Wednesday, May 3, 2017

Soalan 1: Kandungan Dan Matlamat Seruan


Soalan 1: Kandungan Dan Matlamat Seruan


Soalan 1: Dengan nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, apakah kandungan dan matlamat seruan kamu?

Rita George,
Seorang wanita Kristian (2005)
16/Safar/1426 H

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Isa (as) berkata: (bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah Allah)1, dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada kamu bahawa dengan makanan, matinya anak Adam, namun dengan Kalimah Allah, hidupnya anak Adam itu (menjadi prinsip hidupnya).
Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (sawas).
Agar tauhid tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan matlamat para Nabi serta para Wasi adalah matlamatku, untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselisihkan di dalamnya. Dan juga untuk menerangkan penyelewengan para ulama Yahudi, Nasrani dan Muslim serta terkeluarnya mereka dari Syariat Ilahiyah yang diwasiatkan kepada para nabi (as).
Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang berterusan hidup tanpa bumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan supaya..dan supaya melaksanakan perkara yang paling penting dalam syariat iaitu: keadilan, belas kasihan dan kejujuran.
Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dukungi kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan kepada sesiapa sahaja yang mencari kebenaran dan takut kepada Hari Kebangkitan Kecil dan Besar, serta mereka yang takut kepada Allah SWT.

Ahmed Al-Hasan

-------------------------


1 Gospel Matthew 4:4

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...