Thursday, August 24, 2017

Jalan Keluar Dari Belantara Kesesatan: Berjuang

Jalan Keluar Kelapan: Berjuang (Jihad)


Allah SWT berfirman:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ * الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيراً وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ


[Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang, dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.] (Al-Hajj 22: 39-40).


Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya para penguasa telah menakluki umat Islam dengan kekerasan, dan telah menumpahkan darah yang diharamkan oleh Allah (S) melalui perencanaan dan tipu daya, mengupah tentera-tentera upahan yang tegar dan mula memerangi setiap manusia merdeka yang menolak dari menjadi hamba kepada undang-undang mereka, kerana mereka menganggap diri mereka sebagai tuhan yang patut ditaati selain Allah (S)  Mereka juga beranggapan diri mereka adalah jauh lebih mulia dari manusia lain, justeru manusia lain wajib memuji perkataan serta perbuatan mereka, mereka menjadi bongkak dan tidak mengendahkan kata-kata yang baik, sebaliknya mereka merampas sepenuhnya dengan kekerasan dan memaksakan penyelesaian antara kita dan golongan penindas bongkak tersebut hanya dengan kekerasan, dan inilah nasib kita. Sesungguhnya Allah (S) berkehendak untuk menguji orang-orang yang beriman melalui jalan perjuangan, untuk menzahirkan mereka yang mempunyai keimanan mutlak dengan orang-orang munafik yang mengaku beriman.

Allah (S) berfirman:

الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ * أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ * مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

[Alif Lam Mim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahawa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya dari semesta alam.] (Al-Ankabut 29:1-6)

Taghut penzalim ini menumpukan kepada hanya dua perkara, yakni perampasan atau penghinaan, sebagaimana yang dikatakan oleh tuanku, Al-Hussain (as) dan Allah (S), dan Rasul-Nya (s), dan orang-orang mukmin itu tidak akan sesekali merendahkan hati, maka kita seharusnya berjuang menentang golongan penzalim dan tentera-tentera upahan tersebut yang  rakus menghisap darah orang-orang Islam, sehinggalah tibanya satu hari di mana tiada lagi darah di jasad kita dan persis mayat yang berjalan di atas bumi. Dan tiada orang Islam patut berkata "Aku tidak terlibat dengan politik", kerana setiap orang Islam yang berpegang kepada Islam dan berpengetahuan tentang agamanya adalah seorang ahli politik.


Lihat sahaja di dalam kitab-kitab Perundangan Islam (Fiqh Al-Islami), muamalat dalam ekonomi (Al-Mu'amalat Al-Iqtishadiyah), sosial, kehakiman dan urusan politik adalah jauh lebih utama berbanding hukum-hukum ibadah (Al-Ahkam Al-'Ibadah) dan bukankah Al-Quran itu merupakan perlembagaan hidup kita dan tidakkah jalan-jalan kebenaran yang tertulis di dalamnya menjadi jalan ikutan kita? Justeru apabila kita mendalami Al-Quran, maka kita akan mendapatinya sebagai suatu revolusi para nabi (a) dan orang-orang beriman yang lemah tertindas terhadap para penzalim bongkak, dan jika kita menyusuri akan hadis nabi, kita akan melihat ungkapan berikut:

أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

(Perjuangan yang paling utama adalah kalimat yang benar di hadapan penguasa yang durhaka) (Musnad Ahmad: Jilid 3: halaman 19, Sunan Al-Nasa’ei: Jilid 7: halaman 161.)


Di dalam hadis ini terdapat keutamaan untuk berjuang menentang pemerintah yang menindas, dan kerana beliau memerintah berlandaskan undang-undang jahiliyah, berpaksikan hawa nafsu dan membelakangkan keadilan demi darah,  kesenangan dan wanita-wanita, serta beliau tidak mengikuti satu pun dari ajaran al-Quran melainkan apa yang selari dengan nafsunya, dan beliau membeli para ulama' yang sesat untuk menafsir al-Quran sebagaimana kehendaknya, maka baginya dikatakan Ulil Amri di dalam ayat:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

(Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu.) (Al-Nisa’ 4:59)

Mereka adalah pemerintah yang zalim, bukan dua belas Imam yang maksum (a). Mereka menjadikan Musa, Ali dan Al-Hussain (a) sebagai pemberontak kepada "imam-imam" mereka di zaman mereka iaitu Firaun, Muawiyah dan Yazid (laknat Allah atas mereka semua), ini agar manusia kembali kepada jahiliyah dan tidak ada yang tinggal pada Al-Quran itu melainkan tulisannya dan Islam hanya tinggal nama sahaja.

Dan dari sini dapatlah diketahui bahawa perjuangan menentang pemerintah yang zalim ini adalah perjuangan mempertahankan Islam, bahkan menjadi suatu kewajiban untuk orang muslim berjuang menentang taghut penzalim yang merampas negara-negara Islam serta menghapuskan tentera-tentera upahan mereka seterusnya menegakkan Kerajaan Ketuhanan yang Islami sekaligus melaksanakan segala yang disyariatkan Allah di dalam Al-Quran. Ini sebagaimana diseru oleh Rasul Allah (s) dan para Imam yang maksum dari Rasul Allah (s) mengenai negara dan penduduknya, dan untuk menyebarkan keadilan dan membasmi kerosakan.

Perjuangan bersenjata adalah suatu kemestian, dan bagi mempersiapkan umat ke arah ini, perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan:


i) Menyebarkan Doktrin Agama Di Kalangan Orang Beriman



Ini adalah sebuah tugas penting dan tanggungjawab setiap orang beriman, kerana ia merupakan permulaan kepada semua ibadah dan akan menentukan penerimaan sesuatu amalan. Urusan ini perlu dilaksanakan mengikut kadar kemampuan dan kefahaman masing-masing. Tugas seorang graduan universiti tidak sama dengan kewajipan orang yang buta huruf, sebagai contoh, seorang graduan universiti hendaklah mempelajari fiqh atau permasalahan fiqh dan sambil dibantu oleh pelajar-pelajar ilmu agama. Ini adalah tugas mereka sebagai pembimbing, dan seterusnya menjadi tugas beliau untuk menyebarkan fiqh tersebut di kalangan  orang-orang beriman.

Bagi yang tidak boleh membaca hendaklah belajar beberapa masalah fiqh di masjid atau dari sebahagian orang-orang mukmin dan kemudian menyebarkannya di kalangan orang-orang mukmin, dan jangan memandang rendah ilmu diri sendiri, malah jika kamu mengetahui walau satu sahaja permasalahan fiqh, maka sebarkanlah di kalangan orang-orang mukmin.

Ketahuilah bahawa dengan menyebarkan fiqh Islam dan membincangkannya dengan orang-orang mukmin berkenaan perundangan Islam serta hal ehwal umat Islam hari ini akan mendedahkan kezaliman taghut (penzalim) dan pembantu mereka yang berpura-pura Islam. Umat Islam akan mengetahui sejauh mana pemerintah zalim ini telah terkeluar daripada perundangan yang suci dan menghinanya, serta bagaimana mereka memerangi para Wali Allah, orang-orang rabbani dan orang-orang mukmin yang soleh.


ii) Amar Makruf Nahi Mungkar



Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, amalan ini adalah tugas keseluruhan masyarakat, yang merupakan kewajiban dalam Syariat Islam, dengannya kita akan mencapai redha Allah dan membongkar para taghut penzalim. Dan kita mesti memberi tumpuan kepada memperbaiki mereka yang telah tunduk kepada penzalim dan mengingatkan mereka kepada Al-Quran dan kisah para nabi (a) yang telah berjuang menentang taghut-taghut penzalim:

Dia (S) berfirman:

إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ

[Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi.] (Ghafir 40:51)

Dan firman Allah lagi:

كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ *  لا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْأِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

[Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan roh daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap-Nya. Mereka itulah hizbu Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbu Allah (parti Allah) itu adalah mereka yang beruntung.] (Quran 58:21-22)

Dan firman Allah lagi:

وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ * إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنْصُورُونَ  * وَإِنَّ جُنْدَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ

[Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, * (yaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. * Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang.] (Al-Mujadalah 37:171-173)

Orang yang dalam dirinya wujud sekelumit kebenaran akan mengambil peringatan dan kembali kepada Wilayah Allah serta tidak akan tunduk kepada perintah taghut penzalim, sebaliknya mereka akan bergabung dengan barisan orang-orang mukmin.

Adapun orang yang menyangka bahawa penyerahannya kepada taghut penzalim akan menyelamatkannya dan mengekalkan kehidupannya, janganlah memaksa mereka, kerana mereka menyangka bahawa hidupnya berada di tangan taghut penzalim bukannya di tangan Allah! Lalu dirinya dipengeruhi oleh ketakutan terhadap para taghut sehingga ia menjadi satu naluri semulajadi baginya.

Sementara para pembantu taghut penzalim, kebanyakan hati-hati mereka telah dihitamkan dan pandangan mereka mereka telah dibutakan, sehingga mereka melihat kemungkaran itu sebagai kebaikan dan kebaikan pula sebagai kemungkaran, tetapi ini tidak bermakna kita membiarkan mereka semua menjadi bahan bakar bagi neraka jahannam, kerana mungkin ada dari kalangan mereka yang boleh berubah dan kembali kepada Wilayah Allah.

Marilah kita sebagai orang yang beriman mengambil tauladan dari Al-Hussain (a), yang memberi nasihat kepada tentera Yazid bin Muawiyah (laknat Allah atas mereka semua) dan menyeru mereka kepada kebaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran, hasilnya ialah kembalinya panglima perang tentera Umaiyah, iaitu Al-Hurr bin Yazid Al-Riahi (r) kepada kebenaran, walaupun itu sahaja hasil daripada khutbah Abu Abdullah Al-Hussain (a), namun ia memadai.

Dan bagi orang-orang mukmin hendaklah berhati-hati dalam menasihatkan kumpulan yang sesat ini dan sesiapa yang terselamat dari bahaya mereka hendaklah menasihati mereka dan cuba untuk memperbaiki mereka.

Orang-orang beriman tidak boleh berputus asa untuk memperbaiki masyarakat Islam kerana mereka adalah Parti Allah dan tentera-tenteraNya serta Allah telah menulis untuk mereka kejayaan dan kemenangan. Allah (S) akan mengutus kepada mereka pemimpin Illahi, Al-Mahdi (a), Sang Pembaharu yang agung dan pelaksana kepada Syariat Allah di muka bumi. Dan telah sampai kata-kata dari Allah dan para rasul kepada para hamba mubalighNya iaitu Dia (S) menjanjikan kepada mereka dengan pertolongan. Matahari pasti terbit selepas keghaiban yang panjang dan penderitaan yang pahit ini, maka berkerjalah siang dan malam secara rahsia atau terang-terangan, dan ketahuilah bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang bekerja (beramal) untuk mewujudkan asas bagi Daulah Sahib Al-Zaman (a) adalah sangat besar.

Dari Abi Abdillah (a), beliau berkata: (Rasulullah (S) bersabda: Berita gembira kepada mereka yang bertemu dengan Al-Qaim dari keturunan ku dan mengikutinya sebelum kebangkitannya, yang mengikuti khalifahnya dan menafikan para musuhnya, menjadikan para Imam pemberi petunjuk sebelumnya sebagai tuannya, mereka adalah sahabat ku, menerima simpati ku dan kasih sayang ku serta paling pemurahj dari kalangan umat ku.) (Ghaibah Al-Thusi: halaman 457)

Dan dari Abi Abdillah (a), beliau berkata: (Rasulullah (S) bersabda kepada para sahabat baginda: “Akan datang sekumpulan manusia selepas kamu, seorang lelaki dari mereka akan mempunyai ganjaran 50 orang dari kamu." Maka mereka berkata: "Ya Rasul Allah, kami bersama mu di Badar, Uhud dan Hunayn, dan kami disebutkan di dalam Quran." Maka Rasul Allah menjawab: "Jika kamu hadapi apa yang mereka hadapi, kamu tidak akan mempunyai kesabaran mereka.") (Ghaibah Al-Thusi: halaman 457)

Dari Muhammad bin Abdul-Khaliq dan Abi Bashir, berkata: Abu Abdillah (a) berkata: (Wahai Aba Muhammad bahawa di sisi kami demi Allah ada rahsia daripada rahsia-rahsia Allah, dan ilmu dari ilmu Allah, demi Allah ia tidak dapat ditanggung oleh malaikat yang dekat mahupun nabi yang diutus, dan orang beriman yang hatinya telah diuji keimanannya, demi Allah… Allah tidak akan amanahkan seorangpun selain kami, tidak diperhambakan akannya seorang pun selain kami. Sesungguhnya di sisi kami ada rahsia daripada rahsia-rahsia Allah, dan ilmu dari ilmu Allah, Allah memerintahkan kami menyampaikannya, maka kami sampaikan dari Allah apa yang diperintahkan kepada kami untuk menyampaikannya, tidak terdapat tempat atau sesiapa pun yang dapat menanggungnya sehingga Allah menciptakan orang-orang yang dijadikan dari tanahnya Muhammad, keluarga dan keturunan baginda (a). Dan diciptakan dari cahaya Muhammad dan keturunannya (a), menciptakankan mereka dengan rahmatnya Muhammad dan keturunannya (a), maka kami sampaikan apa yang Allah mahu kami sampaikan, lalu mereka menerimanya dan memegangnya, dan apabila kami disebut, hati mereka cenderung untuk mengenal kami dan hadis kami. Kalaulah mereka tidak dijadikan dengan cara ini dan untuk tujuan itu, tidak demi Allah mereka tidak dapat memegangnya.

Kemudian dia berkata: Bahawa Allah menciptakan untuk neraka jahanam sebuah makhluk. dan Dia memerintahkan kami untuk menyampaikan kepada mereka, namun mereka menolaknya dan memulangkannya kepada kami kerana tidak mampu menanggungnya, dan mereka kafir terhadapnya serta berkata: "Kamu adalah ahli sihir dan pendusta". Maka Allah mengecap pada hati mereka dan membuatkan mereka lupa. Kemudian Allah menjadikan lidah mereka berkata-kata sebahagian dari kebenaran, dan mereka mengatakannya, namun hati mereka menolaknya. maka bahaya boleh dijauhkan dari orang-orang Rabbani dan orang-orang yang taat padaNya, jika tidak kerana itu, Allah tidak akan disembah di muka bumi ini. Dan Allah memerintahkan kamu untuk berundur dan menyembunyikan dari mereka, maka berundurlah dan sembunyikanlah dari orang yang Allah perintahkan.

Kemudian beliau mengangkat tangannya dan merayu sambil berkata: Ya Allah, Sesungguhnya mereka benar-benar golongan yang sedikit, maka jadikanlah kehidupan kami adalah kehidupan mereka dan kematian kami adalah kematian mereka, dan lindungilah mereka dari dikuasai oleh musuh Mu, kerana kami akan bersedih kerana mereka. Jika kami bersedih kerana mereka nescaya Engkau tidak akan disembah di bumi Mu, dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarganya dan salam pengiktirafan.) (Usul Al-Kafi: Jilid 1: halaman 405)


iii) Menyebarkan Konsep Revolusi Islam


Revolusi Islam adalah revolusi Muhammad bin Abdullah (S) serta orang-orang mukmin dan revolusi golongan tertindas (Mustadhafin) atas taghut penzalim di zamannya, seperti Abu Sufyan, Kisra dan Kaisar serta pembantu-pembantu mereka, dan revolusi ini tidak akan berakhir sehingga setiap orang di atas muka bumi ini mengatakan La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasul Allah (tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah), dan tertegaknya keadilan Ilahi di seluruh pelusuk dunia di tangan Mahdi umat ini (a).

Tiada seorang Muslim pun yang meragui bahawa revolusi Al-Hussain (a) adalah kesinambungan daripada revolusi Rasul Allah (s), di mana baginda bersabda di dalam sebuah hadis yang terkenal: (حسين مني - Hussain adalah dariku) [128].

Revolusi Al-Hussain (a) adalah Revolusi Hizbullah (Parti Allah) dan tenteraNya ke atas taghut penzalim dan partinya. Kebangkitan Al-Hussain (a) adalah kebangkitan Rasulullah (S) yang dimanifestasikan di dalam diri anaknya Al-Hussain (a), Penghulu Pemuda Syurga.

Kebangkitan Al-Hussain (a) tidak akan mencapai kemenangan di medan perang dan beliau menyedari perkara ini kerana jumlah orang yang bersamanya hanyalah tujuh puluh orang atau lebih sedikit. Bahkan Al-Hussain (a) keluar dengan janji datuknya Rasulullah (s), dan beliau tahu dirinya akan terbunuh bersama-sama sahabatnya dan anak-anaknya, termasuk bayinya dan wanita-wanita ditawan dan di dalamnya ada Zainab binti Fatimah binti Rasulullah (S).

Revolusi Al-Hussain (a) bertujuan untuk menghidupkan semula Revolusi Islam Muhammad dan sifatnya yang berbentuk pembaharuan, sedangkan orang-orang Umaiyah hanya mahu mengubahnya menjadi kebangkitan ketenteraan semata-mata bagi penubuhan sebuah kerajaan (empayar) Arab atas nama Islam. Maka kedatangan kebangkitan Al-Hussain (a) adalah untuk mengatakan kepada seluruh manusia pada setiap tempat dan setiap zaman bahawa Islam tidak bertujuan untuk mewujudkan sebuah empayar (kerajaan) Arab atau empayar Islam.

Matlamat Islam adalah supaya semua orang-orang yang ada di muka bumi mengatakan: La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasul Allah.

Matlamat Islam adalah untuk mewujudkan keadilan Ilahi di muka bumi.

Revolusi Al-Hussain (a) datang sebagai tanda terputusnya hubungan antara Allah (S), Rasul-Nya (s)  dan para pemerintah yang menguasai umat ini, yang telah menjauhkan para Khalifah Allah di bumiNya iaitu dua belas orang Imam (a) dari pemerintahan.

Apa yang berlaku di Karbala pada sepuluh Muharram tahun enam puluh satu Hijrah mengesahkan bahawa umat Islam telah kembali ke Zaman Jahiliyah selepas kewafatan Nabi (s), dan aspek kemurtadan yang paling jelas adalah pembunuhan Al-Hussain bin Ali (a), dan kepalanya dijulang dengan tombak, serta pemenjaraan Wasi Keempat dari para Wasi Muhammad (s) iaitu Ali bin Al-Hussain (a) yang telah diseret ke Syam sambil dibelenggu  besi. Maka apa yang telah dilakukan oleh umat ini terhadap para Wasi Nabi mereka (s) adalah sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Bani Israel terhadap nabi-nabi mereka (a), bahkan lebih dahsyat lagi.

Apa yang berlaku di Karbala adalah suatu kejadian terkutuk atas generasi umat Islam pada masa lalu, yang telah merelakan pembunuhan Al-Hussain (a), namun dalam masa yang sama ia adalah rahmat bagi generasi umat ini yang datang selepas pembunuhan Al-Hussain (a), di mana semangat revolusi Islam telah menembusi jauh ke dalam diri atau jiwa kebanyakan manusia seperti yang telah diatur oleh Allah (S) serta dilaksanakan oleh Muhammad (s) dan keluarga baginda (a) selepas itu.

Hari ini kita menerima hakikat ini: bahawa tiada Hari Asyura tanpa kedengaran tangisan kuat di setiap tempat di dunia di mana wujudnya orang-orang beriman.

Al-Hussain (a) telah mengorbankan segala-galanya untuk menjadikan dirinya sebagai jalan yang jelas kepada Allah (S) dan jalan keluar dari belantara kesesatan yang telah menimpa umat ini serta menjadi asas yang kuat sebagai rujukan untuk setiap Muslim, supaya mengangkat pedangnya untuk berhadapan dengan taghut penzalim yang sedang memerintah, yang mengembalikan umat ini ke zaman Jahiliyah. Revolusi Al-Hussain (a) adalah revolusi Muhammad, revolusi Islam dan revolusi tulen yang matlamatnya adalah memperbaiki jati diri anak-anak umat ini dan mewujudkan generasi yang berkelayakan untuk membawa Risalah Ketuhanan. Generasi Rabbani yang mengabdi kepada Allah, tidak menerima melainkan Al-Quran sebagai perlembagaan dan hanya menerima orang-orang Maksum yang dilantik oleh Allah atau sesiapa yang mewakili mereka sebagai pemerintah. Jika kesyahidan Al-Hussain (a) adalah urusan yang besar, maka matlamatnya di sebalik kewafatannya adalah lebih agung,  iaitu untuk menegakkan sebuah Daulah Agung ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’ di atas muka bumi, Negara Keadilan Ilahi yang dipimpin oleh Ibnu Al-Hassan, Imam Al-Mahdi yang dinantikan ( عجل الله فرجه الشريف - Semoga Allah menyegerakan kelapangnya yang mulia.)


iv) Mewujudkan Persediaan Untuk Perjuangan


Jika orang-orang Islam memahami agama mereka, mula menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, serta mengenggam matlamat Revolusi Islam, iaitu menjunjung kalimah Tiada Tuhan Selain Allah dan menegakkan keadilan Ilahi kepada penghuni muka bumi, maka kita telah mempersiapkan sebuah generasi yang bersedia untuk berjuang menghadapi taghut penzalim. Maka tibalah masa untuk peringkat keempat iaitu bersiap sedia untuk perjuangan jasmani dan melengkapkan perlengkapan walaupun hanya sebilah pisau kecil atau sekeping besi, dan janganlah memandang rendah senjata kecil tersebut kerana para sahabat Rasulullah (s) menolong baginda dengan pelepah tamar untuk menentang pedang-pedang kaum musyrikin Quraisy.

Dan ketahuilah bahawa Allah bersama kamu dan Dia meneguhkan kamu serta menolong kamu melalui malaikatNya jika kamu ikhlas kepada-Nya SWT, sebagaimana syaitan teguh bersama tentera taghut penzalim yang diprovokasi oleh syaitan dan dia akan berputus asa apabila kedua-dua pasukan bertembung dan tenteranya akan dikalahkan serta berundur. Allah SWT berfirman:

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

[Dan berkatalah syaitan tatkala perkaranya telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.] (Ibrahim 14:22)

Dengan peringkat-peringkat yang disebutkan di atas, maka tentera Al-Mahdi telah dipersiapkan untuk perjuangan psikologi dan fizikal. Hendaklah setiap orang beriman menetapkan hatinya bahawa dirinya bersama Allah (S), entiti paling berkuasa di langit dan bumi, agar dirinya tidak berasa takut terhadap penzalim dan tentera-tenteranya, walau seramai mana bilangan mereka dan apa sahaja perlengkapan mereka:

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً

[..karena sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.] (Al-Nisa’ 4:76.).

Dan kemudian Allah (S) akan memberikan kelapangan terhadap umat ini dan mengutuskan pemimpin rabbani Al-Mahdi (a), yang akan membawa umat ini keluar dari belantara kesesatan menuju tanah suci, insyaAllah.

Al-Mahdi (a) adalah Muhammad bin Al-Hassan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Hussain bin Ali bin Abi Talib (a), dan beliau adalah keturunan Ali (a) dan Fatimah (a), anak perempuan Muhammad Rasulullah (s).

Dan kaum Muslim bersetuju bahawa beliau akan muncul di akhir zaman, hadis yang menyebutkan tentangnya adalah mutawatir, dan sesiapa yang menafikan beliau telah kafir terhadap apa yang dibawa oleh Muhammad (s), seperti yang disebutkan di dalam hadis baginda.

Kelahirannya (a) adalah pada tahun 255 H, lima tahun sebelum syahidnya Imam Al-‘Askari, dan ibunya adalah cucu kepada seorang Kaisar, raja Rom yang hubungan nasab keturunannya berkait dengan salah seorang Hawariyin Isa (a). Ramai orang mukmin yang telah melihatnya semasa kehidupan ayahnya, Imam Al-‘Askari (a) dan selepas beliau mengambil alih jawatan Imamah, beliau berhubungan dengan empat orang wakil ketika zaman Keghaiban Kecil selama lebih daripada tujuh puluh tahun, kemudian dengan kehendak Allah, berlaku pula Keghaiban Besar, dan beliau (a) akan kekal hidup sehinggalah tiba waktunya beliau memenuhi bumi dengan kemakmuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.

Dan ia telah disebut di dalam Taurat dan Injil dan dengan panggilan Hari-hari Yang Tua – Qadim Al-Aiyam, kerana umurnya (a) yang panjang. Dan pada zaman kebangkitannya Isa (a) akan turun dari langit sebagai wazirnya dan sebagai penyokong kebenarannya (a).

Kebangkitan beliau (a) adalah di Mekah, beliau akan bertemu para sahabatnya di sana. Bilangan mereka adalah seramai 313 orang, bilangan yang sama dengan ahli Badar dan anggota tentera Thalut yang melintasi sungai bersamanya. Kemudian berduyun-duyun orang-orang mukmin yang ikhlas akan pergi ke Mekah dari seluruh negara umat Islam sehingga bilangan mereka mencapai 10,000 orang, mereka adalah tenteranya (a) yang pertama. Apabila mereka keluar dari Mekah untuk melawan para penzalim, Allah akan menenggelamkan bumi antara Mekah dan Madinah yang menyebabkan Tentera Sufyani jatuh ke dalamnya kerana cuba menghapuskan pergerakkan Al Mahdi (a). Selepas kejadian ini, beliau akan membersihkan bumi Islam dari penzalim dan hamba-hamba mereka yang berkumpul di sekeliling mereka, serta  akan menghapuskan Sufyani dan bala tenteranya yang kotor itu, lalu membebaskan tanah suci. Akhirnya manusia akan berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah.

Tetapi ujian-ujian pada zaman kezuhuran beliau (a) sangat banyak, termasuklah Dajjal dan tentera-tentera Barat. Namun Allah (S) akan menolong WaliNya, Al-Mahdi (a) dan tentera-tentera Allah yang bersamanya  akan mengalahkan musuh-musuh mereka, lalu dimenangkan agama Ilahi ke atas segala agama, walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik, seperti yang dijanjikan oleh Allah (S) di dalam Al-Quran Al-Karim.

Di antara tanda-tanda hampir kemunculannya adalah langit tidak akan menurunkan hujan, panas yang bersangatan, orang-orang Syiah berselisih, berlaku kematian para fuqaha dan kebanyakan mereka terbunuh di Najaf, sekatan ekonomi ke atas Iraq seperti yang dinyatakan hampir tidak terkumpul di Iraq satu qafiz (sukatan) mahupun satu dirham. Dan orang-orang Iraq akan dihalang dari mengerjakan haji, dan yang menghalang mereka adalah orang-orang Rom (Barat) seperti yang diriwayatkan dari Al-Sadiq (a), dalam ucapannya kepada sebahagian penduduk Iraq: (... di mana kamu dihalang mengerjakan haji, buah-buahan berkurangan, negara mengalami kemarau dan akan terjadi harga barang yang tinggi serta ketidakadilan penguasa, akan muncul ke atas kamu kezaliman dan keganasan, wabak penyakit, kebuluran dan ujian akan menimpa kamu dari segala penjuru...)

Masjid-masjid akan dihiasi dan Quran pula menjadi perhiasan, jamuan makan di adakan di masjid-masjid, dan setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, dan sehari seperti sejam. Akan berlaku pembunuhan empat ribu umat Islam di masjid Kufah pada hari Jumaat, mereka dibunuh oleh pemerintah Iraq, dan perobohan dinding Masjid Kufah, perselisihan di kalangan pemerintah Iraq. Perselisihan ini adalah tanda-tanda permulaan keruntuhan pemerintahan mereka dan orang menjadi tamak ke atas mereka. Kemunculan komet bintang bercahaya seperti lenturan bulan bersinar sehingga ekor-ekornya hampir bertemu hujungnya, dan seruan dari langit pada 23 haribulan Ramadan dan kemunculan Sufyani di Syam (Syria-Jordan) yang akan menceroboh Syria dan sebahagian Palestin, dan sebelumnya terdapat perselisihan ke atas pemerintahan di Syam (Syria) dan Sufyani akan masuk ke Iraq dan membunuh pemerintah Iraq. Akan berlaku gerhana bulan dalam lima hari terakhir bulan Ramadhan dan gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan kedua-duanya akan berlaku dalam satu bulan.

Banjir akan melanda Kufah pada tahun kebangkitan beliau (a) dan hujan akan turun 24 kali dan keberkatan di negeri itu akan terlihat pada tahun kebangkitannya. Kurma-kurma di pohon akan rosak dan telah diriwayatkan bahawa buah-buahan di pohon akan terjejas dan keluarnya api di Hijaz. Munculnya api di langit serta langit akan kelihatan kemerahan dan matahari berhenti beredar pada waktu zawal (tengah hari). Baghdad akan musnah di dalam peperangan dan fitnah serta kemusnahan Basrah. Orang ramai akan menyebut-nyebut kemunculannya, dan kemunculannya pada tahun yang ganjil, terbunuhnya jiwa suci (Nafs Al-Zakiah) yang disembelih di antara rukun dan maqam. Selepas atau kurang dari 15 hari selepas tanda ini, Al Qaim akan bangkit.

Selepas kebangkitan beliau akan terdapat tanda-tanda yang mengesahkannya kemunculannya iaitu tenggelamnya tentera Sufyani di Al-Baida, kawasan antara Mekah dan Madinah. Kemungkinan seruan yang selepas kemunculannya adalah bagi menunjukkan haknya, apatah lagi apabila penyerunya adalah Jibril (a).

Itulah sebahagian hadis yang disebut dari mereka (a), dan Allah lebih mengetahui. Tidaklah kami diberi ilmu kecuali sedikit dan kami memohon kepada Allah untuk menambahnya.

والسلام على حجة الله في أرضه ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam atas hujah Allah di bumiNya dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

والسلام على المؤمنين والمؤمنات ورحمة الله وبركاته
Dan Salam atas mukminin juga mukminah dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ * رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

[Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (syahid).".  "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami menyimpang, sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)] (Aal-Imran 3: 53 dan 8.).
          
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالْأِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ * التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

[Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itulah janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang berziarah, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.] (Al-Taubah 9:111-112)

Yang Berdosa lagi serba kekurangan,
                               
Ahmad

1420. H

والحمد لله رب العالمين  
Dan puji-pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian alam


-------------------------

1 Merujuk kepada ayat: [Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin.] [Al-Taubah 9:33]
2 Dari Abi Nadhrah, berkata: "Kami berada di sisi Jabir bin Abdullah, beliau berkata: (Akan terjadi pada penduduk Iraq, hampir tidak terkumpul satu qafiz (sukatan) mahupun satu dirham.) Al-Umdah oleh Ibn Al-Bathriq: halaman 424, Bihar Al-Anwar: Jilid 51: halaman 91, Sahih Muslim: Jilid 8: halaman 184 .
3 Amali Al-Mufid:. halaman 64, Bihar Al-Anwar: Jilid 47: halaman 122.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...