Sunday, August 6, 2017

Hukum Muzik DI Sisi Ahmed Al-Hasan





Dengan nama Allah yang Pengasih dan Pengasihani

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Solawat dan salam Allah atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi.

Berikut adalah pernyataan fikih berkenaan Muzik, penggunaannya dan mendengarkannya atah menggunakan peralatannya, seperti yang dijelaskan oleh Ahmed Al-Hasan (a) dalam menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya. Saya akan tanggapi muzik dalam empat perkara

💡Pertama: Hukum Alat Muzik

S: Adakah dibenarkan untuk perginke kenduri perkahwinan yang hanya dihadiri oleh wanita, walaupun ada nyanyian dan tarian di dalamnya?

J: Dibenarkan jika hanya dihadiri wanita dan tidak didengari oleh kaum lelaki serta tidak mempunyai apa-apa perkara yang haram seperti alat muzik.

📝Rujukan: Soal Jawab Fikih, Hal Lain-Lain

💡Kedua: Mendengar Muzik Dengan Sengaja

Mendengar muzik adalah haram, namun tidak mengapa jika terdengar, Imam Ahmed Al-Hasan berkata, “Muzik adalah haram dan lagu juga adalah haram serta haram mendengarnya. Mendengar adalah secara sengaja, bukan secara tidak sengaja. Apa yang dibenarkan hanyalah gendang perang dan tiupan trompet untuk pemberitahuan.

🔯 Rujukan: Al-Jawab Al-Munir  Jilid 3 Soalan 251.

Beliau turut ditanya tentang perselisihan ulama berkenaan kehalalan muzik klasik, beliau menjawab, “Haram mendengar muzik.

🔯 Rujukan: Al-Jawab Al-Munir  Jilid 4 Soalan 351.

Beliau turut ditanya tentang acara agama yang diadakan dan nasheed dimainkan, di dalamnya ada muzik, tepukan tangan dan halahil*, beliau menjawab, “Tepuk tangan dibenarkan. Berkenaan halahil para wanita, ia dibenarkan di hadapab wanita, bukan di hadapan lelaki bukan muhrim. Dan haram mendengar muzik.”

🔯 Rujukan: Soal Jawab Fikih, Hal Lain-Lain

* Nota berkenaan Halahil: Ia adalah teriakan kegembiraan oleh wanita semasa festival atau sambutan perkahwinan.. —Pent.

💡Ketiga: Jenis Muzik Haram

Muzik yang haram didengari adalah muzik berlagu berunsur kegembiraan atau hiburan sejenisnya, yang tersebar luas di hari ini.

Q: Apakah hukum efek bunyi yang digunakan dalam filem video?

A: Berkenaan muzik, jika ia adalah muzik berlagu atau yang sejenis dengannya, maka tidak dibenarkan untuk menggunakannya. Berkenaan efek bunyi, yang digunakan untuk menunjukkan situasi sedih, merisaukan atau menakutkan, dll.. maka ia dibenarkan. Ini bermakna, adalah dibenarkan menggunakan efek-efek bunyi ini di dalam filem / video.

🔯 Rujukan: Soal Jawab Fikih, Hal Lain-Lain

💡Keempat: Bunyi yang dibuat dari alat elektronik, dan digunakan di dalam syair dan nashid.

S: Kami bekerja dalam menerbitkan syair dan nashid untuk seruan suci ini, maka kami ingin bertanya tentang efek bunyi yang dibenarkan seperti bunyi dram, trompet dan tepukan serta beberapa bunyo organ dan piano. Apa hukum berkenaannya?

J: Dibenarkan untuk menggunakan bunyi tepukan, dram dan trompet yang digunakan dalam pemberitahuan, seperti yang digunakan dalam perang, atau apa yang hampir sama dengannya.

Bunyi yang dihasilkan dari alat elektronik juga dibenarkan jika ia tidak dihasilkan dengan cara muzik perayaan atau kegembiraan; sebagai contoh dari apa yang dibenarkan adalah seperti bunyi hujan turun, tiupan angin, bunyi dram perang atau bunyi sedih dll.

Dan apa sahaja bentuk teriakan, atau bacaan seperti yang digunakan oleh pelaku maksiat, hiburan dan perayaan perlu dielakkan walaupun ia bebas muzik dan efek bunyi.

Ini adalah secara ringkas berkenaan muzik, dan saya mengharapkan dari Allah agar hambaNya yang mukmin akan beroleh manfaat darinya.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

🔯Disediakan oleh Sheikh Alaa al-Salem


Hadith Ahlulbayt Berkenaan Muzik

ـ رسولُ اللهِ‏ِ (صَلَّيَ اللهُ عَلَيهِ وَ آلِهِ): الغِناءُ رُقْيَةُ الزِّنا.

Nabi (SAWA) bersabda, ‘Muzik adalah pesona kepada zina.’ [Bihar al-Anwar, Jilid 79, Halaman 247, nombor 26]‬

ـ رسولُ اللهِ (صَلَّيَ اللهُ عَلَيهِ وَ آلِهِ): ثلاثٌ يُقسِينَ القَلبَ: استِماعُ اللهوِ، وطَلَبُ الصَّيدِ، وإتيانُ بابِ السُّلطانِ .

Nabi (SAWA) bersabda, ‘Tiga perkara mengeraskan hati: mendengar perkara lahw, mencari buruan dan kerap mendatangi pintu sultan’ [Bihar al-Anwar, Jilid 79, Halaman 252, nombor 6]‬

ـ الإمامُ الصّادقُ (عَلَيهِ الّسَلامُ): الغِناءُ يُورِثُ النِّفاقَ.

‪Imam al-Sadiq (AS) bersabda, ‘Muzik menghasilkan hipokrasi.’ [Bihar al-Anwar, Jilid 79, Halaman 241, nombor 7]‬

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...