Tentang Kami



Bahasa Malaysia (English Below)

Siapa kami dan apa pegangan kami?

Kami dikenali sebagai Pendukung Imam Al-Mahdi dan pengikut Ahmed Al-Hasan. Berikut adalah perkara yang kami serukan dan apa pegangan kami:

  • Kami mempercayai Tuhan yang satu (tauhid), kenabian Muhammad dan kepimpinan pemimpin lantikan Tuhan selepas baginda. Bilangan mereka adalah 24 orang seperti yang disebutkan di dalam berbagai teks keagamaan.
  • Kami berittikad bahawa Tuhan itu bijaksana dan mengetahui, maka Dia tidak akan meninggalkan bumi ini tanpa seorang pemimpin lantikanNya, di setiap waktu, yang akan memimpin ciptaanNya dari kegelapan ke arah cahaya, melindungi mereka dari kesesatan dan perpecahan, dan memandu mereka ke arah tauhid, keadilan dan kesaksamaan ke serata dunia.
  • Pemimpin yang dilantik ini wujud di setiap zaman, bumi ini tidak pernah wujud tanpa perlantikan dari Tuhan. Semua lantikan Tuhan adalah bijaksana, diberi penjagaan (ma’sum) serta diberi petunjuk oleh Tuhan. Sepanjang sejarah, mereka dikenali sebagai para nabi, rasul dan Khalifah Allah.
  • Kami mempercayai Islam sebagai Agama dan Perundangan Tuhan yang sempurna, warisan dari agama-agama ketuhanan dari zaman lampau, yang akan menyeru kepada Tauhid, keadilan, kebebasan dan kesaksamaan ke serata dunia. Perundangan ini bersifat samawi (dari Tuhan), dan hanya manusia yang diutus / dilantik Tuhan mampu melaksana, menafsir dan memahaminya.
  • Tiada manusia biasa yang mampu menafsir Teks dan Perundangan Ketuhanan, kerana mereka hanya bergantung kepada sangkaan maka akan tersesat. Huru-hara ini terjadi disebabkan oleh mereka yang memanggil diri mereka sebagai ulama / ahli agama  telah menafsir dan menakwil teks keagamaan, seterusnya memberikan fatwa berdasarkan sangkaan dan pendapat mereka. Ekstremisme dan terorisme adalah hasilnya apabila mereka cuba menafsir teks ketuhanan, dalam masa yang sama, menolak pimpinan manusia yang dilantik dan diberi petunjuk oleh Tuhan.
  • Kami mempercayai bahawa Ahmed Al-Hasan adalah pemimpin ke 13 dari 24 orang yang dilantik oleh Tuhan, seperti mana yang disebutkan dalam teks keagamaan. Beliau dikenali sebagai Al-Yamani dari teks Syiah, Mahdi Akhir Zaman dari teks Sunni, Sang Penghibur dan Anak Manusia dari teks Kristian, dan utusan Ilya dari teks Yahudi.

Oleh itu:


  • Oleh kerana kami mempercayai sistem politik ketuhanan dan perundangan ketuhanan, kami tidak mengiktiraf kesahihan, dari sudut pandang agama, setiap doktrin politik ciptaan manusia yang lain, contohnya seperti demokrasi atau monarki. Sejarah telah membuktikan berkali-kali, sistem politik manusia hanya akan membawa korupsi, kezaliman dan penindasan golongan yang lemah.
  • Kami juga mempercayai bahawa para ulama dan pimpinan agama hakikatnya bukanlah ahli sebenar yang mewakili Agama Tuhan. Seperti yang telah kami sebutkan, Agama Tuhan diwakili oleh pemimpin yang dilantik olehNya. Kebanyakan ulama-ulama ini hanya menggunakan agama untuk kepentingan duniawi mereka, menyesatkan manusia dari Agama Tuhan yang sebenar dengan pendapat dan fatwa mereka.

Dan guru kami, Ahmed Al-Hasan mengajarkan kami untuk menyeru:

  • Menyeru manusia untuk pulang semula kepada Sistem Ketuhanan yang diredhai Tuhan, dengan menerima pemimpin yang dilantikNya dan Perundangan yang diredhaiNya, agar keadilan dan kesaksamaan dapat dicapai, serta korupsi, kezaliman dan penindasan dapat dihapuskan. Demi mencapai semua ini, manusia mestilah mendukung, memperkasakan dan menerima kepimpinan manusia yang dilantik tersebut.
  • Kami menyeru kepada keamanan, keadilan, kesaksamaan, dan kami menentang segala bentuk korupsi, penindasan, ekstremisme dan terorisme. Kami berlindung kepada Allah dari semua kejahatan tersebut.

Akhir kata: Kami telah digelar dengan berbagai label bagi menjauhkan manusia dari mendengar seruan Al-Mahdi. Orang Syiah menggelar kami agen Zionis, Sunni menggelar kami Syiah, dan berbagai lagi. Ingin kami tegaskan, label tidak menentukan siapa kami. Tetapi yang menentukan siapa kami adalah pegangan kami dan dalilnya. Berhenti melabel dam kajilah penghujahan kami dan apa yang kami serukan.




8 Soalan Kepada Mereka Yang Menunggu Kemunculan Serentak Yamani, Sufyani dan Khurasani

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hu...