Monday, August 28, 2017

Soalan 5: Perihal Anjing Yang Bersama Ashab Al-Kafi


Soalan 5: Boleh saya tahu, apa atau siapakah yang dimaksudkan dengan anjing Ashab Al-Kahf, dan jika ia hanya anjing biasa, maka mengapa ia disebutkan lebih dari sekali di dalam kisah ini, dan kadang kala dalam bentuk jamak - (.... وخامسهم كلبهم)? [2] Tolong jelaskan.

Ala’ Razaq,

8/Rabi3 Al-Awwal/1426 H

✡✡✡✡✡

Jawaban:


بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين


Anjing yang ada bersama Ashab Al-Kahf adalah anjing biasa, namun yang penting bukanlah anjing tersebut, tetapi apa yang mengawal anjing tersebut; yakni jin dengan nama Qitmir (jin memiliki keupayaan untuk mengawal haiwan lain seperti anjing dan kucing), Qitmir mahu mendapatkan perhatian mereka melalui anjing ini, untuk membantu mereka selepas dia beriman dengan seruan mereka, dan Qitmir mempunyai keupayaan untuk memenuhi hati dengan ketakutan dan menggoncang hati pemberani, Allah SWT berfirman:


﴿وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَاراً وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْباً﴾


[ …sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.] [3]


Dan Qitmirlah yang menenuhi hati sesiapa sahaja yang mendekati mereka dengan ketakutan, dia menjaga mereka. Dan Qitmir juga merupakan salah seorang Ansar Al-Qaim (as).


Ahmad al Hassan


✡✡✡✡✡


_______________


[2] – Azza wa Jalla berfirman:


﴿سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْماً بِالْغَيْبِ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاء ظَاهِراً وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَداً﴾


[Nanti ada orang yang mengatakan tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan mengatakan: lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan ada yang mengatakan: "tujuh orang, yang ke lapan adalah anjingnya". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Karena itu janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka kepada seorangpun di antara mereka.] Al-Kahf 18:22).


[4] - Soalan berkaitan anjing Ashhab Al-Kahf,  yang telah disoal kepada Yamani Aali Muhammad (as) juga ditanya kepada datuknya Amirul Mukminin (as), olegPerutusan Rabbi Yahudi kepada Omar ibn Al-Khattab, mereka berkata kepadanya: Wahai Omar kamu Waliy Al-Amr selepas Muhammad (sawas) dan sahabatnya, Omar telah ditanya beberapa soalan lalu terdiam dan menundukkan kepalanya dan tidak menjawab, mereka berkata:


نشهد أن محمدا لم يكن نبياً وان الإسلام باطل


Kami bersaksi bahawa Muhammad bukanlah seorang nabi dan bahawa Islam adalah palsu.


Salman Parsi menerpa kepada orang-orang Yahudi dan berkata kepada mereka: "Tunggu sekejap", kemudian mereka dibawa kepada Abu Al-Hasan Ali bin Abi Talib (as), dan mereka bertanyakan perkara-perkara yang besar dan mereka bertanyakan mengenai anjing Ashhab Al-Kahf

Sheikh Al-Aminiy telah meriwayatkan dalam hadits Al-Ghadir yang panjang di mana beliau berkata: Maka melompatlah Yahudi bertanya dan berkata: [Wahai 'Ali, jika kamu seorang berilmu beritahu padaku apakah warna anjing itu dan namanya? Dia berkata: Wahai saudara Yahudi telah diberitahu kekasihku Muhammad (sawas) bahawa anjing itu berbintik-bintik (belang-belang) hitam; dan namanya "Qitmir" katanya ketika melihat pemuda dengan anjing itu. Kata sebahagian kepada yang lain: Sesungguhnya kami takut anjing ini sedar dan akan menyalak, maka dia merayu menutupnya dengan batu-batu, dan apabila anjing itu melihat mereka menutupnya dengan batu dan menakutkan mereka secara menggerunkan dengan melunjurkan kakinya dan berkata dengan lidah yang fasih: Wahai kaumku, aku tidak menjadi pelampau dan aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah keesaanNya, tiada sekutu bagiNya, biarlah aku menjadi perisai pada musuh kamu, dan dengan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Maka dibangunkanlah ia bagi meraikan gunung mereka di puncak gua.] Al-Ghadir: Jilid 6 halaman 152.









8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...