Friday, August 18, 2017

Jalan Keluar Dari Belantara Kesesatan: Sabar



يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ * وَلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ * وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
 
[Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan. * Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. * Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.] (Luqman 31:17-19)




Dan Abi Abdillah (a): Rasulullah (S) bersabda: (Allah tidak berhajat kepada sesiapa yang tidak manfaatkan hartanya dan tubuhnya.) (Al-Kafi: Jilid 2: halaman 256, Bihar Al-Anwar: Jilid 64: halaman  215)
 
Dan dari Rasul Allah (s)
 
وعن رسول الله (ص) عندما سئل من أشد الناس بلاءً في الدنيا؟ فقال: (النبيون ثم الأمثل فالأمثل، ويبتلى المؤمن بعد على قدر أيمانه وحسن أعماله، فمن صح أيمانه وحسن عمله اشتد بلاؤه، ومن سخف إيمانه وضعف عمله قل بلاؤه)




(Apabila Rasulullah (s) ditanya siapakah yang paling berat diuji di dunia ini: Baginda (s) bersabda: Para Nabi, kemudian mereka yang setaraf dengan mereka, kemudian orang yang beriman mengikut kadar iman dan amalan kebaikan mereka.  Sesiapa yang mempunyai keimanan yang sebenar dan banyak amalan kebaikan mereka maka lebih berat ujian yang mereka terima dan sesiapa yang lemah imannya dan sedikit amalan kebaikan maka ringanlah ujian yang diterima.) (Al-Kafi: Jilid 2: halaman  252, Wasail Al-Syiah (Keluarga Al-Bait): : Jilid 3: halaman  261.)
 
Amirul Mukminin (a) berkata:
 
لو أحبني جبل لتهافت




[Jika sebuah gunung mencintai aku, ia akan runtuh.] (Nahj Al-Balaghah dengan syarah Mohammad Abduh: Jilid 4: halaman  26, Bihar Al-Anwar: Jilid 34: halaman  284.)
 
Beliau (a) juga berkata:
 
من أحبنا أهل البيت فليستعد للبلاء جلباباً

[Sesiapa yang mencintai kami Ahlulbayt maka bersedialah menjadikan kesukaran itu pakaiannya.] (Nahj Al-Balaghah dengan syarah Mohammad Abduh: Jilid 4: halaman 26.)

Bagi seorang yang beriman yang sedang diuji dengan kesukaran maka hendaklah dia bersabar kerana kesabaran itu adalah senjata yang ampuh untuk menghadapi setiap ujian.



Dan kesabaran kerana Allah SWT adalah antara satu bentuk ibadah yang terbesar dan mempunyai banyak bentuk antaranya: kesabaran dalam beribadah, kesabaran apabila mengelak dari berbuat dosa, kesabaran dalam menghadapi musibah. Dan satu dari tahap kesabaran yang tertinggi ialah menanggung kesusahan dan ujian sepertimana yang dihadapi oleh orang beriman yang ikhlas dalam ketaatan kepada Allah SWT; apabila beliau perlu berhadapan dengan kebatilan penzalim serta kejahilannya dan kemewahannya, maka hendaklah bersabar wahai orang yang beriman dengan malapetaka yang kamu hadapi dari penzalim dan orang suruhan mereka yang tidak berakal lagi bodoh. Hendaklah kamu berpegang teguh dengan agama kamu dan bersabar dengan kesukaran kehidupan dan jangan letakkan diri kamu dalam keadaan kebinasaan kerana ketika saat kematian nanti, seseorang itu akan sedar bahawa kehidupan ini hanyalah satu detik yang singkat dan dia seolah-olah baru sahaja berkenalan dengan mereka yang berada di dalamnya.

Dan ketahuilah dunia yang memisahkan kamu dari Muhanmmad bin Abdullah (S) adalah dunia yang tiada kebaikan di dalamnya, maka hendaklah kamu bekerja untuk memperbaiki agama kamu supaya dunia dan akhirat yang kamu bangunkan adalah didalam wilayah Rasulullah (s): [Akan datang suatu masa apabila tiada orang yang beragama melainkan beliau akan lari dari daratan ke satu daratan dan dari satu tempat sunyi ke satu tempat sunyi yang lain sebagaimana seekor musang dan anak-anaknya." Mereka bertanya lagi: "Bilakah akan datang masa itu wahai Rasulullah?" Baginda (s) bersabda, "Jika pendapatan didapati dengan perkara yang dilarang Allah (s) dan pada masa itu hidup membujang adalah perkara biasa". Kata mereka lagi: "Kamu menyuruh kami untuk berkahwin!" Baginda (s) menjawab: "Ya tetapi pada ketika itu kebinasaan seseorang adalah akibat dari kedua orang tuanya dan sekiranya dia tiada kedua orang tuanya, kebinasaan hidupnya adalah di tangan isteri dan anaknya dan sekiranya dia tiada anak dan isteri, maka kebinasaan beliau adalah di tangan saudara terdekat dan jirannya." Mereka bertanya lagi: Bagaimana itu boleh berlaku ya Rasulullah (s)?" Jawab Baginda (s): "Mereka mengganggunya dengan kesempitan hidup dan mereka meminta beliau perkara di luar kemampuannya dan menyebabkan beliau binasa.] (Mustadrak Al-Wasail: Jilid 11: halaman 388, Syarah Ibn Abi Al-Hadid: Jilid 10: halaman  37.)
 
Wahai saudara yang dikasihi, bersabarlah dengan kesukaran dan terimalah apa saja yang halal walaupun sedikit dan elakkanlah daripada berlumba-lumba mengejar dunia dan janganlah bermanis muka dengan penzalim dan konco-konconya, kerana khabar gembira untuk Keluarga Muhammad (a) dan untuk kamu hampir tiba, jika dimahukan Allah. Setiap kesukaran akan datang kesenangan, ingatlah, sesungguhnya setiap kesukaran akan datang kesenangan. Sabda Rasulullah (s): [Janganlah kamu tergoda dengan kesenangan sementara dan tertipu dengan angan-angan, lalu kamu terpedaya dengannya maka kamu terus tinggal di dalam kejahatan sehingga kamu tidak dapat keluar darinya. Tidak ada yang tertinggal dari dunia kamu ini melainkan seperti penunggang yang berhenti lalu berlalu pergi atau seperti pemerah susu yang dapat memerah susu untuk seketika. Jadi apakah kamu masih mahu berdamping dan menunggu untuk dunia ini? Demi Allah apa yang kamu mahu dari dunia ini tidak akan memuaskan kamu, namun apa yang ada di akhirat adalah kekal berpanjangan. Maka bersedialah untuk perpindahan tersebut, persiapkanlah bekalan untuk perjalanan yang semakin hampir dan ketahuilah bahawa setiap manusia akan mendapat apa yang mereka usahakan dan mereka akan menyesali perkara yang mereka tinggalkan.] (Bihar Al-Anwar: Jilid 74: halaman 183, Nahj Al-Sa3adah: Jilid 7: halaman  61)
                                   
Ketahuilah apa yang tinggal di dunia ini tidak berbaloi untuk disebut kerana mungkin Imam Al-Mahdi (a) akan muncul pada bila-bila masa. Adakah kita cuai dengan mengejar dunia ini dan cuai terhadap apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kita?
 
Abu Dzar ditanya: "Mengapa kita benci kematian?" Lalu beliau (r) menjawab: "Ini adalah kerana kamu membina dunia dan merosak akhirat, dan seseorang itu tidak suka untuk berpindah dari tempat yang selesa ke tempat yang sesak."[1]
                                                          
Allah (SWT) mencipta kita untuk beribadah dan masa kita haruslah diperuntukkan untuk beribadah kepadaNya dan selebihnya barulah diperuntukkan untuk mencari rezeki, bukan sebaliknya.



Sabda Rasulullah (s): [Wahai manusia, rezeki telah dibahagi sama rata antara manusia, seseorang tidak akan mendapat lebih atau kurang dari bahagian yang telah ditetapkan kepadanya, maka hendaklah kamu meminta dengan permintaan yang baik, dan masa hidup telah ditetapkan dan tidak akan lebih atau kurang dari yang telah ditetapkan kepadanya.] (Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman  29, Bihar Al-Anwar: Jilid 74: halaman  179) 



Dan Nabi Allah (s) bersabda: (Wahai manusia bersegeralah untuk membina akhirat kamu dan tinggallah dari apa yang telah ditetapkan kepada kamu dari dunia ini.) (Bihar Al-Anwar: Jilid 74: halaman 182, Nahj Al-Sa’adah: Jilid 7: halaman 329.)

Ali (a) bersabda: [Kamu tidak akan terlepas dari apa yang telah ditetapkan kepada kamu, jadi mintalah permintaan dengan baik, serta kamu tidak akan mendapat apa yang bukan milik kamu, oleh itu bersikap baiklah dalam mencari rezeki.] (Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman 33, Nahj Al-Sa’adah: Jilid 7: halaman 330)

Beliau (a) bersabda: [Takdir telah ditetapkan dan akan dating kepada kamu, oleh yang demikian, mintalah dengan baik kerana ketetapan yang telah ditetapkan kepada kamu akan tiba dan hendaklah kamu bersikap merendah diri dengan apa yang kamu perolehi.] (Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman 32, Nahj Al-Sa’adah: Jilid 7: halaman  330)




Ali (as) bersabda: [Aku berasa hairan dengan orang yang telah mengetahui bahawa Allah (S) telah menetapkan kadar rezeki baginya namun masih lagi bersengketa untuk memperolehinya.] (Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman 32, Nahj Al-Sa’adah: Jilid 7: halaman  330) 

Dan ketahuilah bahawa hadis-hadis ini tidak bercanggah dengan usaha mencari rezeki di dunia ini, tetapi ia bertentangan dengan mencari rezeki yang membuatkan kamu meninggalkan ibadah, atau melambatkan solat di luar waktunya, atau membinasakan tubuh badan kamu dalam mencari rezeki, kerana tubuh badan kamu juga mempunyai haknya atas kamu.

Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang memenatkan tubuhnya sendiri tidak akan mempunyai kekuatan untuk beribadat, kerana kita mesti meluangkan masa untuk ibadah yang wajib dan mustahab serta mempersiapkan diri untuknya, terutamanya solat malam, jangan meninggalkannya atas apa jua keadaan.




Imam Al-Hasan (a) bersabda: (Wahai kamu, janganlah meminta seperti seorang pejuang dan janganlah bergantung kepada takdir, seperti bergantungnya orang yang menyerah, kerana mencari rezeki itu adalah dari Sunnah, manakala menghadkan pencariannya adalah satu kemuliaan, dan kemuliaan tidak akan sesekali menghalangi rezeki, minat mencari rezeki juga tidak menambahkan rezeki, kerana rezeki dibahagi-bahagikan dan ajal ditetapkan serta sifat tamak akan menimbulkan masalah.) (Al-Hikayat oleh Al-Mafid: halaman 95)



[1] Berkata seorang lelaki kepada Abu Zhar – (rahmah Allah atasnya) -: Mengapakah kita semua membenci kematian?” beliau menjawab: “Karena kamu memakmurkan dunia kamu dan merosak akhirat kamu, sehingga kamu benci untuk berpindah dari tempat yang makmur ke tempat yang rusak dan terbengkalai) Al-I'tiqadat Fi Din Al-Imamiyah: halaman 57.

8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...