Wednesday, May 3, 2017

Soalan 3: Kepada Mereka Yang Mengharap Mukjizat


Soalan 3:  Kepada Mereka Yang Mengharap Mukjizat

Soalan 3: Salam kepada Sayed Ahmed Al-Hasan. Saya telah menerima semua jawapan kamu dan saya rasa berbesar hati dan berterima kasih kepada kamu kerana memberi perhatian kepada saya.

Tetapi masih ada lagi perkara penting yang telah mengelirukan saya. Kamu ingin tahu tahap pembelajaran dan agama saya, walaupun kamu mengatakan, "Aku lebih tahu Kitab Injil dari pengikutnya, begitu juga Taurat dan Quran kalian... dan lain-lain," jadi bagaimana Imam kamu tidak menceritakan kepada kamu tentang siapa saya, dan tahap pembelajaran saya, dalam usaha kamu untuk membuktikan kebenaran berkenaan apa yang kamu katakan kepada orang-orang seperti saya ini? Apakah jawapan kamu mengenai perkara ini? Dengan salam hormat, kasih, dan penghargaan dari saya. 

Semoga Tuhan melindungi dan memuliakan kamu.

Rita George
Seorang Wanita Kristian (2005)

Jawapan: [Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi juga memperolokkan Yesus. Mereka berkata, “Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri! Bukankah dia raja orang Israel? Jika dia turun dari salib sekarang, kami akan percaya kepadanya! Dia percaya kepada Allah dan berkata bahawa dia Anak Allah. Mari kita lihat, adakah Allah akan menyelamatkan dia sekarang?” ] 1.
Dan adakah sesiapa yang melihat Musa (as), tidak tahu bahawa dia mempunyai tongkat di tangan kanannya? Jadi bagaimana pula Allah SWT bertanya kepadanya,
                    
﴿وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ﴾
[Apakah yang ada di tangan kananmu itu, hai Musa?]2.
Ahmed Al-Hasan

-------------------------

1 Injil Matius (Matthew) 27: 41-43. Injil Markus (Mark) 15: 31 - 32

2 Ta-Ha 20:17

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...