Sunday, July 9, 2017

Belantara Kesesatan Bab 2: Belantara Bagi Umat Islam


Bab 2: Belantara Kesesatan Bagi Umat Islam

Umat Islam kehilangan arah selepas kewafatan Nabi Muhammad (S), apabila Abu Bakr dan sekumpulan orang-orang munafik menerpa kepada kekuasaan dan merampas hak kekhalifahan Nabi Muhammad (S). Dan kebanyakan para sahabat gagal untuk menolong pengganti Nabi (S) yang dilantik Allah SWT, iaitu Ali bin Abi Talib (as), seperti yang dilantik oleh Nabi (S) dengan perintah Allah sebagai Amir Al-Mukminin dan Wasi kepada baginda di Ghadir Khum, semasa Haji Perpisahan baginda. Dan mereka bukan sahaja merampas hak Imam Ali (A) dan hak umat manusia untuk mendalami kalimah La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah, malah Umar Ibn Khattab bersama sekumpulan orang munafik telah melampaui batas dengan membakar rumah Fatima Al-Zahraa (A). Dan Fatimah (A) ini adalah anak perempuan tunggal Nabi (S), bersama-sama Al-Hasan, Al-Hussain dan Ali, mereka ini diwajibkan kepada kita untuk dicintai dan dipatuhi. Firman Allah Taala:

قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى

Katakanlah: [Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada keluarga(ku) (Al-Qurba).]1

Dan setelah percubaan melalui pembakaran rumah ini tidak berjaya untuk memaksa Imam Ali (A) untuk berbai'ah kepada Abu Bakr, mereka memecah masuk ke dalam rumah Fatimah Al-Zahra (A) sehingga mematahkan tulang rusuknya. Ini menyebabkan anak di dalam kandungannya gugur dan sepucuk paku menusuk dadanya, sedangkan beliaulah yang disabdakan Nabi (S) seperti berikut:

أم أبيها وبضعة مني ويرضى الله لرضاها ويغضب لغضبها وسيدة نساء العالمين من الأولين والآخرين

(Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya - Fatimah) adalah bahagian dari diriku dan redha Allah adalah redhanya dan murka (Allah) adalah kemarahannya. Dia adalah penghulu kaum wanita seluruh alam dari awal hingga akhir).2

Maka kaum muslimin tidak dapat menghindari daripada memasuki Belantara Kesesatan, setelah mereka mengambil langkah yang sama seperti kaum Bani Israel.

قال رسول الله (ص): (والذي نفسي بيده لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذة بالقذة حتى لا تخطئون طريقهم ولا يخطئكم  سنة بني
إسرائيل)

Rasulullah (S) bersabda: (Demi jiwaku di tangan-Nya, kamu akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kamu, setapak demi setapak, selangkah demi selangkah, sehingga langkah kamu seperti langkah-langkah mereka, langkah, sunnah Bani Israel). 3

Umat ini telah kehilangan nasibnya, dan telah berkawan dengan musuhnya, dan menjadi musuh kepada Imamnya dan sekaligus menimbulkan kemurkaan Allah. Maka bermulalah perjalanan umat ini di dalam Belantara Kesesatan, dan terus sesat semenjak dari zaman itu sehinggalah ke hari ini di mana ia terus merayau-rayau di padang pasir (kesesatan). Dari Mu'awiyah dan Ziad, kepada Yazid dan Ibn Yazid, dan Moslem Ibn Oqba sehinggalah kepada Marwan dan Abdul Malik serta anak-anaknya, dan Al-Hajaj kepada anaknya Al-Abbas si pembunuh, dan orang-orang yang sesat seperti Al-Mansour, Al-Dowaniqy dan Al-Hadi dan Al-Mahdi dan Al-Rashid, sehinggalah kepada orang-orang yang tidak boleh dipercayai seperti Al-Ameen dan Al-Mamoun, sehinggalah kepada Al-Motawakel (yang bergantung kepada) syaitan sehinggalah seterusya.

Umat ini telah melalui satu perjalanan yang dahsyat, kerana sudah berapa banyak kota-kota yang diserang dan rakyat yang tidak bersalah dibunuh, dan kaum wanitanya dirogol. Malah, kota Rasulullah (S) dan Kaabah sendiri tidak terselamat, apabila Yazid (L) telah mengutuskan orang Islam sendiri untuk membunuh beribu-ribu rakyat Muslim di Madinah, termasuklah 700 orang dari kalangan para sahabat, dan merogol lebih daripada 1000 anak dara. Bukan setakat itu, dia juga cuba untuk menuju ke arah Kaabah (untuk memusnahkannya), akan tetapi Allah SWT memusnahkannya sepertimana bala tentera gajah Abrahah dimusnahkan.4

Berapa ramai orang bebas yang telah dibunuh dan diseksa, dan berapa ramai di antara mereka yang dicampakkan ke dalam penjara-penjara yang begitu gelap, sehinggakan mereka tidak dapat membezakan di antara siang dan malam. Jika kamu dapat melihat apa yang dilakukan oleh Bani Umayyah dan Bani Abbas kepada kaum Muslimin, kamu akan dipenuhi dengan kengerian. Dan jika kamu tahu akan bid'ah dan betapa banyaknya mereka telah berpaling daripada agama, sudah tentu kamu akan penuh dengan kehairanan.
Al-Mas'udi menyatakan tentang Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik Maruj Al-Zhahab:

(غناه ابن عائشة صوتاً فطرب فقال له الوليد أحسنت والله يا امرئ أعد بحق عبد شمس فأعاد فقال: أعد بحق أمية  فأعاد .. فقال الوليد إلى المغني فأكب ولم يبق عضو من أعضائه إلاّ قبله، وأهوى إلى إحليله ليقبله فضمه المغني بين فخذيه فقال له الوليد لا والله حتى أقبله, وما زال به حتى قبله, وأعطاه ألف دينار وأركبه بغلة وقال: مر بها على بساطي ففعل ووضع حوضا في بستان وملأه خمراً, فكان يسبح فيه مع الفواحش ويشرب منه حتى يبين فيه النقص ونزل يوماً على ابنته وقال من راقب الناس مات غماً)

(Ibn Aisyah telah selesai bernyanyi. Lalu Al-Walid mengatakan kepadanya, "Bagus... demi Allah, ulangkan sekali lagi dengan haknya Abd Shams", jadi dia mengulanginya sekali lagi. Lalu Al-Walid mengatakan, "Ulangkan sekali lagi dengan haknya Umayyah", jadi dia mengulanginya sekali lagi. Kemudian, Al-Waleed mencium setiap anggota badan penyanyi itu, dan apabila dia bersandar kehadapan untuk mencium kemaluannya, penyanyi itu berpaling darinya. Lalu Al-Walid mengatakan, "Demi Allah, akanku menciumnya juga!!!", dan memaksa penyanyi itu sehingga dia dapat mencium kemaluannya. Kemudian, dia memberi penyanyi itu seribu dinar dan seekor keldai, dan menyuruhnya untuk berjalan dengan keldai itu di atas permaidaninya, lalu dipatuhi oleh penyanyi itu. Setelah itu, dia mengisi sebuah takung mandi dengan arak dan merenang di dalamnya bersama orang-orang yang tidak berakhlak, sambil meminum darinya sehingga surut, dan dia juga cuba untuk mendekati anak perempuannya dan mengatakan kepadanya, "Sesiapa yang cuba mencari jalan keluar akan menghadapi kematian yang menyedihkan.)5

Sayed Al-Murtada mengatakan di dalam kitab Al-Amali:

Disampaikan kepada kami daripada Abu 'Ubaidillah Al-Muzarbani, daripada Ahmad Bin Kamal, katanya Al-Walid Bin Yazid adalah seorang yang berbidaah dan apabila dia membuka Al-Quran pada suatu hari dan terlihat ayat ini:

(Dan mereka memohon kemenangan (atas musuh-musuh mereka) dan binasalah semua orang yang berlaku sombong takbur lagi keras kepala)6. Dia mencampak Al-Quran itu ke atas lantai dan mula memanah ke arahnya sambil berkata: "Kamu sedang memberi amaran kepada mereka yang takbur, di hadapanmu sekarang adalah seorang yang takbur. Di hari kamu berjumpa dengan Tuhanmu, katakanlah "Ya Tuhan, Al-Waleed telah menusukku (dengan panah). 7

Dan saya (Ahmed Al-Hasan) memohon maaf kerana menyampaikan sejarah yang kurang elok seperti yang disebutkan di atas. Saya tidak akan menyebutkan sedikit pun dari sejarah yang kotor ini, jika tidak kerana para pemerintah zalim yang telah membunuh keturunan Rasulullah (S) dan menghalau mereka ke bumi yang jauh. Kita dapat melihat sendiri pada zaman ini di mana keturunannya Rasulullah (S) sedang menginap di negeri-negeri seperti Iran, Afghanistan dan India - kesemua negeri-negeri ini adalah jauh dari datuk mereka (S). Ini adalah bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa mereka (para penzalim itu) telah berpaling jauh dari ajaran agama yang sebenar dan telah menentang Islam, dan bukti yang cukup untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap Rasulullah (S).

Kezaliman dan kerosakan ini berterusan hingga ke hari ini, harta kekayaan kita berada di dalam tangan para penzalim yang sedang melakukan berbagai kerosakan di negeri mereka dan terhadap rakyat-rakyat mereka, dan memberikan harta itu kepada sesiapa yang menyembah mereka selain Allah. Sejarah tidak pernah menyaksikan penjara-penjara seperti yang dimiliki mereka, di mana terletaknya berbagai jenis penyiksaan yang akan menggerunkan jiwa. Bala tentera mereka dilengkapi dengan berbagai jenis senjata yang bukan digunakan untuk mempertahankan negara-negara Islam, tetapi untuk menindaskan rakyat Muslimin sendiri. Sesiapa yang mengatakan Tiada Tuhan Selain Allah (La Ilaha Illa Allah) dan menyeru kepada kaum Muslimin untuk menegakkan Hukum Allah, mereka ini dicampakkan ke dalam penjara-penjara yang gelap, ataupun dibunuh. Kita tidak tahu sampai bilakah Belantara Kesesatan ini akan berakhir, dan bilakah Islam akan kembali untuk memerintah kaum Muslimin, seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah (S). Dan kita tidak tahu bilakah masanya untuk keadilan tersebar di negara-negara Islam, sekaligus seluruh dunia, tetapi kita tahu ia akan kembali jua, kerana Rasulullah (S) telah menjanjikan kita bahawa Islam itu akan kembali di akhir zaman melalui anaknya Al-Mahdi (A).

Kezuhuran Al-Mahdi yang diberkati ini tidak akan terjadi selagi mana sebab-sebab keghaiban beliau tidak dihentikan, dan sebuah generasi baru di kalangan ummah ini bangkit dengan siap sedia untuk membawa Risalah Ketuhanan kepada semua manusia di Bumi ini, dan menepati janji ketuhanan untuk memenangkan agama ini. Jadi, jika kita benar-benar mahukan keadilan ini untuk berlaku di bumi, dan mahukan Ummah ini untuk keluar daripada Belantara Kesesatan ini, dan mahukan kemunculan Imam Al-Mahdi (A), kita perlu kembali kepada Islam yang Allah mahukan, dan bukan Islam yang dimahukan oleh para taghut. Allah berfirman:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

[Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat: "Sembahlah Allah, dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan.] 8

Para pemerintah zalim (taghut) itu, yang telah berjaya untuk memerintah Ummah ini dengan pertolongan Amerika - walaupun mereka menunjukkan permusuhan mereka terhadap Amerika untuk melengkapkan permainan yang hina ini - tujuan mereka hanyalah untuk meminggirkan Islam, dan mengosongkan jiwa Ummah ini daripada sebarang keimanan kepada Allah, sambil membalutnya dengan perkara-perkara berkaitan dengan agama ini yang sebenarnya tidak wujud. Dan jika para penzalim ini dapat memerangi agama ini, mereka akan melakukannya tanpa teragak-agak, seperti yang dilakukan mereka terhadap Turki hari ini. Dan sesiapa yang mengesyaki bahawa mereka ini adalah tali barut Amerika dan Zionis - terutama sekali sesiapa yang menyatakan bahawa mereka ini adalah musuh kepada Amerika dan Zionis - biarlah dia mengkaji sejarah hitam mereka, dan dia akan mendapati bahawa sejak mereka mendapat kekuasaan, mereka sentiasa berkhidmat kepada tuan-tuan mereka, iaitu Amerika dan Zionis, dengan melancarkan peperangan terhadap kaum Muslim dan Arab serta menindas setiap pergerakan Islam serta gerakan kebangkitan agama. Dan barangsiapa yang mahukan bukti-bukti yang lanjut bolehlah merujuk kepada Bab Daniel di dalam Kitab Taurat, yang menceritakan bahawa Timur Tengah akan ada sepuluh raja yang bernaung di bawah Amerika, atau seperti yang dilambangkan sebagai sebuah Kerajaan Kuku Besi, yang akan memakan dan memijak seluruh kerajaan di muka bumi. Tetapi InsyaAllah, Al-Mahdi (A) dari Ummah ini akan memijaknya pula, seperti yang diceritakan di dalam Kitab Daniel.

Sebagai tambahan, seorang penzalim itu hanya mengambil berat tentang dirinya sahaja, dan takhtanya hanyalah berlandaskan darah dan mayat-mayat. Jadi, dia membunuh sesiapa yang menolak kepimpinan dan penindasannya, dan dia selalu menenggelamkan rakyatnya dengan kerisauan melalui krisis yang tidak berkesudahan, yang sebenarnya tidak akan berkesudahan selama mana dia masih memerintah, dan melancarkan peperangan serta menanamkan prasangka buruk antara suku-suku kaum. Dia juga menghalangi rakyatnya dari meraih rezeki (yang mencukupi), supaya mereka sentiasa sibuk meraihnya. Kehidupan di bawah seorang penzalim seperti ini adalah sangat hina kerana ianya adalah mati dalam hidup, cara hidup yang akan merugikan kita di dunia dan akhirat.

Plato ahli falsafah Yunani berkata dalam menerangkan Kerajaan penzalim dan pembentukannya:

(Di kalangan mereka yang menyeru kepada demokrasi dan perlindungan buat rakyat, adalah manusia yang paling ganas dan licik, jadi dia mengusir yang kaya dan membunuh mereka, dan membatalkan hutang-hutang, dan membahagikan tanah-tanah, dan mencari jalan untuk melindungi dirinya dari konspirasi jahat, dan bermegah-megahan dengan kekuasaannya, dan melalaikan rakyatnya sendiri dan sentiasa membuat mereka memerlukan dirinya. Dia melancarkan peperangan ke atas jiran-jirannya setelah membuat keamanan dengan mereka, supaya dia dapat melaksanakan kehendak dirinya sendiri, dan memenggal leher setiap pesaing atau pengkritik, dan meminggirkan setiap manusia yang bersikap mulia, dan berdampingan dengan pembunuh-pumbunuh upahan, dan amat bermurah hati terhadap penyair supaya mereka memujinya, dan menyempitkan hidup rakyatnya supaya dia boleh membayar upah pengawal-pengawal dan para tali barutnya. Dengan ini, rakyat akan mula sedar bahawa dia telah menuju daripada pembebasan kepada kezaliman.)

Bagi mereka yang berkhidmat kepada para pemerintah zalim ini pula, mereka mempunyai ilusi bahawa mereka sedang selamat dan kehidupan mereka stabil. Mereka mempercayai bahawa selagi mereka terus berkhidmat dengan para taghut ini, mereka tidak akan diapa-apakan, kerana tuan mereka ini berkuasa untuk memenggal leher sementara rakyat ditindas. Ini adalah khayalan (ilusi); kerana api kekal di bawah abu (bara).

Dia SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

[Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui].9

Dan barangsiapa yang mengikuti sejarah bangsa-bangsa dahulu, akan mengetahui bahawa tamatnya seseorang pemerintah tirani itu akan terjadi melalui revolusi yang dibangkitkan oleh mereka yang ditindas. Bila perkara ini terjadi, maka beginilah para penzalim akan melihat kesudahan nasib mereka.
Orang-orang yang menyerah diri kepada para pemerintah zalim (Thaghut) dan tunduk kepada mereka, sementara mengaku sebagai pengikut Islam, sebenarnya telah terkeluar dari wilayah Allah tanpa mereka mengetahuinya. Dia SWT berfirman:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالاً بَعِيداً
[Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.]10

Para pemerintah zalim telah memaksa mereka untuk memerangi saudara mereka (rakyat Islam) sendiri, dan mereka tidak akan berhenti untuk membantu para penzalim ini kerana ketakutan. Malahan, mereka telah memerangi para Khalifah Allah dan melanggar kesucian orang-orang mukmin. Maka, kekufuran manakah yang lebih dasyat dari kekufuran mereka ini, yakni mereka yang menyokong musuh-musuh Allah? Dia SWT berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً

[Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, karena sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.]11

Mungkin sesetengah daripada mereka beralasan bahawa mereka takut pada pemerintah zalim (Thaghut penzalim) dan takut dibunuh, tetapi alasan jelek ini tidak boleh diterima. Jika memang perlu untuk mengangkat senjata, angkatlah ia terhadap Thagut itu dan bukanlah menggunakan senjata itu untuk menolongnya. Dia SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيراً

[Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di bumi.” Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali]12

Dan firmanNya lagi:

قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا أَنَحْنُ صَدَدْنَاكُمْ عَنِ الْهُدَى بَعْدَ إِذْ جَاءَكُمْ بَلْ كُنْتُمْ مُجْرِمِينَ * وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَاداً وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

[Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: "Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa". * Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "(Tidak) sebenarnya tipu daya (mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya". Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan.]13

Membantu orang zalim dan bergantung kepada mereka adalah haram. Meninggalkan Jihad dan meninggalkan seruan kepada kebaikan dan pencegahan kemungkaran juga adalah haram.

Menjauhkan diri daripada kehidupan orang-orang Islam yang lain tidak akan menggugurkan tanggungjawab yang diberikan kepadamu, dan sesiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan umat Islam bukanlah daripada kalangan mereka, walaupun dia seorang ulama besar yang mengaku sebagai wakil Imam (A).

Biarlah setiap muslim memandang kepada hatinya sendiri dan menanyakan apa yang tersirat di dalamnya, samada ketakutan kepada Allah, ataupun ketakutan kepada Thaghut?

Kedua-dua ketakutan ini tidak akan bercampur di dalam hati seorang yang bertakwa, kerana ketakutan kepada Allah akan membuat para thaghut itu lebih keji daripada seekor nyamuk di mata pandangan seorang mukmin. Maka Thaghut itu tidak akan membawa sebarang kesan terhadap keputusan-keputusannya, kecuali di dalam had batasan taqiyah yang wajib. Dia SWT berfirman:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلا أَخَّرْتَنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى وَلا تُظْلَمُونَ فَتِيلاً

[Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu, dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka takut kepada manusia, seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih teruk dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.]14

Alhamdulillah bahawa umat Islam hari ini telah mula berjalan pulang kepada Allah, dan sedang berada di atas jalan Kebangkitan Islam yang kita dapat saksikan pada hari ini. Kita melihat ia berkembang merangkumi semua negara-negara Islam, dan sedang mengancam takhta-takhta thaghut penzalim yang menguasai umat ini. Thaghut-thaghut ini telah cuba dengan sedaya upaya untuk merendamkan para belia Islam dalam keinginan fizikal dan seksual, telah mengedarkan minuman arak dan mengembangkan pelacuran, dan telah menubuhkan kelab-kelab malam di dalam negara-negara Islam, serta menyiarkan berbagai penyiaran haram seperti lagu-lagu dan wanita-wanita yang tidak berpakaian, serta perkembangan budaya-budaya Barat, dengan tujuan untuk merosakkan keluarga-keluarga Islam. Tetapi Allah telah menggagalkan rancangan mereka serta memusnahkan asas mereka. InsyaAllah, bumbung mereka akan runtuh di atas kepala mereka tidak lama lagi.

Thaghut-thaghut itu berilusi seperti para penzalim yang terdahulu bahawa mereka dapat memusnahkan agama tauhid sebenar dan merosakkan agama Islam, serta merosakkan kepercayaan benar yang mengancam kekuasaan mereka, terutama sekali kepercayaan kepada Al-Mahdi (A). Malangnya, mereka sangat jauh daripada mencapai matlamat itu. Al-Quran yang berada di tangan kita telah menyeru ke telinga kita:

وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ

[Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi, dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu.]15

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ *  إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغاً لِقَوْمٍ عَابِدِينَ

[Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah Al-Zhikr (Al-Quran), bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh. Sesungguhnya ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah).]16

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

[Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.]17

Maknanya tidak tersasar dari sabda Rasulullah (S) yang masih bergema di dalam telinga kita:

(لو لم يبق من الدنيا إلاّ يوم لخرج من ولدي من يملئها قسطاً وعدلاً كما ملئت ظلماً وجورا)

[Walaupun dunia ini hanya tinggal satu hari sahaja akan keluar dari anakku yang akan memenuhinya dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.]18
                
Dan kaum Muslim mendapat manfaat daripada Al-Mahdi (A), sepertimana Bumi dan penghuni-penghuninya masih mendapat manfaat daripada matahari walaupun ia terlindung di sebalik awan.19

Wahai Muslimin dan Muslimat! Wahai yang tercinta! Berimanlah kepada Allah dan kafirlah kepada para penzalim, dan berpeganglah kepada simpulan (buhul) tali yang teguh, iaitu hujah Allah di bumiNya, Al-Mahdi (as), dan ketahuilah bahawa keimanan kepada Allah itu wujud bersama-sama dengan kekufuran terhadap penzalim, kedua-duanya adalah satu perkara yang sama seumpama kepudaran kegelapan ketika di ambang cahaya. Tiada apa yang dapat difahami tentang kepudaran kegelapan kecuali dengan munculnya cahaya. Allah berfirman:

قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

[Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui]20

Berwaspadalah kepada syaitan dan hawa nafsu (keinginan diri), dan ikutilah apa yang telah dibawa oleh Rasulullah dan Ahlul Baytnya daripada Allah kepada kamu. Allah SWT mengampuni segala dosa, kecuali perbuatan menyekutukan sesuatu denganNya.

Allah SWT berfirman

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً

[Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari [syirik] itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.]21

Dan beriman kepada penzalim dan berhukum (merujuk) kepadanya, membantunya, bergantung serta menyerahkan diri kepadanya, semuanya adalah syirik (mempersekutukan) kepada Allah dan sesat dari jalan Allah yang lurus.  Adakah kamu melihat bahawa orang yang kafir kepada Allah atau orang yang syirik apabila berpuasa dan solat akan diterima solat dan puasanya? Ibadah-ibadah dilaksanakan untuk membuktikan seseorang hamba itu taat kepada Allah. Jika mereka taat kepada penzalim musuh Allah, maka apakah yang tinggal dari ibadah-ibadah tersebut, sesaat manusia tunduk kepada arahan penzalim dan undang-undangnya maka pada ketika itu juga ia telah kufur kepada Allah dan terkeluar daripada WilayahNya dan berada dalam wilayah taghut, serta terkeluar daripada cahaya kepada kegelapan.

Dia SWT berfirman

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالاً بَعِيداً

[Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.]22

Maka untuk jalan kembali kepada Allah dan WilayahNya adalah sama seperti jalan pengkufuran terhadap Thaghut serta pengeluaran diri dari wilayahnya. Hakikatnya,kedua-dua perkara ini berada di jalan yang sama dan ia adalah jalan lurus yang diterima melaluinya segala amalan, kerana ia adalah untuk Allah Yang Esa. Maka jika kita benar-benar ingin kembali kepada kepada Islam Al-Muhammadi yang asli, kita perlu beriman kepada segala sesuatu yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah (S). Kita perlu percaya pada Islam pada keseluruhannya serta hukum-hakamnya, dan bukan apa yang sesuai dengan keinginan nafsu kita dan meninggalkan yang lain. Kita mesti berpegang teguh pada jalan yang digariskan oleh wasi-wasi Muhammad (as), kerana merekalah bahtera-bahtera penyelamat dan sesiapa yang mendahului mereka akan terpesong, dan sesiapa yang tertinggal di belakang mereka akan binasa, dan yang mengiringi mereka akan bersama kebenaran. Adapun orang-orang yang ingkar sebahagian Kitab dan beriman pada sebahagian yang lain akan mendapati diri mereka pada akhirnya mengikuti fatamorgana (bayangan air) di padang pasir.

Dan bagi kita sebagai orang yang beriman, jadikanlah ahli-ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa (as) sebagai contoh, kerana mereka itu pada mulanya jauh dari Bimbingan Petunjuk, bahkan mereka adalah penolong-penolong Thaghut yang berdiri bersama Firaun (la) pada awalnya untuk menentang Musa (as), tetapi apabila mereka tidak mengikut kehendak hawa nafsu mereka, kebenaran diperlihatkan kepada mereka, lalu mereka beriman kepada Allah dan mengingkari Firaun. Dengan itu terbitlah cahaya kebenaran di dalam hati mereka dan terangkatlah kegelapan Thaghut dari pandangan mereka, dan kali ini mereka berdiri di samping Musa (as) untuk berjihad di jalan Allah dan menentang Firaun (la) serta menjelaskan kepada manusia kedustaannya dan kelemahannya.

Dia SWT berfirman

فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّداً قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى * قَالَ آمَنْتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلافٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَاباً وَأَبْقَى * قَالُوا لَنْ نُؤْثِرَكَ عَلَى مَا جَاءَنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالَّذِي فَطَرَنَا فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

[Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: "Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa". Berkata Fir'aun: "Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya". Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja.]23

Dunia di mata mereka yang beriman ini terlalu kecil, jadi ancaman Firaun (la) untuk memotong tangan dan kaki dan menyalib mereka tiada kesan ke atas keputusan mereka untuk mengikuti kebenaran, dan mereka tidak memilih kehidupan, sebaliknya ditunjukkan kepada mereka hakikat dunia dan alam kebendaan yang diperjuangkan oleh Firaun, Haman, Qarun dan yang seumpama mereka, dan ahli-ahli sihir itu berjaya dalam ujian dan menempuh halangan, maka mereka memenangi keredhaan Allah dan mendapat berita gembira  serta tempat kembali yang baik.

Yang disembelih dari keluarga Muhammad, Al-Hussein (as) berkata:

Apabila dunia ini amat berharga
. . . maka ganjaran dari Allah lebih tinggi dan lebih mulia
Jika rezeki-rezeki telah ditentukan.
. . . maka sedikit perhatian padanya adalah lebih baik
Jika harta-harta itu akan ditinggalkan
. . . maka bagaimana sesaorang itu boleh menjadi bakhil
Jika tubuh-badan itu dicipta untuk mati
.. . maka terbunuh di jalan Allah adalah lebih baik. 24

Sepatutnya kita bertanya kepada diri kita sendiri, bukankah telah tiba masanya hati kita menyahut seruan Allah dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dengan menjadi penolong kepada Khalifah Allah, dan memusuhi musuh-musuh Allah, dan menjadikan Islam sebagai perlembagaan dan cara hidup kita, dan Quran sebagai slogan kita, dan kalimah “La Ilaha Illa Allah” sebagai perlindungan dan benteng untuk kita!!

Bukankah telah tiba masanya untuk kita mengatakan kepada Thaghut, tetapkanlah apa yang kamu ingin tetapkan dan apa yang kamu tetapkan hanyalah kehidupan di dunia ini sahaja!!
Bukankah telah tiba masanya untuk kita memilih pemerintahan Islam dan menolak pemerintahan Jahiliyah!!
Bukankah telah tiba masanya hati-hati kita bangikit bersama cahaya kebenaran, agar kegelapan Thaghut dapat dipadamkan!!

Adakah kita akan terus kekal di dalam Belantara ini, dan di padang pasir ini hanyalah menuju fatamorgana, sedangkan jalan keluar darinya berada di tangan-tangan kita, dan airnya sangat hampir dengan kita?
Dia SWT berfirman:

وَمَا أَنْتَ بِهَادِ الْعُمْيِ عَنْ ضَلالَتِهِمْ إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآياتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ

[Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorang pun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri.] 25




1 Al-Syuraa 42:23. Asad Al-Ghabah oleh Ibn Al-Atsir: Jilid 5: halaman 520, Musnad Ahmad: Jilid 4: halaman 5, Sahih Bukhari: Jilid 4: halaman 210, Sahih Muslim: Jilid 7: halaman 141, Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 5: halaman 360, kemuliaan para sahabat oleh Al-Nasa’ei: halaman 87, Sunan Al-Kubra oleh Baihaqi: Jilid 10: halaman 210. , Al-Istiab oleh Ibn Abd Al-Barr: Jilid 4: halaman 1895, Dakhair Al-Uqba. halaman 43, Tarikh Dimasyiq: Jilid 42: halaman 134, Al-Ishabah: Jilid 8: halaman 102, dan sumber-sumber lain dengan perbezaan-perbezaan yang menyatakan kemuliaan sebenar Fatimah Al-Zahra as.
3 Tafsir Al-Iiyasyi: Jilid 1: halaman 303.. Dan Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad: Jilid 5: halaman 340, dan dalam Sunan Tirmidzi: Jilid 3: halaman 322, dan Al-Haitsami dalam Mujma  Al-Zawaid: Jilid 7: halaman 216 dengan perbezaan pada lafaz dengan satu makna.
4 Ini merujuk kepada peristiwa pertumpahan berdarah diperolehi pada 28 Zhu Al-Hijjah tahun 64 Hijrah, di mana Yazid membenarkan Bandar Suci Rasulullah dijarah selama tiga hari, terjadi pembunuhan dan serangan ke atas mercu tanda, yang sukar dipercayai maka sesiapa yang mahu mengetahui lebih lanjut, boleh dapatkan kitab kejadian tersebut. Penulis juga merujuk kepada apa yang berlaku pada 3 Rabi Al-Awwal tahun yang sama, di mana tentera Yazid mengepung Baitullah Al-Haram dan membakar Baitullah.5 Lihat Al-Kunn Wa Al- Alqab, Jilid 1: halaman 346.6 Ibrahim 14:15 7 Amali Al-Sayed Al-Murtadha: Jilid 4: halaman 90.8 Al-Nahl 16: 36.9 Al-Ankabut 29:4110 Al-Nisa’ 4: 6011 Al-Nisa’ 4: 7612 Al-Nisa’ 4: 9713 Saba’ 34: 32-3314 Al-Nisa’ 4: 7715 Al-Qasas 28: 5-616 Al-Anbiya 21:105-10617 Al-Nur 24: 5518 Lihat, sebagai contoh: Uyun Akhbar Al-Redha (as): Jilid 1: halaman 397, Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 9919 Penulis merujukkan kepada sabda Rasulullah (S) Jabir bin Abdullah Al-Ansari (Jabir berkata: Aku berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah, adakah Syiahnya mendapat manfaat semasa keghaibannya. Baginda (S) bersabda: Demi yang mengutus ku dengan kenabian, sesungguhnya mereka akan diterangi cahaya dan mendapat manfaat dengan wilayah beliau semasa keghaibannya, sepertimana bumi mendapat manfaat dari matahari walaupun dilindungi awan. Wahai Jabir, ini daripada rahsia Allah yang tersimpan, dan perbendaharaan IlmuNya, maka ia disembunyikan melainkan untuk ahlinya.) Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Nikmah: halaman 253.20 Al-Baqarah 2: 25621 Al-Nisa’ 4: 4822 Al-Nisa’ 4: 6023 Taha 20: 70-7224 Rawaitu Al-Abiyat dalam Manaqib Aali Abi Talib: Jilid 3: halaman 246, Matsir Al-Ahzan: halaman 32, Bihar Al-Anwar: Jilid 44: halaman 374

25 Al-Rum 27: 53

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...