Monday, August 28, 2017

Soalan 4: Khumus Dibenarkan Untuk Syiah Kami


Soalan 4: Bagaimana saya boleh memahami pernyataan "Khumus dibenarkan kepada Syiah kami sehingga Hari Kemunculan" yang disebutkan oleh para Imam (a)?

Alaa Razaq,
13/Rabi 1/1426 H
✡✡✡

Jawaban: Dengan nama Allah yang Pengasih lagi Pengasihani

Agar kelahiran mereka diberkati, dan agar anak-anak mereka menjadi anak yang sah, bukan anak haram jika benih dan badan mereka bercampur dengan wang yang haram, diambil dari Khalifah Allah di bumiNya. Khumus adalah wang peribadi, pemiliknya bebas membelanjakan mengikut apa yang dikehendaki, dan tiada siapa mempunyai hak untuk membantahnya. Pemiliknya adalah Imam Al-Mahdi (a) di zaman ini serta para khalifahnya.


Ahmad Al-Hassan

✡✡✡

Nota Penterjemah: Persoalan ini merujuk kepada hadis berikut:

وفي كتاب (إكمال الدين) عن محمد بن محمد بن عصام الكليني، عن محمد بن يعقوب الكليني، عن إسحاق بن يعقوب فيما ورد عليه من التوقيعات بخط صاحب الزمان عليه السلام أما ما سألت عنه من أمر المنكرين لي - إلى أن قال: - وأما المتلبسون بأموالنا فمن استحل منها شيئا فأكله فإنما يأكل النيران، وأما الخمس فقد ابيح لشيعتنا وجعلوا منه في حل إلى أن يظهر أمرنا لتطيب ولادتهم ولا تخبث ورواه الطبرسي في (الاحتجاج) عن إسحاق بن يعقوب مثله

Imam Sahib Al-Zaman menyebutkan: [Berkenaan mereka yang menggunakan harta kami, yang menganggap halal mana-mana bahagian darinya dan memakannya, maka mereka telah memakan api. Berkenaan Khumus, ia telah dihalalkan kepada Syiah kami dan kami mengisytiharkan ia bebas sehingga muncul perintah dari kami, agar Syiah kami dapat menyucikan kelahiran mereka..] (Wasail Al-Syiah)




8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...