Wednesday, May 3, 2017

Soalan 7: Dalil Utusan Imam Al-Mahdi Dari Kitab Samawi

Soalan 7: Dalil Utusan Imam Al-Mahdi Dari Kitab Samawi

 

Soalan 7: Kamu, orang-orang Syiah, mengatakan bahawa terdapat hanya empat orang wakil (Safir) bagi Imam Al-Mahdi dan tidak ada wakil selepas itu. Jadi apakah dalil naqli dan aqli yang ada dari Al-Quran, Al-Taurat, dan Al-Injil, bahawa kamu adalah wakil yang kelima?

Rita George, Wanita Kristian
25/ Rabi Al-Awwal/1426 H (2005)

Jawapan:

Di dalam Taurat, Kitab 2 Raja-raja, Bab Kedua: 2:1-18 (Elia naik ke Langit)

[Ia berlaku apabila Yahweh akan mengambil Elia oleh badai ke Langit.(8) Lalu Elia mengambil jubahnya, digulungnya, dipukulkannya ke atas air itu, maka terbagilah air itu ke sebelah sini dan ke sebelah sana, sehingga menyeberanglah keduanya dengan berjalan di tanah yang kering. (9) Dan sesudah mereka sampai di seberang, berkatalah Elia kepada Elisa: "Mintalah apa yang hendak kulakukan kepadamu, sebelum aku terangkat dari padamu." Jawab Elisa: "Biarlah kiranya aku mendapat dua bagian dari rohmu." (10) Berkatalah Elia: "Yang kau minta itu adalah sukar. Tetapi jika engkau dapat melihat aku terangkat dari padamu, akan terjadilah kepadamu seperti yang demikian, dan jika tidak, tidak akan terjadi." (11) Sedang mereka berjalan terus sambil berkata-kata, tiba-tiba datanglah kereta berapi dengan kuda berapi memisahkan keduanya, lalu naiklah Elia ke Langit dalam angin badai. (12) Ketika Elisa melihat itu, maka berteriaklah ia: "Bapaku, bapaku! Kereta Israel dan orang-orangnya yang berkuda!" Kemudian tidak dilihatnya lagi.]
Ini adalah situasi nabi Allah dan RasulNya, Elia (Iliya (as)​​), dan beliau telah diangkat dan tidak mati sehingga sekarang dan beliau melaksanakan banyak urusan Allah SWT di bumi-Nya, tetapi penduduk bumi tidak melihatnya; kerana mereka dibutakan walaupun mata mereka terbuka. Dan seperti Elia (Iliya (as)​​), Khidhir (as) juga diangkat dan melakukan kerja-kerja di muka bumi dengan izin Allah SWT, dan Isa (as) juga diangkat dan melakukan kerja-kerja di atas bumi dengan perintah Allah SWT, begitu juga Imam Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as) diangkat dan melakukan kerja-kerja di atas bumi dengan perintah Allah SWT.
Dan pada permulaan ketika Nabi Isa (as) diangkat, beliau telah mengutus wasi-wasinya dan utusan-utusannya untuk mengesahkan kebenaran yang dibawanya dari Allah SWT serta menyebarkan agama Allah di bumi-Nya. Sebahagian dari mereka adalah: Syam’un Al-Shafa atau namanya seperti di dalam Injil [Sim’aan Bithrus - Simon Peter] dan begitu juga (Wasi) Yohanes Barbari atau namanya seperti di dalam Injil John Ahli Teologi itu (Yuhana Al-Lahuti - Yohanes). [1]
Setelah itu, risalah daripada Isa (as) dihentikan. Kenyataannya ia dihentikan untuk suatu masa sahaja dan ini tidak bermakna bahawa ia dihentikan untuk selama-lamanya, kerana tidak ada bukti logik dan juga bukti dari Kitab-kitab Suci yang menyokongnya, dan sebaliknya, fakta menunjukkan bahawa Isa (as) akan mengutus wakilnya apabila tiba masanya untuk beliau kembali dan apabila Kebangkitan (Kiamat) Kecil semakin hampir, dan saya akan memberikan dalilnya kemudian, Insya Allah.
Bagi Imam Al-Mahdi (as), beliau telah mengutus empat wakil (Safir) dalam Keghaiban Kecil (Ghaibah Sughra) yang berlangsung selama lebih kurang tujuh puluh tahun, dengan tidak ada lagi wakil yang dihantar dari Imam Al-Mahdi (as), demikian juga, ia dihentikan untuk suatu masa dan ini tidak bermakna bahawa ia dihentikan untuk selama-lamanya, bahkan sebaliknya bukti menyokong, bahawa beliau akan mengutus utusannya (as) apabila hampir tiba masa kebangkitannya dan iaitu waktu Kebangkitan (Kiamat) Kecil, dan saya akan memberi dalil-dalilnya kemudian, Insya Allah.
Dan sekarang, sebelum kita mengkaji dalil berkaitan pengutusan seseorang sebagai utusan yang mewakili mereka (Isa dan Al-Mahdi), mari kita kaji perkara ini pada empat orang ini, salam atas mereka: Al-Khidir, Iliya, Isa dan Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi. Adakah urusan mereka sama atau berbeza?
Pada hakikatnya, urusan mereka adalah satu, dan mereka bersatu serta tidak terpisah-pisah. Tidak ada perbezaan di antara mereka, kerana Tuhan mereka adalah satu dan agama mereka adalah satu; iaitu penyerahan kepada Allah SWT. Mereka semua menyeru kepada Allah dan beramal dengan perintah-Nya, kebenaran yang mereka serukan adalah satu dan matlamat mereka adalah satu; iaitu Kiamat Kecil, dan tujuan mereka adalah satu; iaitu untuk menyebarkan kesaksamaan, keadilan dan Tauhid dengan menyembah Allah di muka bumi ini dengan cara yang dikehendaki Allah SWT. Oleh itu rasul (utusan - wakil) daripada mereka semua mesti hanya seorang, dan beliau juga mestilah seorang Rasul dari Allah, kerana mereka semua beramal dengan perintah-Nya, dan kerana sesiapa yang mewakili mereka adalah mewakili Allah, dan sesiapa yang menggantikan mereka di bumi ini bermakna telah menjadi pengganti Allah (Khalifah Allah) SWT, kerana mereka semua adalah Khalifah Allah di muka bumiNya.
Dan sekarang mari kita menyebut sebahagian dari dalil-dalil bahawa mereka (as) akan mengutuskan seorang utusan apabila tiba masanya untuk Kiamat Kecil dan Negara Keadilan Ilahi, dan hanya beberapa bukti adalah mencukupi kerana keadaan terhad yang menghalang kita membincangkan secara terperinci.

Pertama: dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (S) dan para Imam (as).


1) Dalam Al-Quran:

a) Allah SWT berfirman:

﴿ فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّماءُ بِدُخانٍ مُبِينٍ*يَغْشَى النَّاسَ هذا عَذابٌ أَلِيمٌ رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ * أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرى وَقَدْ جاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ * ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ * إِنَّا كاشِفُوا الْعَذابِ قَلِيلاً إِنَّكُمْ عائِدُونَ * يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرى إِنَّا مُنْتَقِمُونَ ﴾

[Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, * yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. * (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman".* Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi penjelasan, * kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran lagi pula seorang yang gila". * Sesungguhnya, Kami akan melenyapkan siksaan itu agak sedikit. Sesungguhnya kamu akan kembali. * (Ingatlah) hari (ketika) Kami menghantam mereka dengan hantaman yang keras. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi balasan.] [2]
Dan asap ini adalah azab, dan azab akan didahului dengan sebuah risalah, Allah SWT berfirman:

﴿وَما كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً﴾

[...dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.] [Al-Israa’ 17:15]
Juga asap atau azab ini adalah hukuman bagi orang-orang yang akan diseksa kerana mendustakan Rasul tersebut semasa beliau berada di antara mereka, kerana ia adalah jelas dalam ayat:

﴿ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَ قالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ﴾.

[Kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran lagi pula seorang yang gila.] [Al-Dukhan 44:14]
Begitu juga, asap atau azab ini telah diangkat kerana kepercayaan penduduk bumi ini kepada utusan tersebut setelah ia meliputi mereka, seperti juga azab yang meliputi umat Yunus, atau Yunan.
Dan juga, asap atau azab ini dikaitkan dengan Kiamat Kecil; bahkan ia adalah siksaan kecil seperti yang dijelaskan di dalam ayat ini, kerana tiada apa-apa selepasnya kecuali pembalasan yang lebih besar dan pembalasan kepada para penindas (penzalim).
Jadi asap adalah salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Al-Qa'im (Al-Mahdi), dan ini telah diberitahu oleh para Imam (as), serta ia dikaitkan dengan seorang rasul (utusan), bahkan disebabkan penduduk bumi menafikan utusan ini, jadi ia adalah satu hukuman bagi mereka:

﴿أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرى وَ قَدْ جاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ﴾.

[Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi penjelasan] [Al-Dukhan 44:13]

Jadi siapakah utusan (Rasul) ini? Dan siapakah yang mengutusnya?

b) Allah SWT berfirman:

﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ * يُسَبِّحُ لِلَّهِ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ * هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آياتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ * وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ * ذلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴾


[Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.* Dialah yang mengutus kepada Al-Ummiyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,* dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. * Demikianlah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai karunia yang besar.] [Al-Jumaah 62: 1-4.]
Ini bermakna, apabila yang lain dari mereka menyertai mereka, Dia SWT akan mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya dan untuk membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah.
Dan tentulah Muhammad (S) tidak dapat membacakan kepada orang lain yang datang selepas kembalinya baginda kepada Allah, jadi mestilah ada seorang rasul, dan yang juga untuk ummiyyin, iaitu orang-orang Umm Al-Qura (ibu kepada semua daerah) pada zamannya, dan dia mempunyai sifat-sifat ini: Membacakan ayat-ayat dan menyucikan manusia, iaitu menyucikan mereka supaya mereka melihat Kerajaan Langit dan mengajarkan mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah.

c) Allah SWT berfirman:

﴿وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ﴾

[Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.] [Yunus 10:47]
Dan dalam hadith diriwayatkan dari Jabir, dari Ja’far (as​​) berkata: Aku bertanya kepadanya tentang tafsiran ayat ini: (Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya) [Yunus 10:47]
Beliau (as) berkata: Ia mempunyai makna tersirat; iaitu di setiap abad akan ada seorang Rasul dari Keluarga Muhammad kepada umat ini, yang muncul pada abadnya sebagai seorang Rasul kepada mereka, dan mereka adalah para wali dan mereka adalah rasul, sebagaimana firman Allah (maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil,) beliau berkata: ini bermakna bahawa rasul menghukum dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya, sebagaimana firman Allah itu. [Tafsir Al-Ayashi: halaman 119, Bihar Al-Anwar: Jilid 24 halaman 306.]
Rasanya ini secara ringkas mencukupi, atau jika tidak, ia akan mengambil masa lebih lama jika kita mengkaji dari dalil-dalil Al-Quran.

2) Banyak hadis-hadis yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad (S), yang telah diriwayatkan oleh Syiah dan Sunnah menunjukkan kewujudan Mahdi dan Qa'im yang mendahului Imam Al-Mahdi (as), dan mempunyai hubungkait dengannya, yang juga seorang utusan dari beliau (as). Beliau adalah orang kanannya (Yaminahu) dan Wasinya.
Dan Wasiat Rasulullah (S) menunjukkan siapa peribadi ini dengan nama dan sifatnya, dan dia adalah Mahdi Pertama, namanya adalah Ahmed, dan dia adalah keturunan Imam Al-Mahdi (as).
Para Imam (as) juga menyifatkan peribadi yang diutus oleh Imam Al-Mahdi ini, dengan nama, tempat kediamannya dan sifat-sifatnya, dan namanya Ahmed serta dari Basrah dan ... dan ... dan saya memohon maaf kerana tidak menyebutkan hadis-hadisnya, hanya untuk mengekalkan keringkasan, dan untuk maklumat lanjut sila rujuk buku-buku yang diterbitkan oleh Pendukung Imam Al-Mahdi (as), seperti: Kenyataan Yang Jelas (Al-Balagh Al-Mubin), Balasan Yang Tegas (Al-Radd Al-Hassim), dan Balasan Penamat (Al-Radd Al-Qassim), dan beberapa kenyataan saya di mana saya menanggapi sebahagian daripada riwayat dari Nabi dan para Imam yang disampaikan oleh para ulama besar Syiah ratusan tahun yang lalu. Sebahagian daripada kisah-kisah ini turut diriwayatkan oleh ulama Sunni di dalam tulisan (kitab) mereka.

Kedua: di dalam Taurat


a) Kitab Yesaya:

[Ia akan mengangkat panji kepada bangsa-bangsa yang dari jauh, dan akan bersuit memanggil mereka dari ujung bumi; sesungguhnya mereka akan datang dengan segera, dengan cepat! * Tiada yang lelah dan tiada yang tersandung di antaranya; mereka tidak terlelap dan tidak tertidur, tidak terlepas ikat pinggangnya dan tali kasutnya tidak terputus; * anak panahnya ditajamkan, dan segala busurnya dilentur; kuku kudanya keras seperti batu api dan roda keretanya seperti puting beliung.* Aumnya seperti singa betina, mereka mengaum seperti singa muda; mereka meraung dan menangkap mangsanya, * membawanya lari dan tidak ada yang melepaskan. * Pada hari itu mereka akan diliputi oleh suara seperti suara laut menderu. Jika orang memandang ke bumi, sesungguhnya, ada gelap yang menyesakkan, dan terang menjadi gelap oleh awan-awan!...] [​Yesaya (Isaiah) Bab 5: 26-30]
Dan sifat-sifat ini; seperti orang-orang tidak tidur... dan ... dan ..., adalah sifat para sahabat Al-Qa'im (as) seperti dalam riwayat-riwayat Keluarga Muhammad (as). Jadi, siapakah orangnya yang mengangkat panji, (yang akan mengangkat panji kepada bangsa-bangsa (Al-Umam)?
Ini merujuk kepada orang yang mendapatkan persetiaan (bai’ah) dan mengumpulkan Pendukung Imam Al-Mahdi, Isa, Iliya dan Khidhir, salam atas mereka.

Perjanjian Lama Yesaya (Isaiah) Bab 11:

(1) Suatu tunas akan keluar dari tunggul Isai (Jesse), dan taruk (tunas) yang akan tumbuh dari pangkalnya akan berbuah (2) Roh TUHAN akan ada padanya, roh hikmat dan pengertian, roh nasihat dan keperkasaan, roh pengenalan dan takut akan TUHAN; (3) ya, kesenangannya ialah takut akan TUHAN. Ia tidak akan menghakimi dengan sekilas pandang saja atau menjatuhkan keputusan menurut kata orang.(4) Tetapi ia akan menghakimi orang-orang lemah dengan keadilan, dan akan menjatuhkan keputusan terhadap orang-orang yang tertindas di negeri dengan kejujuran; ia akan menghajar bumi dengan perkataannya seperti dengan tongkat, dan dengan nafas mulutnya ia akan membunuh orang fasik.(5) Ia tidak akan menyimpang dari kebenaran dan kesetiaan, seperti ikat pinggang tetap terikat pada pinggang.(6) Serigala akan tinggal bersama domba dan macan tutul (harimau) akan berbaring di samping kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan rumput bersama-sama, dan seorang anak kecil akan menggiringnya.(7) Lembu dan beruang akan sama-sama makan rumput dan anaknya akan sama-sama berbaring, sedang singa akan makan jerami seperti lembu. (8) Anak yang menyusu akan bermain-main dekat liang ular tedung dan anak yang cerai susu akan mengulurkan tangannya ke sarang ular beludak.(9) Tidak ada yang akan berbuat jahat atau yang berlaku busuk di seluruh gunung-Ku yang kudus, sebab seluruh bumi penuh dengan pengenalan akan TUHAN, seperti air laut yang menutupi dasarnya. (10) Maka pada waktu itu taruk (tunas) dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji bagi bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi mulia....] [​Yesaya (Isaiah) Bab 11: 1-10].
Dan semua peristiwa-peristiwa ini adalah bersesuaian dengan Kiamat Kecil, dan tidak pernah berlaku sebelumnya dan tidak akan berlaku kecuali di Negara Keadilan Ilahi.
Bagi Jesse (Isai), di dalam Taurat diketahui bahawa beliau adalah bapa kepada Nabi Daud (as), dan ibu Imam Al-Mahdi (as) adalah dari keturunan Nabi Daud (as).
Dan ceritanya secara ringkas adalah seperti berikut: Beliau (ibu Imam Mahdi (as)) adalah seorang puteri, datuk beliau adalah Kaisar Rom, beliau melihat dalam tidurnya (rukya) Nabi Isa (as) dan Wasinya, Simon Petrus serta Nabi Muhammad (S). Nabi Muhammad (S) telah pergi kepada Nabi Isa (as) dan mencadangkan perkahwinan antara beliau dan anaknya Imam Hasan Al-Askary (as​​), jadi Isa (as) berkata kepada Simon Petrus, “Satu penghormatan besar telah datang kepada kamu”; kerana beliau adalah keturunan Simon Petrus, Wasi kepada Isa (as), dan beliau melihat banyak rukya selepas itu, dan akhirnya beliau telah dipenjarakan. Banyak mukjizat telah berlaku kepadanya sehinggalah beliau sampai ke rumah Imam Ali Al-Hadi (as) yang mengatur perkahwinannya dengan anaknya Imam Hasan Al-Askari (as), seterusnya melahirkan Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as​​).
Jadi Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as) adalah keturunan Israel (Yakub (as​​)) dari sebelah ibu, dan keturunan Nabi Muhammad (S) dari sebelah bapa. Oleh itu, adalah benar bahawa beliau adalah tunas yang akan keluar dari tunggul Isai (Jesse).
Dan Mahdi Pertama yang namanya adalah Ahmed seperti dalam riwayat Nabi Muhammad (S) dan para Imam (as), adalah utusan Imam Al-Mahdi (as) dan Wasinya serta orang kanan (Yamin) beliau,  dan yang pertama beriman kepada Imam Al-Mahdi pada awal kemunculannya sebelum beliau bangkit dengan pedang. Rasanya ia memadai sampai di sini demi keringkasan, dan jika kamu mahu tahu lebih banyak lagi bacalah dari Kitab Taurat (Perjanjian Lama): Yesaya; Bab-bab 13, 42, 43, 44, 49, 63, 65, 66 dan renunglah dengan baik dan teliti di dalamnya.

b) Kitab Daniel: Bab 2:

[(31) Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. (34) Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk.(35) Maka dengan sekaligus diremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.] [​Kitab Daniel: Bab 2: 31-36]
Batu ini yang akan memusnahkan kerajaan taghut penzalim dan Syaitan di bumi ini, beliau adalah seorang rasul dari Imam Al-Mahdi dan dari Isa, Iliya dan Khidhir, salam atas mereka.

Bab 7:

[(2) Berkatalah Daniel, demikian: "Pada malam hari aku mendapat penglihatan, tampak keempat angin dari langit mengguncangkan laut besar, (3) dan empat binatang besar naik dari dalam laut, yang satu berbeda dengan yang lain. (4) Yang pertama rupanya seperti seekor singa, dan mempunyai sayap burung rajawali; aku terus melihatnya sampai sayapnya tercabut dan ia terangkat dari tanah dan ditegakkan pada dua kaki seperti manusia, dan kepadanya diberikan hati manusia. (5) Dan tampak ada seekor binatang yang lain, yang kedua, rupanya seperti beruang; ia berdiri pada sisinya yang sebelah, dan tiga tulang rusuk masih ada di dalam mulutnya di antara giginya. Dan demikianlah dikatakan kepadanya: Ayo, makanlah daging banyak-banyak. (6) Kemudian aku melihat, tampak seekor binatang yang lain, rupanya seperti macan tutul (harimau); ada empat sayap burung pada punggungnya, lagipula binatang itu berkepala empat, dan kepadanya diberikan kekuasaan. (7) Kemudian aku melihat dalam penglihatan malam itu, tampak seekor binatang yang keempat, yang menakutkan dan mendahsyatkan, dan ia sangat kuat. Ia bergigi besar dari besi; ia melahap dan meremukkan, dan sisanya diinjak-injaknya dengan kakinya; ia berbeda dengan segala binatang yang terdahulu; lagipula ia bertanduk sepuluh. (8) Sementara aku memperhatikan tanduk-tanduk itu, tampak tumbuh di antaranya suatu tanduk lain yang kecil, sehingga tiga dari tanduk-tanduk yang dahulu itu tercabut; dan pada tanduk itu tampak ada mata seperti mata manusia dan mulut yang menyombong. (9) Sementara aku terus melihat, takhta-takhta diletakkan, lalu duduklah Yang Lanjut Usianya; pakaian-Nya putih seperti salju dan rambut-Nya bersih seperti bulu domba; kursi-Nya dari nyala api dengan roda-rodanya dari api yang berkobar-kobar; (10) suatu sungai api timbul dan mengalir dari hadapan-Nya; seribu kali beribu-ribu melayani Dia, dan selaksa kali berlaksa-laksa berdiri di hadapan-Nya. Lalu duduklah Majelis Pengadilan dan dibukalah Kitab-kitab. (11) Aku terus melihatnya, karena perkataan sombong yang diucapkan tanduk itu; aku terus melihatnya, sampai binatang itu dibunuh, tubuhnya dibinasakan dan diserahkan ke dalam api yang membakar. (12) Juga kekuasaan binatang-binatang yang lain dicabut, dan jangka hidup mereka ditentukan sampai pada waktu dan saatnya. (13) Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke hadapan-Nya. (14) Lalu diberikan kepadanya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai raja, maka orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa mengabdi kepadanya. Kekuasaannya ialah kekuasaan yang kekal, yang tidak akan lenyap, dan kerajaannya ialah kerajaan yang tidak akan musnah. (15) Maka aku, Daniel, terharu karena hal itu, dan penglihatan-penglihatan yang kulihat itu menggelisahkan aku. (16) Lalu kudekati salah seorang dari mereka yang berdiri di sana dan kuminta penjelasan tentang semuanya itu. Maka berkatalah ia kepadaku dan diberitahukannyalah kepadaku maknanya: (17) Binatang-binatang besar yang empat ekor itu ialah empat raja yang akan muncul dari dalam bumi; (18) sesudah itu orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi akan menerima pemerintahan, dan mereka akan memegang pemerintahan itu sampai selama-lamanya, bahkan kekal selama-lamanya. (19) Lalu aku ingin mendapat penjelasan tentang binatang yang keempat itu, yang berbeda dengan segala binatang yang lain, yang sangat menakutkan, dengan gigi besinya dan kuku tembaganya, yang melahap dan meremukkan dan menginjak-injak sisanya dengan kakinya; (20) dan tentang kesepuluh tanduk yang ada pada kepalanya, dan tentang tanduk yang lain, yakni tanduk yang mempunyai mata dan yang mempunyai mulut yang menyombong, yang tumbuh sehingga patahlah tiga tanduk, dan yang lebih besar rupanya dari tanduk-tanduk yang lain. (21) Dan aku melihat tanduk itu berperang melawan orang-orang kudus dan mengalahkan mereka, (22) sampai Yang Lanjut Usianya itu datang dan keadilan diberikan kepada orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi dan waktunya datang orang-orang kudus itu memegang pemerintahan. (23) Maka demikianlah katanya: Binatang yang keempat itu ialah kerajaan yang keempat yang akan ada di bumi, yang akan berbeda dengan segala kerajaan dan akan menelan seluruh bumi, menginjak-injaknya dan meremukkannya. (24) Kesepuluh tanduk itu ialah kesepuluh raja yang muncul dari kerajaan itu. Sesudah mereka, akan muncul seorang raja; dia berbeda dengan raja-raja yang dahulu dan akan merendahkan tiga raja. (25) Ia akan mengucapkan perkataan yang menentang Yang Mahatinggi, dan akan menganiaya orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi; ia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum, dan mereka akan diserahkan ke dalam tangannya selama satu masa dan dua masa dan setengah masa. (26) Lalu Majelis Pengadilan akan duduk, dan kekuasaan akan dicabut dari padanya untuk dimusnahkan dan dihancurkan sampai lenyap. (27) Maka pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta langit akan diberikan kepada orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi: pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang kekal, dan segala kekuasaan akan mengabdi dan patuh kepada mereka.(28) Sekianlah berita itu. Adapun aku, Daniel, pikiran-pikiranku sangat menggelisahkan aku, sehingga aku menjadi pucat; dan aku menyimpan hal itu dalam ingatanku.] [​Kitab Daniel: Bab 7]
Dan singa yang mempunyai dua sayap melambangkan empayar Inggeris yang didirikan di Eropah dengan simbol singa bersayap dua, bagi beruang pula adalah simbol untuk Soviet (Rusia), dan memakan banyak daging ertinya membunuh ramai manusia. Sementara binatang keempat yang diperbuat daripada besi itu ialah empayar Amerika yang menguasai bumi dengan senjata dan kekayaan.
Ada pun untuk seorang yang lanjut usianya adalah Imam Al-Mahdi (as), dan anak manusia adalah Isa (as), dan pengakhiran Amerika adalah seperti yang diceritakan oleh Daniel, bahawa ia akan dibakar dengan api, Insya Allah.
Dan Imam Al-Mahdi, Isa, Iliya dan Khidhir akan datang semasa Kiamat Kecil dan ia adalah suatu penghakiman, azab dan pembalasan kepada para penzalim. Apakah mungkin bagi suatu azab dan pembalasan datang sebelum diberi amaran? Jadi siapakah pemberi amaran itu?
Mesti ada seorang rasul dari mereka (as) yang menjanjikan dan memberi amaran kepada manusia, sebelum kemunculan mereka (as).

Ketiga: dalam Injil


Matius Bab 24: 6, 15, 22, 27

[(6) Kamu akan mendengar deru perang atau kabar-kabar tentang perang. Namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah; sebab semuanya itu harus terjadi, tetapi itu belum kesudahannya [33]....... (15) Jadi apabila kamu melihat Pembinasa keji berdiri di tempat kudus, menurut firman yang disampaikan oleh nabi Daniel... (22) Dan sekiranya waktunya tidak dipersingkat, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan waktu itu akan dipersingkat.... (27) Sebab sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pulalah kelak kedatangan Anak Manusia.... Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya…..]
Dan dalam bab ini Isa (as) menyebut tanda-tanda Kiamat Kecil, seperti yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad (S) dan para Imam (as), seperti peperangan, gerhana matahari dan bulan, Pembinasa Keji (Amerika). Dan apa yang penting ialah, beliau menekankan awal kemunculannya, dari timur ke barat, dan timur pada masa Isa ketika itu adalah Iraq, dan kilat (api) yang keluar dari timur dan terserlah ke barat adalah Ibrahim, kerana beliau keluar dari Iraq dan muncul di Tanah Suci.
Dan Isa berkata mengenai John, bahawa beliau adalah Iliya, bermakna seperti Iliya: [Bahkan, Aku berkata kepadamu, Elia sudah datang, tetapi orang tidak mengenal dia, dan memperlakukannya menurut kehendak mereka. Demikian juga Anak Manusia akan menderita oleh mereka. Pada waktu itu mengertilah murid-murid Yesus bahwa Ia berbicara tentang Yohanes Pembaptis..]  [Injil Matius (Matthew): Bab 17]
Dan Isa berkata mengenai Yohanes, [Dan jika kamu mau menerimanya, dialah Elia yang akan datang itu. Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengar] [Injil Matius (Matthew): Bab 11:15. dan Bab 13:9]
Oleh itu rasul yang diutus oleh Imam Al-Mahdi dan orang yang bersamanya, iaitu Isa, Iliya dan Khidhir, begitu juga kemunculannya dari Iraq, boleh juga disebutkan sebagai kemunculan Isa dalam konteks ini, seperti kemunculan John (Yohanes) yang disebutkan sebagai kemunculan Iliya pada satu masa tertentu. Dan ia boleh dikatakan bahawa utusan ini adalah dari bangsa yang lain, bahkan sebenarnya beliau adalah dari bangsa yang lain, seperti yang disebutkan Isa, [Sebab itu, Aku berkata kepadamu, bahwa Kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu.] [Injil Matius (Matthew): Bab 21: 43]
Dan Isa (as) berkata: [Sebab itu, hendaklah kamu juga siap sedia, karena Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu duga." Siapakah hamba yang setia dan bijaksana, yang diangkat oleh tuannya atas orang-orangnya untuk memberikan mereka makanan pada waktunya? Berbahagialah hamba, yang didapati tuannya melakukan tugasnya itu, ketika tuannya itu datang.] [Matius Bab 24: 44-46] 

Siapakah hamba yang setia dan bijaksana ini? Beliau mestilah seorang rasul dari Imam Al-Mahdi dan dari Isa, dari Iliya dan dari Khidhir, salam atas mereka.
Dan Isa berkata: [(5) tetapi sekarang Aku pergi kepada Dia yang telah mengutus Aku, dan tiada seorangpun di antara kamu yang bertanya kepada-Ku: Ke mana Engkau pergi? (6) Tetapi karena Aku mengatakan hal itu kepadamu, sebab itu hatimu berdukacita. (7) Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu. (8) Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman; (9) akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku; (10) akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi; (11) akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum.] [​Injil John (Yohanes) bab 16: 5-11]
Jadi siapa Penghibur yang akan diutuskan ini? Dan siapa yang akan menunjukkan pada dunia bahawa mereka telah melakukan kesalahan atas dosa-dosa mereka dan menafikan para Nabi dan para Rasul dan pembunuhan yang mereka lakukan, serta mengabaikan hak para Nabi dan perintah-perintahnya? Ini mengakibatkan mereka kehilangan tuah ketika Kiamat Kecil, serta menghampakan pemimpin dunia ini iaitu Imam Al-Mahdi (as).
Dan Isa (as) berkata: [Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.] [​Injil John (Yohanes) bab 16: 12-14] 
Dan diriwayatkan dari Abu Abdullah (as): [Ilmu ada 27 huruf. Dari itu semua yang dibawa oleh para Nabi adalah 2 huruf, jadi sehingga ke hari ini tiada yang manusia ketahui kecuali 2 huruf ini sahaja. Jadi jika Qaim kami bangkit, beliau membawa keluar 25 huruf dan akan menyebarkannya dikalangan manusia dan beliau tambah lagi 2 huruf tersebut kepadanya, jadi beliau menyebarkan 27 huruf kepada mereka.] [Bihar Al Anwar jilid 52 halaman 336] 
Dan saya fikir walaupun penerangan di atas adalah ringkas, ia mencukupi untuk sesiapa yang mencari keadilan dan kebenaran, dan jika kamu mahukan lebih banyak lagi maklumat, maka terdapat banyak didalam Wahyu (Rukya) John Ahli Teologi bagi pencari kebenaran, yang saya tidak sebutkan di sini untuk mengekalkan jawaban ini seringkas mungkin. 
Saya mengingatkan kamu bahawa apabila Allah mengutus Isa kepada orang-orang Yahudi, mereka berkata: [Kata Natanael kepadanya: "Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nazaret?] [Injil John 1:46] Dan mereka berkata: [Jawab mereka: "Apakah engkau juga orang Galilea? Selidikilah Kitab Suci dan engkau akan tahu bahawa tidak ada nabi yang datang dari Galilea.] [Injil John 7:52] Dan mereka berkata: [Ia ini Mesias." Tetapi yang lain lagi berkata: "Bukan, Mesias tidak datang dari Galilea! Karena Kitab Suci mengatakan, bahwa Mesias berasal dari keturunan Daud dan dari kampung Betlehem, tempat Daud dahulu tinggal.] [Injil John (Yohanes) 7:41-42] 
Dan akhir sekali, nasihat saya kepada kamu agar memikirkan kata-kata ini. Ada tertulis di dalam Taurat: [Beriman kepada-Ku dengan segenap hatimu dan tidak bergantung pada pemahaman mu. Kenali aku dalam semua cara mu, dan aku akan mengarahkan laluan mu. Jangan bijak dengan cara mu sendiri, hormatilah aku dan luruskanlah diri mu dengan kata-kata ku.] [Injil John (Yohanes) 7:41-42] 

Ahmed Al-Hasan




[1]           Selepas Isa (as) menyempurnakan risalahnya, dia menamatkan pelajaran kepada murid-muridnya, dan memberitahu mereka bahawa dia akan pergi meninggalkan mereka, dan memberitahu mereka: dia akan diangkat dan risalah ditugaskan kepada mereka, seperti yang dinyatakan di dalam Injil Yohanes.
Bab 17: ((14) Aku telah memberikan firman (risalah)-Mu kepada mereka dan dunia (alam) membenci mereka, karena mereka bukan dari alam, sama seperti Aku bukan dari alam.(18) Sama seperti Engkau telah mengutus Aku ke dalam alam, demikian pula Aku telah mengutus mereka ke dalam alam.
[2] Al-Dukhan 44: 10-16

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...