Friday, August 18, 2017

Jalan Keluar Dari Belantara Kesesatan: Taqiyah


Kita semua mengamalkan taqiyah dalam kehidupan harian kita. Manusia mempunyai sifat semulajadi (tabiei) untuk mengelakkan sebarang bahaya pada jasmaninya (fizikal), bahkan haiwan yang tidak boleh berbicara juga berbuat demikian. Walaubagaimanapun, kita perlu menghadkan taqiyah ini berdasarkan undang-undang Islam, memandangkan taqiyah di dalam Islam adalah salah satu dari ibadah penting yang mesti dilaksanakan oleh orang-orang mukmin dengan sempurna dan betul. Meninggalkan taqiyah ketika diperlukan adalah haram begitu jug ajika kita beramal dengannya bukan pada tempatnya. Ini kerana pengamalan bukan pada tempatnya akan membawa seorang mukmin itu ke arah kerosakan.

Ramai orang beriman yang bertaqiyah secara berlebihan dan sebahagiannya pula tidak mengambil endah langsung untuk bertaqiyah. Riwayat daripada para Imam (a) mengingatkan para mukminin untuk tidak berlebihan dalam bertaqiyah dan dalam masa yang sama tidak pula mengabaikan taqiyah sebagaimana diriwayatkan dari Imam Al-Sadiq (a):
 
ودين آبائي التقية ديني
 
[Taqiyah adalah agamaku dan agama bapa-bapaku.] (Al-Mahasan: Jilid 1: halaman 255, Da’aim Al-Islam: Jilid 1: halaman 110)




Dan dari beliau (a):
 
من لا تقية له لا دين له
(Sesiapa yang tidak bertaqiyah tiada agama baginya.) (Awali Al-Aali: Jilid 1: halaman 432, Aawail Al-Muqalaat: halaman 216)

Beliau (a) juga bersabda:
 
إنكم لو دعيتم لتنصرونا لكانت التقية أحب إليكم من آبائكم 
 
(Sesungguhnya jika kamu diseru untuk membantu kami, taqiyah akan lebih kamu cintai daripada bapa kamu sendiri)[1]

Walaupun Imam Al-Sadiq (a) menegaskan tentang taqiyah dan beramal pada tempatnya, beliau turut menyebutkan tentang sebahagian orang yang gagal mendukung Keluarga Muhammad (a) dengan alasan taqiyah, khususnya di zaman kemunculan Imam Mahdi (a)!
 
Jadi taqiyah bukanlah bermakna meninggalkan perjuangan di jalan Allah, tetapi ia bermaksud agar kita bekerja dengan berhati-hati, sebagai contoh: Jika kamu mahu untuk membunuh ular berbisa (beracun), kamu perlu mendekatinya secara senyap untuk memukul kepalanya, namun jika kita membuat banyak bunyi ini akan menyedarkan ular itu dan mungkin ia akan mula menyerang kamu.
 
Dari Abi Ja'far (a) dalam Shahih Al-Hazhaa: [Demi Allah, aku lebih suka sahabat-sahabatku pada kewarakan mereka, kefaqihan mereka dan mereka banyak menyimpan hadis-hadis kami...] (Al-Kafi: Jilid 2: halaman 223.)
 
Menyimpan hadis Ahlulbayt dari mereka yang mengimani kepimpinan Keluarga Muhammad (a), yang menentang terhadap mereka dan terkeluar dari wilayah mereka (a).



[1] Dari Abi Hamzah Al-Tsimali, beliau berkata, Abu Abdillah (a) berkata: (Bumi tidak akan kekal kecuali terdapat padanya seorang ‘alim dari kami yang mengenali Haq dari yang Batil, beliau berkata: Namun taqiyah diadakan demi untuk melindungi darah dengannya, maka jika telah tumpah darah maka tidak ada lagi taqiyah. Demi Allah, jika kamu diseru untuk menyokong kami, taqiyah akan lebih kamu cintai daripada bapa dan ibu kamu sendiri, dan jika Qa'im (a) bangkit, dia tidak perlu bertanya kepada kamu tentangnya...) Tahzhib Al-Ahkam: Jilid 6: halaman 172.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...