Friday, July 14, 2017

Pertanyaan Kepada Pengikut Ahmadiah




Saya telah didatangi oleh beberapa pengikut Ahmadiah untuk menerima kekhalifahan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Rasul dan Mahdi. Tiada masalah, namun sebelum itu, jawab dahulu beberapa persoalan mudah di bawah:

1. Allah SWT menetapkan bahawa setiap zaman punya Khalifah Allah, atau pemimpin lantikannya.

إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk” (Al-Rad 13:7)

Soalan: Siapakah pemimpin lantikan Allah sebelum Mirza Ghulam Ahmad? Tafsir bagi ayat di atas jelas menunjukkan Ali adalah antara Haadi selepas Rasulullah (s). Rujuk Musnad Ahmad.

Saya mahu tahu nama pemimpin lantikan Allah tersebut berserta nasnya. Jika anda mengatakan tidak ada, maka terdapat lompong besar sebelum Mirza, dan menyanggahi ayat Quran di atas.

===

2. Rasul Allah menyebutkan akan ada 12 orang Imam atau pemimpin selepas baginda.

Di keluarkan oleh Ahmad, al Haithami di dalam Majma uz Zawaid, Ibnu Hajar di dalam al Mathalibul ‘Aliyah, al Busairi di dalam Mukhtasar al Ithaf dari Masruq berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Abdullah Ibnu Mas’ud lalu berkata: Apakah Nabimu pernah mengkhabarkan bilangan khalifah setelah pemergiannya?

Ibnu Mas’ud menjawab: “Ya, tetapi tiada orang pun selain kamu yang bertanyakan perkara ini. Sesungguhnya kamu masih muda. Bilangan khalifah adalah seperti bilangan majlis Musa(as), iaitu 12 orang.”

"Kami berada di sisi 'Abdullah bin Mas'ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya: Wahai Abu 'Abdu r-Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAWA berapakah ummat ini memiliki khalifah?" Abdullah bin Mas'ud menjawab: "Tiada seorangpun bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda." Kemudian dia berkata:"Ya! Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah SAWA mengenainya. Maka beliau menjawab:"Dua belas (khalifah) seperti bilangan naqib Bani Israil.

Dalam Fath Al Bari Ibnu Hajar Al Asqallani menyatakan hadis Ahmad dengan kutipan dari Ibnu Mas’ud ini memiliki sanad yang baik. Hadis ini juga dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dalam Takhrij Musnad Ahmad.

Soalan: Mirza itu Imam ke berapa dan apa buktinya?�

=====

3. Nabi Muhammad (s) menyatakan untuk mengikuti Ahl Al-Bayt, sebagai pelindung umat dari kesesatan.

Pesan Rasulullah(sawa):

Wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan kalian sesuatu yang jika kalian berpegang kepadanya tidak akan sesat selamanya: Kitab Allah dan itrah, Ahlulbaitku.”

Hadis ini, yang dinamakan sebagai Hadis Tsaqalain, iaitu dua perkara berharga, berat atau penting. Hadis ini diriwayatkan dalam pelbagai versi, tetapi masih mengekalkan matan yang sama, iaitu pesan Rasulullah agar kita berpegang kepada Quran dan Ahlulbait(as), yang mana keduanya digandingkan bersama. Hadis ini juga telah mencapai tingkatan mutawattir dan sahih, dan diriwayatkan dari berbagai sumber Sunni.

* Muslim: Sahih Hadis no. 6175-6177

* Tarmizi: Sahih Hadis 3786 dan 3788

* An Nisai: Khasais Amirul Mukminin Ali No.79

* Ahmad: Musnad: 5/181&182 dan 3/26 dan 5/189

* Ibnu Abi ‘Asim: As Sunnah no 754

* Nuruddin al Haitsami: Majma al Zawaid Juz 5 hal 166

* Ibnu Hajar al Haitsami: Al Sawaiq Al Muhriqah hal 223. 229-230

* Al Khateeb al Tabrizi: Misykatul Masabih

* Al Hakim: Al mustadrak

* At Thabrani: Al Mu’jamul kabir

* Al Muttaqi al Hindi: Kanz al Ummal

* As Suyuthi: Ihya ul Mayyit bi Fadhail Ahlulbait, Jamius Saghir, Ad Durr al mansur

* Ibnu Kasir: Tafsir

* Ibnu Saad: Thabaqat Al Kubra

* Ibnu Atsir: Jami’ul Usul & Ususdul Ghabah

* Ibnu Asakir: Tarikh

* An Nabhani:Al Fathul Kabir

* Al Khawarizmi: Al Manaqib

* Ibnu Hbban: Sahih

* Sulaiman Al Bakhi al Hanafi: Al Baihaqi:As Sunan Yanabi Al Mawaddah

* Mir Sayyid Ali Hamadani: Mawaddatul Qurba

* Hafiz Abu Nuaim Al Isfahani: HIlayatul Awliya

Sila berikan dalil dari para Imam Ahl Al-Bayt yang menyebutkan dan membuktikan Mirza itu Al-Mahdi.

=====

4. Seorang pemimpin lantikan Allah itu dikenali dengan tuntutan pada nas penamaan, wasiat dari Khalifah sebelumnya. Sebagai contoh:

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأغْلالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Firman Allah SWT : "(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang UMMI yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-Araf 7:157)

Isa menuntut Nas dari Musa, dan Muhammad menuntut nas dari Isa:

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ [٦١:٦]

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!” (61:6)

Ahmadiah kerap mengatakan ayat di atas merujuk kepada Mirza, malangnya mereka salah, kerana nas tersebut telah dituntut oleh Muhammad (s) seperti yang disebutkan dalam banyak riwayat dari Ahl Al-Bayt, yang sentiasa bersama Quran dan kebenaran. Rujuk Bihar Al Anwar, jilid 49, ms 76, sebutan dari Imam Ali Ibn Musa Ar-Redha.

Maka, nas penamaan mana yang dituntut Mirza?

====

Di sisi kami: Kami tahu dan kenal dengan sebenar-benarnya, para Imam lantikan Allah selepas Nabi Muhammad (s). Ia disebutkan dalam wasiat / nas dari Nabi Muhammad di malam kewafatan baginda.

Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).

Nas Al-Mahdi yang dilahirkan akhir zaman, Ahmed, kini telah dituntut oleh Ahmed bin Ismail, persis dengan kata-kata Nabi bahawa namanya menyerupai nama ku dan nama bapanya menyerupai nama bapaku.

Ini jelas. Saya tidak perlu terus mendalam lagi buat masa ini tentang Ahmed Al-Hasan.. Cukup dulu persoalan saya untuk dalil berkenaan Mirza Ghulam Ahmad di atas. Kegagalan menjawab hanya satu sahaja dengan dalil yang muhkam dan utuh, akan menyebabkan terbatalnya akidah anda.


Sekian

Doa Untuk Kesembuhan Oleh Ahmed Al-Hasan

Doa Untuk Kesembuhan Dari Penyakit Dan Kesakitan 🕋🕋🕋 Sayed Ahmed Al-Hasan berkata: 🔖 Dan untuk kesembuhan, bacalah doa ber...