bagi tuanku.” (Kejadian/ Genesis: 41:15-16) Kemudian Firaun berkata: 33 Oleh sebab itu, sebaiknya tuanku memilih seorang yang cerdas dan bijaksana lalu memberinya kuasa untuk mengurus negeri ini. Danial juga menggunakan ilmunya menafsir mimpi Raja Nebuchednezzar dari Kitab Danial 2:45-46 45 Tuanku nampak batu itu jatuh dari tebing dengan sendirinya, serta menimpa patung yang dibuat daripada besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas itu. Allah yang besar sedang memberitahu tuanku hal masa Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al Jumuah 62:2)

6 Contoh-contoh ini wujud banyak di dalam taurat. Kitab Ulangan (Deautoronomy), Bab 17: 14“Setelah kamu memiliki tanah yang akan diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, dan kamu sudah menetap di sana, mungkin kamu menginginkan seorang raja seperti bangsa-bangsa di sekeliling kamu.15 Pastikanlah bahawa orang yang kamu pilih menjadi raja itu adalah orang yang dipilih oleh TUHAN. Raja itu mesti orang bangsa kamu sendiri. Jangan pilih orang asing menjadi raja kamu. Dan untuk Joshua bin Nun, Kitab Joshua, bab 1: 1 Selepas kematian Moses hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Joshua anak Nun, penolong Moses...10 Selepas itu Joshua mengarah para pemimpin Israel supaya...13“Ingatlah! Moses, hamba TUHAN itu sudah memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan memberikan tanah di sebelah timur Sungai Jordan untuk menjadi tempat tinggal kamu.16 Mereka berkata kepada Joshua, “Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi.17 Kami akan taat kepada tuan sebagaimana kami sentiasa taat kepada Moses. Semoga TUHAN, Allah tuan menyertai tuan sebagaimana Dia telah menyertai Moses!18 Setiap orang yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan tuan atau tidak taat kepada salah satu perintah tuan akan dihukum mati. Hendaklah tuan yakin dan berani!”

7 Ada sesetengah tafsiran merujukkan "bangsa yang agung" kepada Bani Israel. Namun ini semua meleset, kerana disebutkan dalam Kitab Bilangan (Numbers) 14:11-12 11 TUHAN berfirman kepada Moses, “Berapa lama lagi umat ini melawan Aku? Sampai bilakah mereka tidak mahu percaya kepada-Ku, walaupun Aku sudah mengadakan begitu banyak mukjizat di kalangan mereka?12 Aku akan mendatangkan wabak dan membinasakan mereka, tetapi Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka!” Juga di dalam Bible, Allah SWT mendefinasikan "agung" sebagai merujuk kepada para utusannya. 30 Malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Mary, kerana Allah berkenan kepada engkau.31 Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Jesus. 32 Dia akan menjadi agung dan akan disebut Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja seperti David, nenek moyang-Nya. Luke (Lukas) 1:30-32Keagungan ini juga disebutkan untuk John Si Baptist. Maka jelas dari sini, perkataan agung bukanlah untuk satu bangsa, tetapi merujuk kepada utusan Allah SWT. Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. An Nisa 4:54

8 "Teman" merujuk kepada "arah kanan" atau "selatan". http://bibleatlas.org/teman.htm

9 Telah disebutkan dalam Genesis 21:21 tentang tempat tinggal Ishmael: [Allah menyertai Ismael. Anak itu bertambah besar; dia tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir. Ibunya mengahwinkan dia dengan seorang wanita Mesir.] dan di dalam 25:18 : [Keturunan Ismael tinggal di kawasan di antara Hawila dan Syur, di sebelah timur Mesir ke arah Asyur. Mereka hidup terpisah daripada keturunan Abraham yang lain.] Seperti yang disebutkan di dalam The Dictionary of The Holy Book, Hawilah adalah “Sebuah daerah di Tanah Arab, dan kaitan antara Hawilah dan Hadramaut serta tempat lain menunjukkan ia berada di tengah tanah Arab atau di kawasan selatan.” Tidak ragu lagi bahawa Hadramaut terletak di Yaman. Dan berkenaan dengan Syur, ia terletak di selatan Palestin, berdekatan Mesir. Oleh itu, kawasan ini hanya terhad antara sempadan negara Yaman sekarang dan selatan Palestin, yang terkenal dikalangan Yahudi. Atas sebab ini, maksud timur, sebagai satu perjalanan pulangnya agama Ibrahim ke tempat asalnya, Iraq. Inilah sebabnya kebanyakan kuburan para Imam adalah di Iraq walaupun mereka tidak dilahirkan di Iraq. Ini adalah apa yang Allah kehendaki, agar ia dapat membuktikan kembalinya agama Ibrahim ke Iraq oleh Yamani yang dijanjikan oleh tiga agama."

10 Ini diakui sendiri oleh penulis Kristian Perancis, Maurice Bucaille dalam bukunya, The Bible, the Quran and Science. The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge

11 Imam Ahmed Al Hasan dan Ansar telah banyak kali menjawab penghujahan- penghujahan ini di dalam kitab-kitab mereka yang diterbitkan dalam Laman Web Rasmi. Dan penghujahan sesat ini bukanlah satu hujah jika dibandingkan dengan pembuktian para utusan Allah.

12 "Bagaimanakah halnya dengan generasi sebelumnya? Adakah ibu bapa kami, nenek moyang kami berada di jalan yang salah?" Ini adalah soalan yang sering ditanya oleh mereka yang membangkang Nabi-nabi Allah, maka walaupun sepatutnya para pemimpin dan pengikut mereka patuh tunduk kepada bukti yang dibawa para utusan, mereka menjadikan manusia untuk menentang para Nabi dengan ayat-ayat ini, kerana mereka tidak dapat menghadapi bukti nyata yang dibawa oleh para utusan, dan membuktikan kebenaran ideologi yang dipegang oleh mereka melainkan ia hanyalah legasi sesat bapa-bapa dan nenek moyang mereka.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...