Thursday, April 20, 2017

Bab 8. Berkaitan Hal Jesus Disalib Dan Injil Judah (Gospel of Judah)


Bab 8. Berkaitan Hal Jesus Disalib Dan Injil Judah (Gospel of Judah)

Soalan 8: Berkaitan hal penyaliban Jesus, apakah seruan Imam Ahmed Al Hassan kepada Kristian?

Jawaban: Orang Kristian perlu mengambil perhatian bahawa perkara penyaliban Jesus adalah batil, dan saya telah menjelaskan kebatilannya dari Injil dan kata-kata Jesus di dalamnya serta permintaan beliau kepada Allah SWT untuk menarik semula deraan salib dari dirinya.1 Jadi samada Allah SWT mengabulkan doa Jesus dan mengangkatnya dan seterusnya mengutuskan keserupaannya -dan ini adalah kebenarannya- ATAU Allah SWT tidak mengabulkan doa Jesus. Iaitu mengikut kata mereka, Allah SWT tidak mempedulikan doa Jesus.

Dan mereka juga telah menuduh Jesus mempunyai sifat kebodohan, berpandangan lemah dan kurang ilmu, jika bukan begini, maka apa sebabnya Jesus meminta pada Allah SWT untuk menarik balik penyaliban darinya jika beliau mampu untuk mempunyai kesabaran atas penderaan disalib tanpa merungut, jika beliau tahu urusan penyaliban adalah penting dalam agama? 2

Mereka juga harus memberi perhatian pada dokumen bersejarah, Injil Judah,3 yang dipersembahkan oleh International Historical Society, dan ia adalah salah satu dari manuskrip purba yang dijumpai di Mesir, tarikhnya dikesan sehingga permulaan abad ketiga, sebuah dokumen yang menyebutkan Jesus tidak disalib; malah, seseorang yang lain, yang merupakan keserupaan beliau yang telah disalib.

Apa yang membimbangkan kita adalah, isu keserupaan Jesus ini secara umumnya, tanpa mengira ciri-ciri individunya, telah pun dipersembahkan kepada Kristian untuk lebih 1700 tahun.

Seperti kata pepatah, “Jika ada asap, maka ada apinya” (Nota penterjemah: Jika tidak ada angin, masakan pohon bergoyang). Jika sesuatu isu itu tidak ada asal usul, maka ia tidak akan muncul dikalangan Kristian awal dan juga ideologi mereka.4

Soalan yang harus diberi perhatian dan ditanyakan pada diri mereka: Dari manakah kumpulan-kumpulan Kristian purba ini terfikir bahawa Jesus tidak disalib dan yang disalib adalah keserupaannya? Adakah ia sekadar satu pemikiran? Adakah ini merupakan perkara intelektual semata atau satu perkara yang dilaporkan dalam sejarah? Bolehkah dikatakan, sebagai contoh, kumpulan ini mempercayai bahawa Jesus tidak disalib dan yang disalib adalah keserupaannya, tanpa sebarang pelaporan sejarah dari orang yang hidup di masa kejadian salib?

Saya menasihatkan setiap Kristian yang bebas agar mengabaikan kata-kata gereja hari ini, yang mengatakan bahawa orang-orang yang menulis Injil ini adalah dari kumpulan sesat, kerana jika kamu bertanyakan kumpulan ini tentang prinsip yang dipegang oleh gereja hari ini, mereka juga akan mengatakan gereja sebagai satu penyelewengan; dan jika kita bertanya kepada Arius dan pengikutnya tentang gereja hari ini, mereka pasti akan memanggil mereka musyrik. Oleh itu, tindakan gereja hari ini menganggap semua penentang Kristian sebagai musyrik, seperti mana yang mereka lakukan pada Jehovah’s Witness, tidak mendatangkan sebarang perbezaan, dan tidak dapat menyembunyikan kebenaran yang muncul dengan jelas pada hari ini. Apa yang disebutkan oleh gereja pada hari ini merupakan perkara kontroversi dikalangan Kristian awal. Malahan, ia masih kekal kontroversi sehingga hari ini, dan kumpulan Kristian, Jehovah’s Witness merupakan bukti terbaik akan kontroversi ini.

Kebenaran yang telah tertegak sekarang adalah kini sudah wujud sebuah dokumen bersejarah yang telah dianalisis oleh pakar antarabangsa pengkhususan artifak dan dengan menggunakan kaedah saintifik terkini, dan terbukti ia adalah dari permulaan abad ketiga. Di dalamnya disebutkan bahawa Jesus tidak disalib, tetapi ada seorang yang menyerupai Jesus yang disalib bagi tempatnya. Jadi, bolehkah orang Kristian sekadar berpegang kepada kata-kata gereja: Bahawa dokumen ini adalah milik kumpulan sesat purba Kristian?!!!

Adakah respon dari gereja ini ilmiah?! Sebagai contoh, tidak bolehkah jika seseorang yang tidak bersetuju dengan gereja ini, bertanya kepada mereka, “Apa bukti bukan kalian yang melakukan kesyirikan??!” Bukankah sebaiknya setelah kemunculan fakta-fakta ini, isu penyaliban dikaji secara objektif dan ilmiah, jauh dari sifat fanatik dan ikut buta?

Dan berikut adalah petikan dari Injil Judah (dan mengikut terjemahan yang disahkan dengan teks Koptik oleh gereja) yang dengan terang menjelaskan Jesus tidak disalib; malah ada seseorang yang dijadikan keserupaannya dan diutus menggantikan beliau.

Injil Judah Adegan 3:

•Judah berkata, “Tuan, adakah keturunanku akan berada di bawah kekuasaan pemerintah?”
Jesus menjawab, “Kemari, agar aku […dua perkataan hilang..], namun kamu akan mengalami kesedihan yang besar apabila kamu melihat kerajaan itu dan semua generasinya."
Apabila mendengarnya, Judah berkata kepada beliau, “Apakah kebaikan yang aku peroleh darinya? Kerana kamu sudah mengasingkan ku untuk generasi tersebut."
Jesus menjawab, “Kamu akan menjadi yang ketiga belas, dan kamu akan dilaknat oleh generasi yang lain — dan kamu akan berkuasa(memerintah) atas mereka. Di hari-hari akhir mereka akan melaknat pengangkatan kamu kepada generasi suci."
“Namun kamu akan melebihi mereka. Kerana kamu akan mengorbankan orang yang berpakaian ku.”
•“Tandukmu telah dinaikkan, kemurkaan mu sudah dinyalakan, bintang mu sudah tampak cerah dan hati mu … [57]"

Dan di dalam petikan ini:

Pertama: Judah dijadikan menyerupai Jesus dan disalib menggantikan tempatnya, dan beliau mengorbankan dirinya.

Kedua: Judah akan datang di akhir zaman untuk berjaya. Oleh itu Judah yang disebutkan dalam sesetengah petikan dari Injil mestilah bukan Judas Iscariot5 6 yang mengkhianati Jesus seperti di akhir Injil Judah.

“Mereka menghampiri Judas dan berkata, “Apa yang kamu buat di sini? Kamu adalah pengikut Jesus.” Judas menjawab seperti yang mereka mahukan. Dan dia mendapat sedikit wang dan memberikan beliau kepada mereka.” Injil Judah Adegan 3

Mari kita melihat kepada satu fakta bahawa makna perkataan Judah bermaksud “pujian” (Al Hamd > الحمد) atau Ahmed (أحمد) dalam bahawa Arab, iaitu nama Mahdi atau sang penyelamat yang dijanjikan di akhir zaman; maka jelas bahawa orang yang menyerupai Jesus, disalib ditempatnya, yang berbicara dengan Jesus bahawa beliau akan kembali dan memerintah di akhir zaman, merupakan sang penyelamat, Al-Mahdi, Ahmed, yang disebutkan di dalam Taurat, Injil, Quran dan wasiat Rasul Allah Muhammad.7
-------------------------


1 Dan berikut adalah beberapa kata-kata beliau: “Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu. Dia berlutut dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.” Luke 22:41-42 ; Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.” Matthew 26:39; Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa supaya jika boleh Dia tidak usah mengalami saat penderitaan itu.36 Dia berdoa, “Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.” Mark 14:35-36 

2 Penerangan lanjut tentang isu keserupaan adalah di topik berikutnya, dan berkaitan dengan kepentingan penyaliban dan pengorbanan, rujuk Lampiran 4.

3 Rujuk Lampiran 3. 

4 Di dalam bukunya, Injil Judah, Adakah Penemuannya Memberi Kesan Pada Agama Kristian?, Fr. Abdul Maseeh Bassit mengakui bahawa Injil ini wujud dalam tahun 180 AD dan walaupun beliau menolak Injil ini, apa yang penting pada saya adalah beliau mengakui umur dokumen ini. Berkenaan kumpulan Kristian yang beriman dengan Injil Judah, beliau berkata, “Yang pertama menyebut tentang kumpulan ini dan ideologinya dari para Father gereja pertama, serta yang menulis kompilasi Injil Judah adalah St. Irenaeus, Biskop Lugdunum(Perancis) pada 180 AD. Individu ini adalah pelajar St. Polycareous yang merupakan pelajar St. John, pelajar Jesus Christ.” Dan tarikh yang beliau sebutkan bermakna apa yang dipercayai oleh Kristian dari apa yang disebut di dalam Injil Judah adalah sebelum Islam dan sebelum Majlis Nicaea yang diadakan pada 325 AD. Rujuk lampiran 2.

5 Judas (Greek: Ιούδας) adalah tulisan Greek yang di-Inggeris-kan membawa nama Ibrani Yehudah (Ibrani: יהוָּדה). Judah juga membawa nama yang sama apabila diinggeriskan. —Pent.

6 Wajar untuk disebut disini, antara sebab para ulama gereja menolak Injil Judah adalah kerana kepercayaan mereka bahawa Judah yang disebutkan adalah Judas Iscariot. Metropolitan Bishoy berkata, “Bagaimana Judas Iscariot disebut sebagai penulisnya? Sedangkan Judas telah membunuh diri setelah mengkhianati Jesus Christ, maka bilakah beliau menulisnya? Terutamanya apabila ia menulis tentang saat-saat akhir sebelum penyaliban.” Rujukan: Simplifying Faith Lectures, “Lecture 16: The Gospel Of Judas”.Father Thomas D. Williams, Dekan Theology di Universiti Apostolorum di Rom mengucapkan perkara yang serupa, “Dokumen ini memberi gambaran positif pada Judas Iscariot."Apa yang sekurang-kurangnya boleh kita sebutkan tentang pemahaman mereka adalah, ia merupakan satu pengkhianatan ilmu kerana menjadikan perkara ini samar kepada manusia, ini disebabkan Injil Of Judah tidak menunjukkan sebarang kenyataan menyebut penulisnya adalah Judas Iscariot; malah, ini hanyalah pemahaman ulama Gereja. Jadi kepastian akan pengkhianatan Judas Iscariot memberi petunjuk kepada kita agar tidak merujukkan nama Judah kepada Judas, tetapi kita harus mencari seorang lagi yang bernama Judah yang hadir di masa penyaliban, dan yang merupakan orang yang disalib menggantikan Jesus setelah Allah SWT mengabulkan doanya dan memberikan cawan penyaliban kepada beliau, seperti yang disebutkan dengan jelas dalam Injil Matthew, Mark dan Luke. Dan petikannya disebutkan sebelumnya.


7 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Wasi Dan Utusan Imam Mahdi Dalam Taurat, Injil dan Quran dan Surat Petunjuk, keduanya oleh Imam Ahmed Al Hasan, dan buku beliau yang lain, yang membongkar banyak kebenaran Illahi yang tidak diketahui oleh ulama semua agama.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...