Thursday, June 15, 2017

Risalah Tatacara Solat






Muat turun Risalah Solat


Mukadimah


Risalah ini bertujuan menunjukkan tatacara bersolat mengikut fiqh Imam Ahmed Al-Hasan (salam atasnya), wasi dan utusan Imam Al-Mahdi (salam atasnya), semoga Allah memperkasakan mereka, dalam bentuk ringkas.


Perlu diingat dalam setiap amalan ibadah ada perkara yang wajib dibuat, dan ada perkara yang bersifat mustahab. Risalah ini akan menggabungkan kedua-dua elemen ini, dan menunjukkan cara solat yang biasa dilakukan secara normal. Perkara mustahab boleh sahaja ditinggalkan, atau ditambah samada dengan cara yang sama atau berbeza. Kaum mukminin diingatkan agar tidak terkeliru dengan perkara ini.

Sebarang permasalahan fiqh hendaklah dirujukkan, dan jangan biarkan keraguan bersarang di dalam hati.



Sejenak Berkenaan Solat


Solat adalah salah satu dari amalan yang sangat ditekankan oleh Allah SWT. Dengan solat, maka amalan lain diterima. Ia adalah salah satu dari ibadah yang diperlukan untuk menegakkan Daulah Keadilan Illahi dalam hati anda. Jika anda gagal menegakkannya dalam hati anda, maka bagaimana untuk menegakkannya di alam jasmani ini? 



Firman Allah (swt):



وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ ٱلَّيْلِ ۚ إِنَّ ٱلْحَسَنَٰتِ يُذْهِبْنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ



Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. [Surah Hud : 114]



أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا



Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). [Al-Isra : 78]



إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ



Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku. [Taha : 14]



Apa kata Imam Ahmed Al-Hasan tentang solat?



“Sholat adalah Tiang Agama dan Mikraj seorang mukmin serta harga dirinya, jika ia diterima, diterimalah (ibadah) yang lain, tetapi jika ia ditolak ditolaklah (ibadah) yang lain, dan dengannya roh-roh disucikan daripada kekejian sebagaimana disucikan badan daripada kekotoran dengan air..” [Kitab Al-Tyh Au Tariq Ila Allah]






Bahagian Pertama: Umum Solat Fardhu








Bahagian Kedua: Azan Dan Iqamah





Fiqh Imam Ahmed Al-Hasan (salam atasnya) mewajibkan bacaan azan dan iqamah sebelum setiap kali solat fardhu. Untuk solat yang berturutan seperti Zuhur dan Asar, atau, Maghrib dan Isyak, cukup sekadar sekali azan, jika kita tidak meninggalkan tempat solat untuk tujuan selain dari untuk bersolat. Berikut adalah teks Azan dan Iqamah tersebut.


Azan



الله أكبر



Transliterasi: Allahu Akbar (4x)



Translasi: Allah Maha Besar (4x)




أشهد أن لاإله إلاالله 





Transliterasi: Asyhadu alla ila ha ilallah (2x)



Translasi: Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah





أشهد أن محمد رسول الله 



Transliterasi: Asyhadu anna Muhammada rasul Allah (2x)



Translasi: Aku bersaksi Muhammad itu Utusan Allah





اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله



Transliterasi: Asyhadu anna ‘Aliyyan wa aimmata min wuldihi hujjajullah (2x)



Translasi: Aku bersaksi Ali dan para Imam dari keturunannya adalah Hujjah Allah





اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله



Transliterasi: Asyhadu annal Mahdi wal Mahdiyyina min wuldihi hujjajullah (2x)



Translasi: Aku bersaksi bahawa Mahdi dan para Mahdi dari keturunannya adalah Hujjah Allah





حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ



Transliterasi: Hayya ‘alas solah (2x)



Translasi: Mari bersolat





حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ



Transliterasi: Hayya ‘alal falah (2x)

Translasi: Mari menuju kejayaan





حي على خير العمل



Transliterasi: Hayya ‘ala khairil ‘amal (2x) 





iTranslasi: Mari melakukan amalan ba



الله أكبر



Transliterasi: Allahu Akbar (2x)



Translasi: Allah Maha Besar 





لاَ إِلَهَ إِلاَّالله



Transliterasi: La ila hail lallah (2x)



Translasi: Tiada tuhan selain Allah




Iqamah



Iqamah dibaca selepas azan, mustahab membacanya dengan melihat ke tempat sujud. Mustahab juga dilajukan bacaannya dari bacaan azan.



الله أكبر



Transliterasi: Allahu Akbar (2x)



Translasi: Allah Maha Besar 



أشهد أن لاإله إلاالله 





Transliterasi: Asyhadu alla ila ha ilallah (2x)



Translasi: Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah





أشهد أن محمد رسول الله 



Transliterasi: Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah (2x)



Translasi: Aku bersaksi Muhammad itu Utusan Allah





اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله



Transliterasi: Asyhadu anna ‘Aliyyan wa aimmata min wuldihi hujjajullah (2x)



Translasi: Aku bersaksi Ali dan para Imam dari keturunannya adalah Hujjah Allah





اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله



Transliterasi: Asyhadu annal Mahdi wal Mahdiyyina min wuldihi hujjajullah (2x)



Translasi: Aku bersaksi bahawa Mahdi dan para Mahdi dari keturunannya adalah Hujjah Allah





حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ



Transliterasi: Hayya ‘alas solah (2x)



Translasi: Mari bersolat





حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ



Transliterasi: Hayya ‘alal falah (2x)

Translasi: Mari menuju kejayaan





حي على خير العمل



Transliterasi: Hayya ‘ala khairil ‘amal (2x) 



Translasi: Mari melakukan amalan baik





قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ




Transliterasi: Qad qa matis solah (2x)





Translasi: Telah tiba waktu solat 





الله أكبر



Transliterasi: Allahu Akbar (2x)



Translasi: Allah Maha Besar 





لاَ إِلَهَ إِلاَّالله



Transliterasi: La ila hail lallah (1x)



Translasi: Tiada tuhan selain Allah






Bahagian Ketiga: Niat Dan Takbir



• Berdirilah lurus, dengan tapak kaki juga lurus menghadap qiblat dan tanamkan

niat dengan menamakan: (1) Nama solat (2) Jenis solat, fardhu atau Mustahab, qada atau adaa, dan diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, Qurbatan Ilallah (mendekatkan diri kepada Allah)



• Fiqh Imam Ahmad(as) mewajibkan TUJUH takbir sebagai permulaan ke dalam solat. Tangan diangkat ke paras telinga, tapak tangan menghadap ke arah Qiblat, jari dirapatkan, sementara ibu jari diluruskan ke arah leher, seperti gambar di bawah. Sebutlah: Allahu Akbar. . ُ الله أَ ْ كبَر Ulangi sebanyak ENAM kali lagi.



• Takbir pertama itu adalah takbiratul ihram, yang menjadikan status anda sebagai seorang yang sedang bersolat. Bacaan takbir wujud setiap kali sebelum perubahan pergerakan solat [contoh: dari berdiri ke rukuk, maka kita angkat takbir dahulu, baru bergerak untuk rukuk] KECUALI:

- Dari rukuk ingin ke posisi tegak, yang dibaca adalah “Sami’Allahu liman hamidah”

- Dari Tasyahud ingin ke posisi berdiri. 

• Selain dari Takbiratul Ihram, hukum mengangkat tangan ketika takbir yang lain adalah MUSTAHAB. Boleh sahaja bertakbir tanpa mengangkat tangan.




Bacaan Surah Al-Fatihah




Kembalikan semula tangan di sisi kanan dan kiri, rapatkan jari-jari kita, dan letakkan di betis, mata fokus kepada Turbah / tempat sujud, mustahab mata terbuka dan tidak ditutup. Seterusnya, bacalah Surah Al-Fatihah.



Nota 1: Bacaan Bismillah mustahab dikeraskan atau dikuatkan, walaupun untuk solat yang bacaannya adalah secara senyap seperti zuhur dan asar, atau solat nafilah.

Nota 2: Hukum membaca Surah Al-Fatihah adalah wajib dan meninggalkan bacaannya, samada sengaja atau tidak, membatalkan solat.



Bacaan Surah Kedua


• Untuk Solat Fardhu, hukumnya WAJIB membaca surah kedua selepas Al-Fatihah. Namun ianya adalah MUSTAHAB bagi SOLAT NAFILAH. Bagi solat nafilah, jika tidak membaca surah kedua, anda boleh terus ke posisi rukuk.

• Surah kedua WAJIB DIBACA KESELURUHAN SURAH. Tidak dibenarkan membaca sekerat-sekerat.

• MUSTAHAB membaca Surah Al-Ikhlas sebagai surah kedua bagi rakaat pertama.


Rukuk

• Setelah habis membaca surah kedua, maka BERTAKBIRLAH, lalu terus ke posisi rukuk, seperti berikut:



• Buka jari jemari anda, dan letakkan di kepala lutut.

• Pandangan mata adalah lurus ke bawah, di antara dua kaki

• Bacalah zikir ruku’, 1,3,5 atau dalam bilangan ganjil seperti berikut:



ُ”Subana rabbial azimi wa bihamdih”

“Maha Suci Tuhanku, yang maha Agung, dan segala kepujian untuk Nya.” 

Bacaan hendaklah dalam kiraan ganjil. 1,3,5.. Setelah selesai, bangun semula ke posisi berdiri tegak, sambil menyebut:

Transliterasi: Sami’Allahu liman hamidah


Sujud



• Kemudian terus ke posisi sujud. Pastikan kedua tangan menyentuh lantai terlebih dahulu dari anggota lain (lutut). Rapatkan jari, menunjuk ke arah Qiblah.

• Terus ke posisi sujud. Tempat sujud WAJIB samada tanah, batu, atau hasil dari keduanya, atau yang dinaskan oleh Khalifah Allah.


• Bacalah zikir berikut untuk sujud dalam jumlah ganjil (1,3,5…)



“Subhana rabbial a’la wa bihamdih”


Duduk Antara Sujud / Tawaruk



• Setelah selesai zikir sujud, maka terus ke posisi duduk secara tawaruk (rujuk gambar di bawah) , dan ucapkan takbir. Hukum duduk secara tawaruk ini adalah MUSTAHAB.



• Dalam posisi ini, mustahab memohon keampunan. Maka ucapkanlah “astagfirullaha rabbi wa atuubu ilaih”



• Setelah selesai, ucap takbir dan kembali ke posisi sujud seperti yang diajarkan dalam sebelum ini. Baca semula zikir sujud seperti sebelumnya.


Rakaat Kedua


• Setelah selesai sujud, duduk sebentar di posisi tawaruk, angkat takbir, lalu bangun semula ke posisi berdiri lurus.


• Pastikan LUTUT DIANGKAT TERLEBIH DAHULU KEMUDIAN DIIKUTI KEDUA TANGAN YANG SEDANG MENAPAK.



• Semasa sedang bangun, mustahab mengucapkan:





• Setelah berdiri lurus, ulangilah semula membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Kedua.



Qunut Rakaat Kedua


• Setelah selesai membaca surah kedua, maka ANGKATLAH TAKBIR, kemudiannya letakkan tangan dalam posisi doa seperti gambar di bawah:






Nota tentang Qunut:



1. Dibenarkan membaca apa sahaja doa.

2. Doa dibenarkan dibaca dalam bahasa asli kita.

3. Bagi solat 4 rakaat, Qunut juga mustahab dibaca pada rakaat keempat, NAMUN SELEPAS RUKUK. INI BERBEZA BAGI RAKAAT KEDUA YANG DILAKSANAKAN SEBELUM RUKUK. SILA AMBIL PERHATIAN.


• Setelah selesai membaca qunut, maka ANGKATLAH TAKBIR, dan teruskan rukuk, bersujud, duduk antara dua sujud dan seterusnya sujud kedua seperti dalam rakaat pertama.



Tasyahud


Tasyahud adalah bacaan kesaksian, yang dibaca dalam keadaan duduk, selepas bangun dari sujud kedua pada posisi berikut:


1. Rakaat kedua semua jenis solat

2. Rakaat ketiga solat Maghrib

3. Rakaat keempat untuk solat Zuhur, Asar dan Isya

Selepas sujud kedua, kembali ke posisi tawaruk, takbir dan bacalah kesaksian berikut:


أشهد أن لاإله إلاالله وحده لا شريك له

Asyhadu alla ilaha illallahu wahdahu la syarikalah

Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah yang satu dan tiada sekutu bagiNya


وأشهد أن محمد عبده ورسوله 

Wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh

Aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan utusanNya


اللهم صل على محمد وآل محمد 

Ya Allah, kurniakanlah solawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad


• Bagi solat subuh / fajar dan solat nafilah 2 rakaat yang lain, boleh terus menamatkan solat dengan taslim (memberi salam) yang akan kita bincangkan dalam bab seterusnya.

• Bagi solat Maghrib, Isya, Zuhur dan Asar, boleh terus bangun untuk menyempurnakan rakaat seterusnya.



Nota Untuk Rakaat Ketiga Dan Keempat


• Rakaat ketiga dan keempat hanya ada satu bacaan sahaja, iaitu surah Al-Fatihah, tiada bacaan surah kedua.

• Bacaan surah Al-Fatihah ini adalah dengan suara senyap, tanpa mengira apa sahaja solat. (Maghrib, Isya, Fajar, Zuhur dan Asar)

• Ulangi semula proses rukuk hingga sujud seperti dalam rakaat pertama dan kedua, sehingga ke rakaat terakhir.

• Di rakaat keempat, mustahab baca doa qunut selepas bangun dari rukuk.


Taslim: Penutup Solat


Taslim adalah pemberian salam, yang dibaca selepas Tasyahud untuk mengakhiri solat di setiap rakaat terakhir.


MINIMUM WAJIB BAGI SALAM ADALAH >> MENGUCAPKAN ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATOLLAH WA BARAKATUH DENGAN MENGADAP QIBLAT. INI SUDAH MEMADAI TANPA MENGIRA SAMADA SOLAT BERSENDIRIAN ATAU BERJEMAAH.


PERKARA MUSTAHAB TASLIM UNTUK SOLAT BERSENDIRIAN ATAU JIKA MENJADI IMAM >> MENGISYARATKAN MATA KE TANGAN KANAN SAMBIL MEMBERI SALAM.


MUSTAHAB TASLIM UNTUK SOLAT JEMAAH : SILA LIHAT SITUASI BERIKUT BAGI MAKMUM


• JIKA ADA JEMAAH DI SEBELAH KANAN KITA NAMUN TIADA JEMAAH DISEBELAH KIRI : DIBERIKAN SALAM TERSEBUT DALAM KEADAAN MENOLEH PADA JEMAAH TERSEBUT YANG BERADA DI SEBELAH KANAN KITA. (1 SALAM)



• JIKA ADA JEMAAH DI SEBELAH KIRI KITA NAMUN TIADA JEMAAH DISEBELAH KANAN : SALAM PERTAMA DIBERI DENGAN ISYARAT MATA KE TANGAN KANAN. SALAM KEDUA DIBERIKAN KEPADA JEMAAH YANG BERADA DI SEBELAH KIRI KITA, SAMBIL MENOLEH KE KIRI PADANYA (2 SALAM)



• JIKA ADA JEMAAH DI KIRI DAN KANAN : MUSTAHAB MEMBERIKAN SALAM DENGAN MENOLEH KE KANAN DAN SETERUSNYA KE KIRI (2 SALAM)

Setelah selesai memberikan salam, bertakbirlah sebanyak TIGA kali. 



Selamat mengerjakan ibadah yang paling penting dan yang ditekankan oleh Allah SWT.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...