Friday, August 18, 2017

Jalan Keluar Dari Belantara Kesesatan: Khumus Dan Zakat


Telah disebutkan dalam banyak riwayat tentang sesiapa yang mengelak untuk membayar zakat adalah bukan dari kalangan orang-orang yang beriman, Al-Baqir (a) berkata: (Sesungguhnya keadaan yang paling teruk ketika manusia berada di Hari Kebangkitan adalah ketikamana Sang Pemilik Urusan Khums meminta untuk haknya (khums))[1]], Imam Al-Asr (Ajala Allahu Farajahu Al-Syarif (aj) Semoga Allah percepat kelapangannya yang mulia) berkata: (Sesiapa yang makan sesuatu dari harta kami di dalam perutnya ada api neraka, dan kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka Sair).) (Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni’mah: halaman 521, dan Wasail Al-Syiah, Jilid 9, halaman 541)
 
Dan pembayaran Khums dan Zakat ianya adalah kebaikan dunia dan akhirat dan mendapat keberkatan serta akan menambah harta kekayaan, Dia SWT berfirman:
 
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ *  لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ
 
[Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.] (Quran Fathir 35:29-30)

Dan perkara paling penting yang kalian semua perlu tahu adalah barangsiapa yang tidak membelanjakan wangnya di jalan Allah, tidak meluangkan dirinya sendiri untuk Allah, juga tidak membayar Khums dan Zakat maka mereka itu tidak akan sama-sama berjuang bersama Sang Imam, Imam Al-Hujjah, bahkan bukanlah mustahil untuk mereka berperang menentang Imam (a) kerana kepentingan mereka bercanggah dengan keadilan Imam (a) berbanding dengan kepentingan diri mereka sendiri, dan mereka tidak dapat melihat dengan adil bahawa semua harta itu adalah milik Allah kerana Dia Pemilik segala sesuatu. Walau bagaimanapun, Dia masih memberikan kamu empat per lima, menjadikan kamu empunya sah bagi bahagian tersebut. Diwajibkan ke atas kamu untuk membayar Khums dan Zakat sebagai tanda untuk menyatakan ketaatan kepada-Nya, sebagai tanda mengasihi-Nya, serta rasul-Nya (S) dan keturunannya (a), bukanlah kerana Allah memerlukan wang ini, kerana kamu menafkahkannya kepada faqir miskin ketika kamu membayarnya (Khums dan Zakat).

Sebagai contoh perumpaan: Seorang pemilik ladang yang telah menyerahkan ladangnya kepada pekerjanya sambil berkata, "Usahakanlah ladang ini, dan ambillah 4 per 5 (empat per lima) daripada hasilnya, manakala selebihnya bahagian ke-5 (lima) itu hendaklah diserahkan kepada faqir miskin, agar mereka itu tidak kelaparan atau tanpa sebarang perlindungan." Maka, pekerja ladang tersebut telah menjadi tamak dan turut mengambil bahagian ke-5 (lima) tersebut, adakah kamu semua pernah melihat sekiranya terdapat ada yang lebih bermurah hati daripada pemilik ladang tersebut? Dan adakah yang lebih kejam daripada pekerja ladangnya itu? Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.



 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.



[1] Al-Kafi: Jilid 1: halaman 547, Man La Yahdhuruh Al-Faqih: Jilid 2: halaman 43.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...