Wednesday, May 3, 2017

Soalan 6: Mengapa Kamu Layak Menjadi Wakil Imam Al-Mahdi?

Soalan 6: Mengapa Kamu Layak Menjadi Wakil Imam Al-Mahdi?

Soalan 6: Kepada yang sangat dihormati, Sayed Ahmed Al-Hasan. Salam. Apakah sifat-sifat yang menjadikan kamu layak untuk tugasan ini? Atau lebih jelas lagi, apakah sifat-sifat yang membezakan kamu dengan Syiah yang lain, yang membuatkan Imam Al-Mahdi memilih kamu sebagai wakilnya? Terima kasih, Rita.

Rita George,
25/Rabi Al-Awwal/1426 H (2005)

Jawaban:
Apabila Allah berfirman kepada Musa (as): Jika kamu datang untuk bermunajat (berdoa), maka datanglah bersama seseorang yang lebih rendah darjatnya untuk menemani kamu.
Jadi setiap kali Musa (as) terjumpa sesiapa, beliau tidak berani untuk mengatakan dirinya lebih baik dari orang tersebut. Lalu beliau mula mempertimbangkan jenis-jenis haiwan yang lebih rendah dan apabila beliau melihat seekor anjing kurap, beliau memutuskan untuk membawa anjing itu untuk menemaninya. Beliau melilitkan tali di leher anjing itu dan berjalan dengannya buat seketika. Namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada anjing tersebut dan berkata: “Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah, jadi bagaimana aku lebih baik dari kamu?” Maka Musa (as) melepaskan anjing tersebut dan pergi bermunajat seorang diri.
Allah berfirman: “Wahai Musa, di manakah teman yang Aku perintahkan kepadamu (untuk dibawa bersama)?” Maka Musa menjawab: “Ya Allah, aku tidak menjumpai sesiapapun (yang lebih rendah dari diriku)”.  Lalu Allah berfirman: “Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing tersebut, maka akan Ku padamkan nama mu dari senarai kenabian.”1
Dan saya, sebagai hamba yang hina, tidak terlintas di hati kecil ini bahawa saya lebih baik dari anjing kurap itu, sebaliknya saya melihat diri saya mempunyai dosa yang besar, berdiri di antara Tangan Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
                                               
Ahmed Al-Hasan
-------------------------


1 Uddah Al-Da’iy: Oleh Ibn Fahd Al-Hilliy halaman 204.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...