Friday, August 18, 2017

Jalan Keluar Dari Belantara Kesesatan: Doa dan Munajat

Jalan Keluar Kedua: Doa (Munajat)

 
Allah berfirman:
 
قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلا دُعَاؤُكُمْ
 
Katakanlah: "Tuhanku tidak akan mengindahkan kamu kalau tidak adanya doa kamu kepadaNya" (Quran Al-Furqan 25:77)
 
Dan Allah berfirman:
 
 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ




[Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina] (Quran Ghafir 40:60)
 
Berdoalah pada masa senang dan susah dan dalam semua perkara kecil atau besar, dan janganlah menyangka ada perkara kecil atau besar yang tidak dapat diminta dari Allah, karena kamu tidak pernah melakukan kebaikan kecuali melalui pertolongan dari Allah, dan tiada sesiapapun yang dapat menolak kejahatan dari kamu melainkan Allah.
 
Dan telah diriwayatkan bahawa Allah mewahyukan kepada Musa (a): (Wahai Musa mintalah padaKu walaupun garam untuk makananmu, dan tali kasutmu dan makanan untuk ternakanmu).
 
Wahai yang dikasihi, ketahuilah Allah SWT tidak boleh dibataskan dengan sesuatu dan kelembutanNya tidak berakhir, diturunkan dengan secukupnya (kelebutan-Nya itu), kerana dunia kita adalah terbatas, maka mintalah apa sahaja kebaikan dari dunia ini dan akhirat, yang dapat memanfaatkan agama kamu dan membuat Tuhan kamu redha dan jangan meninggalkan doa-doa dari Al-Shahifah Al-Sajjadiyah, kerana ia adalah doa-doa dari keluarga Muhammad (a) dan terutama doa Kumail pada malam Jumaat, dan doa Abi Hamzah Al-Thumaly, dan doa Shaban.
 
Dan di sini saya berikan contoh doa munajat, semoga Allah selamatkan kita dari muslihat dunia dan tipu dayanya dan semoga Allah menolong mereka untuk memahami maknanya, atau menghafalnya, dan berdoa dengannya dalam segala keadaan.
 
 
بسم الله الرحمن الرحيم
 
)إلهي أسكنتنا داراً حفرت لنا حفر مكرها، وعلقتنا بأيدي المنايا في حبائل غدرها، فأليك نلتجئ من مكائد خدعها، وبك نعتصم من الاغترار بزخارف زينتها، فإنها المهلكة طلابها المتلفة حلالها، المحشوّة بالآفات المشحونة بالنكبات. إلهي فزهدنا فيها وسلمنا منها بتوفيقك وعصمتك، وانزع عنّا جلابيب مخالفتك، وتول أمورنا بحسن كفايتك، وأوفر مزيدنا من سعة رحمتك، وأجمل صلاتنا من فيض مواهبك، واغرس في أفئدتنا أشجار محبتك، وأتم لنا أنوار معرفتك، وأذقنا حلاوة عفوك ولذّة مغفرتك، وأقرر أعيننا يوم لقائك برؤيتك، وأخرج حب الدنيا من قلوبنا كما فعلت بالصالحين من صفوتك والأبرار من خاصتك، برحمتك يا أرحم الراحمين ويا أكرم الأكرمين([1]
 
Dan hendaklah kamu berdoa kepada Allah pada semua urusan, di waktu kerja atau pada masa lapang, pada waktu malam dan siang hari, terutama selepas solat wajib sebelum kamu bangun dari tempat dudukmu. Dan seringkan bersolawat kepada Muhammad dan Keluarga Muhammad, dan janganlah tinggalkan Sujud Syukur selepas setiap solat, dan selepas setiap nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kamu serta selepas setiap bahaya yang dihindarkan dari kamu. Caranya adalah kamu sujud, kemudian letakkan pipi kanan kamu ke atas tanah, kemudian pipi kiri dan kemudian kembali sujud, dan sekurang-kurangnya kamu membaca Syukran Lillah (Segala Pujian bagi Allah) tiga kali, dan yang terbaik jika dibaca seratus kali.
 
Dan beberapa doa untuk orang-orang yang beriman yang sepatutnya berterusan dilakukan, terutamanya selepas Solat Shubuh adalah:
 
1 - La Ilaha Illa Allah Wa7dahu La Syarika Lah, Lahu l-Mulku Walahu l-Hamd, Yuhyi Wayumit, Wayumitu Wayuhyi, Wahua Haiyun La Yamut, Biadihi l-Khair, Wahua 'alaa Kulli Syaiin Qadiir
 
لَا اِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَه، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَيُمِيْتُ وَيُحْيِيْ وَهُوَ حَيٌّ لَّا يَمُوت، بِيَدِهِ الخَيْرِ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
                                      
Tiada Tuhan selain Allah keesaanNya tiada sekutu bagi-Nya, bagiNya kerajaan dan bagiNya pujian, Yang menghidupkan dan yang mematikan, dan yang mematikan dan yang menghidupkan dan Dia yang hidup dan Dia yang tidak akan mati, di tanganNya kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (10 kali) Selepas solat Shubuh dan sebelum matahari terbenam.
 
2. Subhana Allahil adzim Wabihamdihi, Wala Haula Wala Quuwata Illa Billahi l-aliyil adzim (10 kali).
 
سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ وَبٍحًمْدِه، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْم
 
(Maha suci Allah dan segala puji adalah bagi-Nya, dan tiada upaya dan kekuatan melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Agung)
 
3. Asysyhadu an La Ilaha Illa Allah Wahdahu La Syarika Lah, ilahan wahidan, ahadan, faradan, shamdan lam yattakhizh shahibuhu wala walada (10 kali).
 
أَشْهِدُ أَنْ لَا اِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَه ، إِلَهاً وَاحِداً أحَداً فَرِداً صَمَداً لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبُهُ وَلاَ وَلَداً
 
(Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Yang Tidak Bersekutu / Berpasangan, Tuhan yang tunggal, Tuhan Yang Satu, yang tidak memerlukan sesiapa, yang tidak mengambil pasangan dan tidak pula memperanakkan)
 
4 - Allahumma Shalli 'alaa Muhammad Wa'ajili Farajahum (100 kali).
 
اَللَّهُمُّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَجِلِ فَرَجَهُمْ
 
(Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad dan segerakanlah kelapangan mereka)
 
5. Subhana Allah, Wal-Hamdu Lillah, Wa La Ilaha Illa Allah, Wa Allahu Akbar (30 kali).
 
سُبْحَانَ الله، وَالحَمْدُ لِله، وَلَا اِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَر




(Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar)
 
Dan selain doa ini mempunyai manfaat untuk akhirat, ia juga mempunyai manfaat duniawi, iaitu ia adalah untuk menolak kejahatan pihak penguasa dan syaitan.          



[1] Al-Shahifah Al-Sajjadiyah: Munajah Al-Zahidin.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...