Thursday, April 20, 2017

Bab 5: Bilangan Dajjal Atau Haiwan Bengis



Bab 5: Bilangan Dajjal Atau Haiwan Bengis

Soalan 5: Sesetengah orang menyebut dari Paderi Zakaria Botros setelah beliau mengira nombor 666 dari kitab wahyu, lalu beliau mendapati bahawa "syaitan datang dari Makkah". Di sini niat beliau jelas. Apakah pandangan Sayed Ahmed Al-Hasan?

Jawaban: Anda mengatakan bahawa seseorang telah membuat pengiraan bahawa Syaitan datang dari Makkah, dan ia sama dengan nombor bilangan bagi Dajjal atau Haiwan Bengis, seperti yang didapati dari visi John; perkara ini adalah batil dan perkataan yang sia-sia, kerana petikan tersebut menyebutkan bahawa bilangan nama Haiwan Bengis tersebut bersamaan dengan nombor ini, jadi adakah ayat “syaitan datang dari Makkah” adalah nama bagi seseorang atau ia hanyalah susunan perkataan berdasarkan kepada prasangka buta bersifat syaitan terhadap Rasul Allah Muhammad ? Ini tanpa mempertimbangkan fakta bahawa perkiraan yang didakwa ini adalah terbatal dan tidak benar.

Dan ini adalah teksnya yang sempurna, untuk difikirkan oleh setiap orang yang adil dan mengetahui kebenaran.

Kitab Wahyu Bab 13:

1 Kemudian aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut. Binatang itu mempunyai sepuluh tanduk dan tujuh kepala. Pada setiap tanduk ada sebuah mahkota dan pada setiap kepala tertulis satu nama yang mengkufuri Allah.
2 Binatang yang aku lihat itu kelihatan seperti harimau bintang, kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kekuatannya sendiri, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar.
3 Salah satu kepala binatang itu mempunyai parut daripada luka yang parah sekali, tetapi luka itu sudah sembuh. Semua penduduk dunia penuh dengan kekaguman sambil mengikuti.
4 Semua orang menyembah naga itu kerana naga itu sudah memberikan kekuasaannya kepada binatang itu. Mereka juga menyembah binatang itu sambil berkata, “Siapakah seperti binatang ini? Siapakah dapat melawannya?”
5 Binatang itu dibenarkan mengkufuri Allah dan dibenarkan memerintah selama empat puluh dua bulan.
6 Binatang itu mula mengkufuri Allah, nama Allah, tempat kediaman Allah, dan semua yang tinggal di syurga.
7 Binatang itu dibenarkan melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Binatang itu diberikan kekuasaan atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa.
8 Semua orang yang hidup di bumi akan menyembah binatang itu, kecuali orang yang nama mereka terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup. Nama-nama itu ditulis sebelum dunia ini diciptakan, dan kitab itu dimiliki oleh Anak Domba yang sudah disembelih.
9 “Oleh itu, jika kamu bertelinga, dengarlah!
10 Sesiapa yang harus ditawan, pasti akan ditawan; sesiapa yang harus dibunuh dengan pedang, pasti akan dibunuh dengan pedang. Itulah sebabnya umat Allah mesti tabah hati dan setia kepada Kristus.”
11 Lalu aku nampak seekor binatang lain keluar dari dalam bumi. Binatang itu mempunyai dua tanduk seperti tanduk anak domba, dan suaranya seperti suara naga.
12 Binatang ini menggunakan kekuasaan besar binatang pertama itu di depan matanya. Semua penduduk dunia dipaksa untuk menyembah binatang pertama, yang luka parahnya sudah sembuh.
13 Binatang kedua ini melakukan mukjizat-mukjizat yang hebat. Di hadapan semua orang, api diturunkannya dari langit ke bumi.
14 Binatang kedua ini diizinkan oleh Allah untuk melakukan mukjizat-mukjizat di hadapan binatang pertama. Dengan mukjizat-mukjizat itu, binatang kedua ini menipu semua orang yang hidup di bumi dan menyuruh mereka membuat sebuah patung untuk menghormati binatang pertama yang sudah dilukai oleh pedang, tetapi tetap hidup.
15 Binatang kedua ini dibolehkan memberikan nyawa kepada patung itu, sehingga patung itu dapat berkata-kata dan membunuh semua orang yang tidak mahu menyembahnya.
16 Binatang kedua ini memaksa semua orang: orang biasa dan orang besar, orang kaya dan orang miskin, abdi dan orang bebas, supaya menerima tanda pada tangan kanan atau dahi mereka.
17 Tidak seorang pun dapat membeli ataupun menjual sesuatu, kecuali dia mempunyai tanda itu, iaitu nama binatang itu sendiri atau nombor yang melambangkan nama itu.
18 Hal ini memerlukan kebijaksanaan. Sesiapa yang bijak dapat memahami erti nombor binatang itu, kerana nombor itu melambangkan nama seorang manusia. Nombor itu 666.

Perlu kita ketahui bahawa nombor ini terdapat perselisihan padanya, kerana wujud dua versi: Dalam satu versi nombornya adalah 666, dan di dalam versi yang lain nombornya adalah 616[1]. Oleh itu, orang yang adil, yang mahu mencari kebenaran akan dapat melihat dengan jelas bahawa ini adalah kaedah seseorang yang mempunyai prejudis terhadap Utusan Allah, Muhammad, dan hanya berniat menghina baginda. Dan kita lebih baik dari sifat ini, semoga Allah memberi anda kejayaan. Selain itu, dapat dilihat dengan jelas bahawa orang ini adalah orang yang mengikuti jalan syaitan, oleh itu kita dapat mengenal mereka melalui buah (hasil) mereka. Dan berikut adalah “buah” yang mereka hasilkan: penghinaan serta penggunaan kata-kata kotor dan cela. Oleh itu anda mengenali mereka melalui perkara ini, dan anda akan mengenali mereka sebagai syaitan yang di provok oleh syaitan, serta bercakap bagi pihak syaitan.

Malah, semua orang perlu tahu bahawa adalah tidak adil bagi Muhammad untuk dipertanggungjawabkan ke atas tindakan Wahabi dari kalangan Arab Semenanjung dan pengikut mereka, walaupun Al-Quran mengkritik mereka dan tindakan jenayah mereka.

Orang yang membebankan Muhammad  dan Islam dengan tindakan Wahabi, adalah sama dengan menyalahkan Jesus, agama Kristian, Taurat dan Injil untuk semua tindakan Constantine dan mereka yang seangkatan dengan beliau, atau sekurang-kurangnya atas jenayah Gereja untuk beberapa abad yang lepas, seperti pembunuhan, penyeksaan dan pembakaran secara hidup-hidup mereka yang tidak bersefahaman, atas slogan syirik, kufur dan menentang Kristian serta Gereja, yang tidak kurang buruknya dari tindakan Wahabi.

-------------------------


1 Para ahli sains di Universiti Oxford telah berjaya untuk membaca serpihan-serpihan daripada salah satu manuskrip Wahyu tertua dengan menggunakan teknologi pengimejan terkini. Manuskrip itu, yang dinamakan Papyrus 15 (P115) dan (P115), telah dijumpai di Oxyrhynchus (Al-Bahnasa, Mesir).Berasal dari abad ke-3, manuskrip itu menyatakan nombor Haiwan Bengis sebagai 616 (Greek: χις) dengan pengunaan (ι) dan bukannya (ξ) seperti kebanyakan manuskrip-manuskrip yang lain. David Parker, seorang profesor Kritikan Teks Perjanjian Baru dan Paleografi (sistem kajian tulisan purba dan penafsiran manuskrip sejarah) di Universiti Birmingham, mempercayai bahawa nombor 616 itu adalah nombor asalnya, walaupun 666 itu lebih senang untuk diingati. Dia berkata, "Para ahli sains telah membincangkan isu ini secara mendalam dan memang ada perbezaan pendapat. Buat masa sekarang, kelihatan seperti 616 itu adalah nombor asal untuk si Haiwan Bengis. Dengan itu, nombor ini secara kemungkinan besar adalah benar memandangkan versi manuskripnya lebih tua daripada versi lain (yang menyebutkan 666) dengan jarak 100 tahun.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...