Tuesday, August 15, 2017

13.08.2017: Pernyataan Sayed Ahmed Al-Hasan Berkenaan Pemerintah dan Pemerintahan


Soalan: Selamat petang

Saya membaca buku kamu yang bertajuk ‘Delusi Ateisme’ (Atheism Delusion). Saya menyangka kamu hanyalah seorang penulis buku, dan bukan seorang agamawan. Tetapi setelah melihat seluruh buku-buku kamu, saya meyakini bahawa kamu adalah seorang agamawan. Kebanyakan dari apa yang saya fahami dari cara pemikiran kamu adalah kamu berkeyakinan bahawa seorang pemerintah itu mestilah diutus oleh Tuhan supaya dia dapat memerintah dengan keadilan dan kesaksamaan, dan supaya manusia dapat hidup sejahtera. Walau bagaimanapun, hakikat ini cukup berbeza dengan realiti. Kita melihat bahawa terdapat negara-negara yang tidak mengiktiraf Tuhan di tempat pertama. Penguasa mereka dipilih oleh manusia; mereka hidup dengan keadilan dan kemakmuran dan tidak melakukan penindasan kepada sesiapa pun. Mereka mengambil berat tentang hak asasi manusia. Tidakkah kamu melihat bahawa pembunuhan, kemusnahan, dan kebuluran hanya wujud di negara-negara Islam? Jadi apakah faedahnya pemerintah yang diutus oleh Tuhan ini? Di negara-negara Eropah, penduduknya merasai hidup di dalam kedamaian, keadilan, dan keamanan. Maka adakah mereka memerlukan pemerintah Eropah? Terima kasih.

🔯🔯🔯

🕋Jawaban: [Semoga kedamaian, kerahmatan, dan keberkahan dari Allah ke atas kamu.

Semoga Allah mengalu-alukan kamu.

Dari sudut pemerintahan dan pemerintah: ia hanyalah sebahagian daripada sistem keagamaan Ilahi. Buku-buku saya melibatkan banyak perkara, lebih daripada sekadar [isu-isu] pemerintahan dan pemerintah.

Pentingnya agama dan pembaharuna peranan perundangan seorang Khalifah Allah, sama ada beliau adalah seorang Nabi atau seorang Imam yang diutuskan, jauh lebih penting daripada peranan politiknya, walaupun ia terkait dengan peranan Al-Mahdi yang menyebarkan kemakmuran dan keadilan di bumi. Saya telah menjelaskannya kepada beberapa orang  beriman beberapa tahun yang lalu. Apa yang yang paling penting dan utama ialah menyebarkan agama yang benar serta kepercayaan yang Allah redha padanya, sebelum bumi menjadi kosong tanpanya. Ini adalah lebih penting daripada bahagian lain yang berkaitan dengan pemerintahan dan keadilan sosial.

Mengenai masalah pemerintahan dan pemerintah: kamu boleh mengatakan dengan ringkas bahawa orang yang bertanggungjawab terhadap darah manusia, dan keputusan peperangan atau perdamaian, dan perkara lain, seperti memerintahkan sesuatu hukuman, mestilah individu maksum, iaitu yang dilindungi dari melakukan kesalahan oleh Illahi. Jika tidak, kerosakan dan pertumpahan darah akan berleluasa. Dan banyak contoh kerosakan telah berlaku disebabkan oleh sistem demokrasi, seperti perang dunia kedua dan apa yang telah dilakukan di Hiroshima dan Nagasaki oleh presiden Amerika yang dipilih secara demokrasi apabila beliau menyerang Jepun dengan bom nuklear. Ini berlaku walaupun sistem pemerintahan Amerika Syarikat, serta banyak negara lain di seluruh dunia, mendakwa bahawa Amerika Syarikat adalah contoh terbaik bagi sistem demokrasi.

Namun hari ini, seluruh dunia cemas dan takut dengan tingkah laku dan keputusan Trump, Presiden Amerika, yang mungkin membawa kepada perang nuklear terhadap Korea Utara dan mungkin ia  boleh merebak dengan lebih jauh. Dan kamu boleh bayangkan apa yang boleh berlaku jika Rusia dan China mengambil bahagian dalam ‘pesta barbeku Amerika’ baru-baru ini. Saya fikir ia adalah tidak adil, tidak bermoral, tidak logik dan tidak berilmu untuk darah dan nyawa bagi 49 peratus  penduduk atau kurang adalah tertakluk kepada keputusan individu atau orang yang mereka telah tolak, atau dengan kata lain, orang yang telah dipilih oleh 51 peratus atau lebih dari penduduk lain. Ini dengan mengandaikan bahawa terdapat 100 peratus penglibatan dalam pilihanraya, dan ini sudah semestinya hampir mustahil untuk dicapai, kerana di dalam beberapa kes, penglibatan dalam pilihanraya boleh menjadi kurang daripada 50 peratus. Oleh itu, anda boleh membayangkan berapa banyak jumlah penindasan dan ketidakadilan apabila darah dan nyawa 70 peratus atau lebih orang dalam masyarakat adalah tertakluk kepada keputusan seseorang yang hanya  dipilih 20 peratus penduduk. Dan Iraq mengalami perkara ini di bawah kerajaan yang teruk Nouri Al-Maliki. Begitu juga beratus-ratus ribu orang Turk, dan juga orang arab di Kirkuk, yang telah menderita setelah diheret oleh undang-undang pemilihan majoriti untuk hidup di bawah naungan Negara Kebangsaan Kurdish. Masalah moral di dalam sistem demokrasi dan proses demokrasi adalah satu perkara yang sangat mendalam.

Itulah sebabnya kamu mendapati bahawa sesetengah negara telah membatalkan kewujudan peraturan hukuman bunuh: demi untuk menyelesaikan masalah tentang siapa yang seharusnya menjadi wakil kepada keputusan masyarakat bagi mengakhiri kehidupan orang tertentu. Sesetengah daripada mereka telah menjadikan raja atau wakil raja sebagai pemerintah tertinggi bagi sistem demokrasi atau sistem pilihan raya, seperti halnya dengan United Kingdom dan beberapa negara Eropah dan Asia, dan Australia. Dan kamu boleh melakukan semakan sejarah moden, di mana [kita mendapati bahawa] pada tahun 1975, Gabenor Jeneral atau wakil Ratu memecat Perdana Menteri Australia dari pejabat. Jadi tanpa mengira sistem ini yang mengatakan bahawa mereka bersifat sekular dan demokratik, sebenarnya mereka meminjam konsep sistem pemerintahan mereka ini dari idea sistem pemerintahan Ilahi. Iaitu, terdapat kewujudan seorang pemerintah tertinggi yang tidak dipilih oleh proses pilihanraya, yang mengatasi sistem pemerintahan lain yang telah dipilih. 

Mengenai hal-hal lain yang berkaitan dengan pemerintahan, saya akan mengatakan dengan ringkas bahawa objektif utama untuk menubuhkan sesebuah negara dan kerajaan di dalam masyarakat manusia adalah untuk mencapai masyarakat yang makmur, dan sekurang-kurangnya, perpaduan untuk setiap individu di dalam masyarakat mengikut prinsip perpaduan sosial; Mengenakan cukai; Dan menguatkuasakan negara melalui beberapa sumber alam semulajadi, selain menjamin kebebasan dan hak individu. 

Demi mencapai kemajuan dan kemakmuran, terdapat perkara-perkara penting yang perlu diambil kira, seperti organisasi kerja, pengkhususan, kecekapan, dan integriti. Ia seperti kata pepatah: "Biar tukang roti yang membuat roti”. Jadi kerja terancang yang mengambil kira kesan dan akibat akan menjadi produktif. Ia tidak ada kaitan dengan ketidakpercayaan atau kepercayaan, atau agama tertentu. Oleh itu, pada tahap ini, kita tidak mengatakan bahawa khalifah Ilahi mesti mengambil alih tugas itu atau seorang pemimpin Ilahi mesti mengawasi perkara ini supaya adanya produktiviti, kemajuan, dan keadilan sosial yang relatif. Oleh itu, adalah tidak tepat untuk menghalakan hujah  tersebut kepada kami pada tahap ini.

Orang-orang yang telah beriman di dalam seruan ini telah muncul dalam demonstrasi di Dataran Tahrir Baghdad dan seluruh bandar-bandar di Iraq, dan telah menyokong permintaan untuk teknokrasi yang bebas untuk mentadbir urusan ekonomi negara. Mengenai teknokrasi yang bebas, ia tidak ditujukan kepada seseorang yang khusus, tetapi sebaliknya, kepada orang yang cekap dan khusus, yang telah membuktikan kecekapannya pada tahap praktikal.

Ini adalah ringkasan penerangan mengenai pandangan kami dan pandangan Islam tentang pemerintahan dan pemerintah. Dan ia adalah sudut pandangan mendalam yang berdasarkan prinsip-prinsip intelektual, falsafah dan moral, sebelum agama dan perundangan.]


📓 Komentar Sayed Ahmed Al-Hasan di laman Facebook.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...