Monday, July 10, 2017

Komentar 10 Julai 2017: Jawaban Ahmed Al-Hasan Berkenaan Perhambaan: Adakah Kewujudan Ayat-Ayat Berkaitan Perhambaan Dalam Quran Membuktikan Islam Menggalakkan Perhambaan?


Komentar 10 Julai 2017: Jawaban Ahmed Al-Hasan Berkenaan Perhambaan: Adakah Kewujudan Ayat-Ayat Berkaitan Perhambaan Dalam Quran Membuktikan Islam Menggalakkan Perhambaan?

"Untuk setiap waktu, tempat dan keadaan sosial, wujud (ayat Quran) yang bersesuaian dengan situasi tersebut. Ketika Quran diturunkan, perhambaan dan kondisi berkaitan dengannya adalah satu perkara sosial yang tersebar luas di seluruh dunia. Apa yang dilakukan oleh Quran adalah meletakkan had dan undang-undang yang akan membawa kepada pemansuhan dan pengangkatan sebahagian dari penindasan yang terjadi, yang seterusnya akan membawa kepada terhapusnya isu ini sedikit demi sedikit. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan selain dari cara ini. Bekerja bersama dengan sesuatu yang mungkin adalah lebih baik dari berhadapan dengan sesuatu yang akan gagal tercapai.

Saya percaya bahawa andai sahaja mereka yang mengkritik Quran dan Islam melihat sejarah moden, mereka pasti mengetahui bahawa perhambaan di Amerika dan negara-negara lain tidak dimansuhkan sehinggalah baru-baru ini. Dan para hamba di situ tidak mempunyai sebarang hak. Malahan, di negara-negara tersebut, para hamba langsung tidak mendapat apa-apa simpati seperti mana yang diterima oleh haiwan peliharaan tuan mereka yang berkulit putih di Amerika atau di tempat lain yang mempunyai perhambaan. Jadi adakah anda akan mengutuk Tuhan, Muhammad, Islam dan Quran hanya kerana mereka menguruskan dan memberikan hak kepada para hamba, sedangkan ketika Muhammad diutuskan kepada masyarakat global lebih 1000 tahun yang lepas, baginda telah melaksanakan beberapa peraturan khusus dalam perkara yang masih dianggap normal (pada waktu tersebut)? Perkara yang tidak dapat dihapuskan dalam apa sahaja cara dan bentuk pada ketika itu?

Walaupun jawaban ini mencukupi, anda perlu mengetahui bahawa tanpa mengira jika seseorang itu belajar antropologi, psikologi, sosiologi, biologi dan khususnya biologi evolusi, tiada siapa diantara mereka yang dapat memahami isu perhambaan dan kemunculannya dalam masyarakat manusia. Ia adalah isu yang mendalam dan memerlukan kajian dan pengajian yang melibatkan semua bidang ilmu ini. Namun malangnya, kita dapati mereka tidak tahu menahu tentang Biologi Evolusi, dan mereka tidak tahu bahawa perhambaan dan eksploitasi seksual adalah antara strategi-strategi evolusi. Mana-mana spesis haiwan yang berpeluang untuk menggunakan salah satu dari strategi ini tidak akan melepaskan peluang tersebut, dan gen mereka akan memaksa ke arah haluan tersebut demi untuk menggunakan peluang itu.

Amalan perhambaan dalam masyarakat semut adalah salah satu contoh. Burung Cuckoo mengambil kesempatan pada burung lain untuk memastikan anak-anaknya dibesarkan dan dalam masa yang sama membunuh anak-anak burung yang asal adalah satu contoh yang jelas. Strategi haiwan jantan mengekslpoitasi haiwan betina, dan memaksanya membesarkan anak dalam masa yang sama ia melarikan diri untuk melakukan hubungan seksual dengan betina lain demi menyebarkan gennya adalah satu lagi contoh yang jelas.

Perhambaan dan eksploitasi seksual adalah strategi-strategi evolusi. Oleh itu, pengurusan hal ini, atau dengan kata lain memberikan hak kepada mangsa yang terlibat, dan cuba untuk membebaskan mereka melalui hukum-hukum kafarah adalah sesuatu kredit yang diberikan kepada Quran. Maka adalah tidak tepat untuk mengasingkan satu bahagian dari sistem perundangan Quran dalam situasi ini dan berkata: “Lihat bagaimana Quran mengesahkan perhambaan dan eksploitasi seksual.” Ini adalah tidak benar. Satu-satunya perkara yang dilakukan oleh Quran adalah menguruskan suatu isu yang terpaksa dihadapi oleh umat manusia di muka bumi ini. Dan kami percaya bahawa pengurusan oleh Al-Quran adalah salah satu dari sebab yang membuatkan kesedaran manusia telah sampat ke tahap menolak perhambaan dan eksploitasi seksual."

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...