Thursday, June 1, 2017

Para Ulama Adalah Penentang Imam Al-Mahdi



Siapakah musuh sebenar Imam Al-Mahdi(as)? Siapakah yang akan memulakan penentangan terhadap beliau apabila beliau zuhur? Tentera Amerika? Zionist? Tentera Wahabi? Atau ulama Syiah sendiri? Jawabannya boleh kita dapati dari hadis-hadis Ahl Al-Bayt. Dijemput pencari kebenaran menganalisis dalil-dalil berikut:

Hadis 1: Imam Mahdi Ditentang Di Kufah

Imam Al-Baqir (as) bersabda: [Apabila al Qaim muncul, beliau akan mendekati Kufah, kemudian beberapa ribu orang akan keluar dan mendakwa beliau tidak mempunyai anak, bersama mereka adalah senjata, dan mereka akan berkata, “Pulanglah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan bantuan kamu dengan anak-anak Fatimah”, maka beliau akan menentang mereka dengan pedang sehinggalah yang terakhir dari kalangan mereka, dan kemudian beliau akan memasuki Kufah dan membunuh setiap munafiq yang sesat, memusnahkan mahligai mereka dan membunuh tentera mereka sehingga Allah meredhai.] Rujukan: Irshad Al-Mufeed v.2 p.384
Siapakah kumpulan Batriyah ini? Perhatikan komentar Syeikh Ali Korani di bawah:


[Nampaknya kebanyakan dari mereka yang Batrya ini dalah Syiah.] Rujukan: Mujam Al-Mawdu’i Ahadis Imam Al-Mahdi a.s halaman 570

Maka Syeikh Ali Korani menyebutkan orang Syiah sendiri yang akan menentang Al-Mahdi. 

Hadis 2: Fuqaha Karbala Dan Najaf Ingin Membunuh Imam Al-Mahdi

[Apabila Al-Qaim keluar dari Karbala dan mendekati Najaf dan orang-orang sekitarnya, di antara Karbala dan Najaf, 16,000 orang fuqaha dan dari orang-orang munafiq akan berkata: “Orang ini bukanlah dari keturunan Fatimah kerana sepatutnya beliau berbelas kasihan terhadap mereka, dan apabila beliau memasuki Najaf, dan tinggal di sana untuk satu malam dan keluar melalui gerbang Al-Nakhilah berdekatan kubur Hud(as) dan Saleh(as), 70,000 penduduk Kufah mahu membunuh beliau. Jadi beliau akan membunuh mereka semua, sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka.] Rujukan: Noor Al-Anwar, v.3, hal 345

16,000 orang fuqaha dan 70, 000 orang Kufah ini bukan jumlah yang kecil. Yang digelar fuqaha ini pula bukanlah seorang ustaz biasa yang belajar 3-4 tahun. Untuk mencapai status ini, sudah pasti seorang fuqaha itu belajar belasan tahun minimum. Seorang "Ayatollah" perlu belajar dan mengajar puluhan tahun, baru digelar sebagai seorang yang faqih. Namun itu sendiri tidak menjadikan mereka bertambah celik, malah semakin buta apabila menentang Imam Zaman sendiri.

Hadis 3: Ulama Akhir Zaman Adalah Sejahat-Jahat Manusia
Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: [Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.] [Raudhat Al Kafi, halaman 479]

Hadis ini menunjukkan fuqaha di akhir zaman adalah sejahat-jahat manusia, dan mereka merupakan asal serta punca segala fitnah, namun sudah tentu fitnah itu akan dikembalikan kepada mereka dari tangan Imam Mahdi(aj) sendiri. Ya, kebanyakan penyembah ulama akan mengatakan: “Ini bukan ulama Syiah.” Ini adalah satu kenyataan sempit mereka yang tersepit. Konteks hadis ini sendiri menunjukkan yang menentang Imam Mahdi itu ulama Syiah. Tetapi tidak mengapa, baca hadis seterusnya:

Hadis 4: Para Ulama Menyesatkan Syiah Kami

Imam Hassan Askari(as) berkata kepada Abi Hashim Al-Jaafari: [Wahai Ibn Al-Jaafari, wahai Abu Hashim, akan datang suatu masa nanti kepada manusia, ulama mereka adalah makhluk Tuhan yang paling jahat di atas muka bumi, ini adalah kerana mereka condong ke arah falsafah dan kezuhudan, namun mereka menyesatkan Syiah kami dan mereka yang memegang Wilayah kami.] Al-Bihaar Wa Madinat Al-Hukm Wal-Athaar Jilid 2 halaman 57.
Sudah pasti, ulama Wahabi atau Sunni bukanlah yang ditaati oleh masyarakat Syiah, jadi jelas hadis ini telah menunjukkan ulama Syiahlah yang menyesatkan masyarakat Syiah, mereka disebut sebagai sejahat-jahat ulama dan punca segala fitnah dalam masyarakat Syiah.

Hadis 5: Fuqaha Berbohong dan Ulama Menyesatkan

Amirul Mukminin (as) di dalam khutbahnya menyebutkan tentang akhir zaman: [Fuqaha akan cenderung ke arah pembohongan dan ulama akan cenderung ke arah kesesatan.] Ilzaam Al-Naaseb Ithbaat Al-Huja Al-Ga’eb Jilid 2 halaman 195.

Hadis 6: Al-Qaim Akan Memerangi Pembohong Dari Kalangan Syiah
Daripada Mufadhal bin Umar, telah berkata: Aku mendengar Abu Abdillah berkata;: [Sekiranya Qaim bangkit, dia akan bermula dengan pembohong di kalangan Syiah, dan seterusnya akan membunuh mereka.] [Ikhtyar Ma’rifat Al-Rijal Al-Toosi jilid 2, halaman 589][Al-Kashi, ms253]

Kebangkitan al Qaim (aj) akan dimulakan dengan pembohong dari kalangan Syiah. Siapakah pembohong dari kalangan Syiah ini? Ada orang yang jahil mengatakan Ahmed Al-Hasan adalah yang merupakan pembohong dari kalangan Syiah ini. Ini satu kenyataan yang kelakar, kerana jelas, seruan beliau tidak dapat diterima oleh umum masyarakat Syiah, maka “fitnah” beliau tidak cukup kuat untuk menyesatkan majoriti Syiah sehingga menimbulkan fitnah besar. Malah beliau dan pengikut beliau sendiri sudah dipulau dari digelar sebagai pengikut Syiah Imamiyah. Jelas pembohong dari kalangan Syiah ini adalah sejahat-jahat manusia yang mana fitnah berasal dari mereka, para fuqaha.

Hadis 7: Ulama dan Fuqaha Adalah Pengkhianat Dan Pemaksiat

Rasulullah (sawas) bersabda: [Wahai Ibnu Mas’ud, ulama-ulama dan fuqaha-fuqaha mereka adalah pengkhianat dan pemaksiat, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang datang kepada mereka dan mengambil dari mereka. Mereka adalah sejahat makhluk Allah yang mana Allah kan memasukkan mereka ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta, dan tidak akan dikembalikan.] [Makarim Al-Akhlaq, halaman 450-451]

Hadis 8: Musuh Al-Mahdi Adalah Para Ulama

[Bila keluarnya Mahdi, dia tidak akan mempunyai musuh kecuali ulama-ulama, jika tidak kerana pedang, para ulamak akan mengeluarkan fatwa supaya membunuhnya.] [Bayan Al-Aimmah (a.s), jilid 3, halaman 99]

Hadis di atas menjelaskan lebih banyak perkara, bahawa satu-satunya musuh Imam Mahdi adalah para ulama.

[Musuh-musuhnya adalah ulama-ulama taqlid, mereka akan berada di bawah kekuasaannya kerana takut akan pedangnya dan kekuatannya, dan keinginan kepada apa yang dimilikinya.] [Yaum Al-Khallas, halaman 279][Besharat Al-Islam, halaman 297]

Hadis 9: Para Ulama Akan Menentang Mahdi dengan Quran

[Apabila Qaim kami bangkit, dia akan berhadapan dengan orang-orang jahil yang lebih teruk berbanding dengan apa Rasulullah (sawas) hadapi semasa zaman jahiliyyah. Bagaimana ia boleh berlaku? Dia (a.s) berkata: Ketika Rasulullah (sawas) datang, manusia menyembah batu, bata, batang kayu dan ukiran. Apabila bangkit Qaim kami, akan berhadapan dengannya orang-orang yang mentafsirkan kitab Allah, dan akan menggunakannya sebagai bukti, dan dia berkata: Demi Allah kebaikan akan memasuki rumah-rumah kamu.] [Kitab Al-Ghaybah oleh Sheikh Al-Nu’mani, halaman 297]

Hadis 10: Membalas Dendam Pada Pengeluar Fatwa

Amirul Mukminin (a.s) berkata: [Dan dia akan membalas dendam terhadap pengeluar-pengeluar fatwa di dalam urusan agama yang tidak diketahui mereka. Maka celakalah bagi mereka dan siapa jua yang mengikut mereka , seolah-olah agama ini hilang, maka mereka dapat mendirikannya? Atau agama ini bengkok, maka mereka dapat membetulkannya? Atau manusia telah meminta perkara yang bertentangan agama, maka mereka bersetuju dengannya? Atau mereka telah dipaksa melakukan kebaikan, maka mereka membuat sebaliknya?] [Bayan Al-Aimmah, jilid 3, halaman 298]

Siapa pengeluar fatwa? Anda semua pasti tahu jawabannya. Apa yang akan terjadi selepas Imam Mahdi(as) menghapuskan punca pecah belah umat ini?

Daripada Malik bin Thamra, daripada Amirul Mukminin (a.s), telah berkata: [Wahai Malik bin Thamra, bagaimanakah kamu apabila Syiah bertikaian antara satu sama lain, dia kemudian mempersatukan jari-jari kedua-dua belah tangannya.” Aku berkata: “Wahai Amirul Mukminin, apakah ada kebaikan pada zaman tersebut?”. Kesemuanya adalah baik apabila Qaim kami dan 70 orang lelaki akan berbohong kepada Allah dan RasulNYA, dan dia akan membunuh mereka, dan seterusnya Allah akan menjadikan kesemuanya bersatu.] [Bisharat Al-Islam, halaman 50] [Bihar Al-Anwar, jilid 52, halaman 115]

Selepas kita membaca semua hadis-hadis ini, adakah kita masih mahu mempertaruhkan aqidah kita dengan mengikuti secara buta mereka-mereka yang menggelar diri mereka sebagai ulama atau fuqaha? Kami akhiri perbahasan ini dengan pesanan dari Sayed Ahmed Al-Hasan:

[Wahai manusia sekalian, janganlah kamu diperdayakan oleh ulamak feqah yg sesat dan pembantu-pembantu mereka. Bacalah, kajilah dan telitilah, supaya kamu mengetahui dan mengenali kebenaran dengan sendiri. Jangan sekali-kali kamu wakilkan kepada orang lain untuk menentukan akhirat kamu, agar kamu tidak menyesal di hari yang tidak diterima penyesalan padanya “Dan mereka berkata: Tuhan kami, sesungguhnya kami hanya mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, maka mereka telah menyesatkan kami dari jalan sebenar. (33:67)]

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...