Friday, August 18, 2017

Jalan Keluar Dari Belantara Kesesatan: Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran

๐Ÿ•‹Jalan Keluar Dari Belantara Kesesatan: Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran

 

Dan adalah menjadi salah satu kewaijipan bagi umat Islam secara keseluruhannya bagi pencari ilmu-ilmu agama dan doktor, petani, jurutera, dan semua orang di dalam kalangan umat islam bertanggungjawab untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Rasulullah (s) telah memberi amaran kepada umat ini supaya jangan meninggalkannya kerana Allah menguasakan atasnya kejelekannya kemudian mereka berdoa tetapi doa mereka tidak dikabulkan[1], dan adakah tidak benar terdapat para penguasa taghut penzalim atas umat manusia pada hari ini?! Maka kembalilah kepada Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran, dan janganlah takut kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah, dan biarkanlah suara lantang ini didengari buat mereka yang ingkar. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita dan menjauhkan kita dari kezaliman (bala) tersebut, Allah berfirman:
 
ูˆَู„ْุชَูƒُู†ْ ู…ِู†ْูƒُู…ْ ุฃُู…َّุฉٌ ูŠَุฏْุนُูˆู†َ ุฅِู„َู‰ ุงู„ْุฎَูŠْุฑِ ูˆَูŠَุฃْู…ُุฑُูˆู†َ ุจِุงู„ْู…َุนْุฑُูˆูِ ูˆَูŠَู†ْู‡َูˆْู†َ ุนَู†ِ ุงู„ْู…ُู†ْูƒَุฑِ ูˆَุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْู…ُูْู„ِุญُูˆู†َ
 
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Quran Al-Imran 3:104)
 
Dan telah diriwayatkan daripada mereka (a): Bahawa menyeru kepada Kebaikan dan menyuruh berbuat makruf (kebajikan) menegakkan segala yang fardhu, mendamaikan mazhab-mazhab,  menghalalkan usaha-usaha sara hidup,  mencegah ketidakadilan, memakmurkan tanah (bumi) dan menuntut keadilan bagi yang tertindas dari penindas, dan manusia senantiasa dalam keadaan baik selama mereka  menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kemungkaran dan bantu membantu dalam kebajikan, kerana jika mereka tidak berbuat demikian, segala nikmat yang mereka beroleh akan diangkat (dicabut) dari mereka. Mereka akan saling memusuhi diantara satu sama lain sehingga tiada apa pun yang boleh memberikan pertolongan baik di dunia dan di akhirat.[2]
 
Nabi (s) bersabda: “Bagaimana kamu jika isteri-isteri kamu rosak (akhlak), pemuda-pemuda kamu fasiq dan mereka tidak menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.” Maka dikatakan kepada baginda, “Akan terjadi seperit itu, Ya Rasulullah?” Baginda (s) bersabda: “Ya”, lalu baginda mengatakan, “Bagaimana keadaan kamu jika kamu menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kebaikan?” maka dikatakan kepada baginda, “Ya Rasulullah bagaimana ini boleh terjadi?” Lalu baginda (s) bersabda: “Ya itulah kejahatan, bagaimana keadaan kamu nanti, jika kamu melihat kemungkaran itu kebaikan dan kebaikan itu kemungkaran.” (Al-Kafi: Jilid 5: halaman 59, tune Tahzhib Al-Ahkam: Jilid 6: halaman 177, Wasail Al-Syiah (Keluarga Al-Bait): Jilid 16: halaman 122.)

Oleh itu, wahai semua orang mukmin, baik lelaki dan wanita, pada hari ini hendaklah kamu semua menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan bekerjalah kamu semua, siang dan malam, untuk memperbaiki semula diri kamu setelah sekian lama kamu melihat sesuatu yang buruk itu sebagai perkara kebaikan dan melihat perkara kebaikan sebagai perkara keburukan, segala pujian hanyalah untuk Allah semata-mata.

๐Ÿ”ฏ๐Ÿ”ฏ๐Ÿ”ฏ

[1] Riwayat Al-Thabrani: (dari Abu Hurairah katanya: Rasulullah (S) bersabda: Hendaklah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau Allah akan menguasakan kejelekan atas kamu kemudian mereka berdoa untuk kebaikan-kebaikan kamu tetapi tidak dikabulkan doa mereka untuk kamu) Al-Mu3jam Al-Ausath: Jilid 2: halaman 99.
[2] Riwayat Al-Syeikh Al-Thusi dalam Al-Tahzhib: Dari Al-Nabi (s) baginda bersabda: (Manusia senantiasa dalam keadaan baik selama mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kemungkaran dan bantu membantu dalam kebajikan dan bertakwa. Jika kalian tidak berbuat demikian akan diangkat (dicabut) dari mereka keberkatan dan akan dikasari sebahagian kepada sebahagian yang lain dan mereka tidak mempunyai penolong di bumi dan di langit.) Al-Tahzhib Al-Ahkam: Jilid 6: halaman 181.
 
Dan juga Riwayat Al-Kulaini dari Abi Ja'far (a), beliau berkata: (Akan terjadi pada akhir zaman suatu kaum yang mengikut mereka orang-orang yang gila yang membaca-baca dan orang-orang yang bertapa terjadi pada orang-orang bodoh, mereka tidak mewajibkan pada seseorang untuk menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kemungkaran kecuali memperoleh kerosakan untuk mencari keringanan dan alasan diri mereka mengikuti ulamak sesat yang merosakkan amalan mereka, mereka meneruskan solat dan puasa dan tidak berbicara pada dirinya dan tiada pula harta, walaupun merosakkan semua solat yang lain, apa yang mereka lakukan dengan harta dan tubuh mereka untuk mereka menolak seperti mana mereka menolak ibadah-ibadah fardhu yang lebih tinggi dan lebih mulia, hendaklah menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajipan yang besar yang dengannya tertegak ibadah-ibadah fardhu. Di sana terdapat murka Allah AWJ ke atas mereka lalu meratakan mereka dengan hukuman yang membinasakan orang-orang yang baik-baik (yang soleh) dalam Dar Al-Fujjar (Neraka untuk orang jahat) dan yang mempunyai (dosa-dosa) kecil dalam Dar Al-Kibar (Neraka untuk dosa-dosa besar), Sesungguhnya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran, adalah jalan para nabi dan manhaj (pendekatan) orang-orang yang soleh adalah kewajipan yang besar yang dengannya tertegak ibadah-ibadah fardhu dan dan mendamaikan mazhab-mazhab dan menghalalkan usaha-usaha sara hidup dan mencegah ketidakadilan dan memakmurkan tanah (bumi), menuntut keadilan bagi musuh-musuh dan meluruskan seruan keingkaran mereka dengan hati-hati kamu dan menjaga lidah-lidah kamu, dan dengannya menutup dahi-dahi (muka) mereka, tidak takut selain Allah walaupun celaan orang yang mencela, Maka hendaklah mereka mengambil iktibar dan kembali kepada kebenaran kerana tidak ada cara lain untuk mereka
 
(Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.) [Al-Syuraa 42:42]
 
Dengan itu berjihadlah terhadap mereka dengan badan diri kamu dan membenci mereka dengan hati-hati kamu, bukan orang yang mencari kuasa, bukan orang yang meraih kekayaan, bukan orang yang inginkan kemenangan atas kezaliman sehingga mereka tunduk kepada Allah  dan terus mentaatiNya. Beliau berkata: Allah AWJ mewahyukan kepada Nabi Syu3aib (a): Aku akan mengazab kaum engkau selama 140.060 tahun dari kejahatan mereka dan atas pilihan mereka, lalu beliau (a) berkata: Ya Tuhan, mereka itu orang-orang jahat bagaimana pula dengan orang-orang yang baik? Maka Allah AWJ mewahyukan kepadanya: Untuk memperdaya orang-orang jahat dan orang-orang yang tidak membenci dengan kemurkaanKu) Al-Kafi: Jilid 5: halaman 55.
 

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...